No |
Tajuk |
الموضوع |
BAB 38 |
Sifat Percakapan Rasulullah s.a.w. Pada Waktu Malam (2 Hadis) |
بَابُ مَا جَاءَ فِي كَلَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي السَّمَرِ |
253 |
1. Aisyah berkata: Pada suatu malam, Rasulullah berbual-bual dengan isteri-isteri Baginda. Seorang daripada mereka berkata, “Perbualan ini seperti perbualan khurafah.” Rasulullah membalas, “Adakah kamu semua tahu apa itu Khurafah? Khurafah adalah nama seorang lelaki daripada kabilah ‘Udzrah yang ditawan oleh jin pada zaman jahiliyah. Dia tinggal bersama-sama jin dalam jangka masa yang lama. Kemudian, apabila jin mengembalikannya semula ke alam manusia, Khurafah bercerita kepada manusia mengenai perkara-perkara yang ajaib yang dia lihat di alam jin. Oleh sebab itu, manusia menyebut ‘itu cerita Khurafah’.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad) |
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: حَدَّثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ نِسَاءَهُ حَدِيثًا، فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ: كَأَنَّ الْحَدِيثَ حَدِيثُ خُرَافَةَ فَقَالَ: " أَتَدْرُونَ مَا خُرَافَةُ؟ إِنَّ خُرَافَةَ كَانَ رَجُلًا مِنْ عُذْرَةَ، أَسَرَتْهُ الْجِنُّ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَمَكَثَ فِيهِمْ دَهْرًا، ثُمَّ رَدُّوهُ إِلَى الْإِنْسِ فَكَانَ يُحَدِّثُ النَّاسَ بِمَا رَأَى فِيهِمْ مِنَ الْأَعَاجِيبِ، فَقَالَ النَّاسُ: حَدِيثُ خُرَافَةَ " |
254 |
2. Hadis Ummu Zar'in Aisyah berkata: Sebelas orang wanita duduk dan berbual-bual. Mereka sepakat tidak menyembunyikan satu pun perihal suami mereka.
Wanita pertama berkata, “Suamiku bagaikan daging unta kurus yang tinggal di puncak gunung berbatu-batu (sukar diraih kerana sombongnya). Tidak ada tanah datar buat menghampirinya (akhlaknya tidak baik) dan badannya tidak berisi sehingga tidak ada lemak yang dapat diambil daripadanya (tidak bermanfaat kepada orang lain).”
Wanita kedua berkata, “Aku tidak berani bercerita mengenai suamiku. Aku takut diceraikan. Jika aku bercerita juga, ia sama seperti menyebutkan urat leher dan pusatnya (dia memiliki keburukan luar dan dalam)."
Wanita ketiga berkata, “Suamiku kurus tinggi (jasadnya) dan tidak menarik (akhlaknya). Jika aku mengungkapkan keburukannya, aku akan diceraikan. Jika aku diam, dia akan mengabaikanku (seolah-olah aku tidak memiliki suami).”
Wanita keempat berkata, “Suamiku bagaikan malam di Tihamah (sebuah negeri di antara pantai dan pergunungan yang memiliki cuaca yang stabil). Tidak panas dan tidak sejuk. Tidak menakutkan dan tidak membosankan.”
Wanita kelima berkata, “Suamiku jika di rumah suka tidur dan berehat seperti harimau kumbang, manakala ketika di luar rumah dia seperti singa. Dia tidak pernah mempersoalkan pemberiannya kepada rumah tangga kami.”
Wanita keenam berkata, “Suamiku tidak pernah meninggalkan sisa pada makanan dan minumannya. Dia menggunakan selimut sendirian semasa tidur dan tidak pernah mengambil berat akan keadaanku.”
Wanita ketujuh berkata, “Suamiku mandul dan kurang bijak. Seluruh penyakit yang ada dalam kehidupan ini, ada padanya. Dia dapat memukul kamu ataupun mengusir kamu atau kedua-duanya sekali.”
Wanita kelapan berkata, “Suamiku memiliki sentuhan yang lembut selembut sentuhan arnab, dan baunya harum seharum wangian zarnab.”
Wanita kesembilan berkata, “Suamiku setinggi tiang (martabatnya tinggi di kalangan masyarakat), sepanjang pedang (berjiwa perwira), banyak abu (dapur selalu menyala buat memasak untuk tetamu yang datang ke rumah) dan rumahnya dekat dengan tempat berkumpul.”
Wanita kesepuluh berkata, “Suamiku adalah seorang yang kaya. Kaya yang bagaimana? Kaya yang lebih baik daripada semua itu. Dia memiliki unta yang banyak di kandangnya, tetapi sedikit di tempat menggembala. Jika unta-unta itu mendengar bunyi muzik gambus, mereka tahu mereka bakal disembelih (dan dihidangkan untuk para tetamu).”
Wanita kesebelas berkata, “Suamiku adalah Abu Zar’in. Dia memberikan barang perhiasan di kedua-dua telingaku, membuatkan aku menjadi gemuk dan memberiku kehidupan yang senang dan bahagia. Sebelum bertemu dengannya, aku hidup di kalangan orang susah dan penggembala kambing, namun selepas bertemu dengannya, aku dapat merasai nikmat hidup di kalangan pemilik kuda, unta, lembu dan ladang. Aku suka bercakap-cakap dengannya, kata-kataku tidak pernah diperkecil-kecilkan. Aku dapat tidur dengan tenang sampai ke pagi, dan dapat minum sehingga kenyang.
lbu mertuaku pula seorang wanita yang mempunyai ruang makan yang luas dan rumah yang besar (kehidupan yang sejahtera).
Anak lelaki kami memiliki tubuh yang sederhana dan ideal. Dia bukan seorang yang kuat makan. Dia dapat kenyang hanya dengan sepotong daging kaki kambing.
Anak perempuan kami pula, seorang yang taat kepada kedua-dua orang tuanya. Bentuk badannya bagus dan sesiapa yang melihat kecantikan dan akhlaknya, pasti akan cemburu.
Kami memiliki pembantu yang tidak suka bergosip. Orangnya juga amanah dan selalu menjaga kebersihan rumah kami.”
Wanita kesebelas meneruskan ceritanya, “Pada suatu hari, Abu Zar’in keluar bermusafir. Ketika itu juga, susu haiwan peliharaan yang ada bagi diproses sedang melimpah ruah. Dalam perjalanannya, Abu Zair’in bertemu dengan seorang wanita yang memiliki susuk tubuh yang menarik dengan dua orang anaknya yang lincah seperti harimau bintang. Selepas itu, Abu Zar’in menceraikan aku dan menikahi wanita itu. Aku pula menikah dengan seorang lelaki mulia dan dermawan. Dia mahir menunggang kuda dan memegang tombak Kaththi (nama tempat asal tombak ini dibuat. la adalah sebuah desa di pantai laut Oman). Pada suatu petang, dia menunjukkan kepadaku haiwan ternakannya, lalu memberikan sepasang daripada setiap haiwan yang dia miliki. Katanya, ‘Wahai Ummu Zar’in! Makanlah dan berilah kepada keluargamu!’
Biarpun aku kumpul semua kebaikan dan pemberiannya kepadaku, ia masih belum dapat menandingi pemberian Abu Zar’in yang paling kecil.”
Lalu Aisyah berkata, “Rasulullah berkata kepadaku, Aku bagimu umpama Abu Zar’in kepada Ummu Zar’in’.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi) |
حَدِيثُ أُمِّ زَرْعٍ عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: جَلَسَتْ إِحْدَى عَشْرَةَ امْرَأَةً فَتَعَاهَدْنَ وَتَعَاقَدْنَ أَنْ لَا يَكْتُمْنَ مِنْ أَخْبَارِ أَزْوَاجِهِنَّ شَيْئًا: فَقَالَتِ الْأُولَى: زَوْجِي لَحْمُ جَمَلٍ غَثٍّ عَلَى رَأْسِ جَبَلٍ وَعْرٍ، لَا سَهْلٌ فَيُرْتَقَى، وَلَا سَمِينٌ فَيُنْتَقَلُ.
قَالَتِ الثَّانِيَةُ: زَوْجِي لَا أَبُثُّ خَبَرَهُ، إِنِّي أَخَافُ أَنْ لَا أَذَرَهُ، إِنْ أَذْكُرْهُ أَذْكُرْ عُجَرَهُ وَبُجَرَهُ.
قَالَتِ الثَّالِثَةُ: زَوْجِي الْعَشَنَّقُ، إِنْ أَنْطِقْ أُطَلَّقْ، وَإِنْ أَسْكُتْ أُعَلَّقْ. قَالَتِ الرَّابِعَةُ: زَوْجِي كَلَيْلِ تِهَامَةَ، لَا حَرٌّ وَلَا قُرٌّ، وَلَا مَخَافَةَ وَلَا سَآمَةَ.
قَالَتِ الْخَامِسَةُ: زَوْجِي إِنْ دَخَلَ فَهِدَ، وَإِنْ خَرَجَ أَسِدَ، وَلَا يَسْأَلُ عَمَّا عَهِدَ.
قَالَتِ السَّادِسَةُ: زَوْجِي إِنْ أَكَلَ لَفَّ، وَإِنْ شَرِبَ اشْتَفَّ، وَإِنِ اضْطَجَعَ الْتَفَّ، وَلَا يُولِجُ الْكَفَّ لِيَعْلَمَ الْبَثَّ.
قَالَتِ السَّابِعَةُ: زَوْجِي عَيَايَاءُ أَوْ غَيَايَاءُ طَبَاقَاءُ كُلُّ دَاءٍ لَهُ دَاءٌ، شَجَّكِ أَوْ فَلَّكِ أَوْ جَمَعَ كُلًّا لَكِ.
قَالَتِ الثَّامِنَةُ: زَوْجِي الْمَسُّ مَسُّ أَرْنَبٍ وَالرِّيحُ رِيحُ زَرْنَبٍ.
قَالَتِ التَّاسِعَةُ: زَوْجِي رَفِيعُ الْعِمَادِ طَوِيلُ النِّجَادِ عَظِيمُ الرَّمَادِ قَرِيبُ الْبَيْتِ مِنَ النَّادِ.
قَالَتِ الْعَاشِرَةُ: زَوْجِي مَالِكٌ وَمَا مَالِكٌ مَالِكٌ خَيْرٌ مِنْ ذَلِكِ، لَهُ إِبِلٌ كَثِيرَاتُ الْمَبَارِكِ، قَلِيلَاتُ الْمَسَارِحِ، إِذَا سَمِعْنَ صَوْتَ الْمِزْهَرِ أَيْقَنَّ أَنَّهُنَّ هَوَالِكُ.
قَالَتِ الْحَادِيَةَ عَشْرَةَ: زَوْجِي أَبُو زَرْعٍ وَمَا أَبُو زَرْعٍ؟ أَنَاسَ مِنْ حُلِيٍّ أُذُنَيَّ، وَمَلَأَ مِنْ شَحْمٍ عَضُدَيَّ، وَبَجَّحَنِي فَبَجَحَتْ إِلَيَّ نَفْسِي، وَجَدَنِي فِي أَهْلِ غُنَيْمَةٍ بِشِقٍّ فَجَعَلَنِي فِي أَهْلِ صَهِيلٍ وَأَطِيطٍ وَدَائِسٍ وَمُنَقٍّ، فَعِنْدَهُ أَقُولُ فَلَا أُقَبَّحُ، وَأَرْقُدُ فَأَتَصَبَّحُ وَأَشْرَبُ فَأَتَقَمَّحُ، أُمُّ أَبِي زَرْعٍ فَمَا أُمُّ أَبِي زَرْعٍ، عُكُومُهَا رَدَاحٌ، وَبَيْتُهَا فَسَاحٌ، ابْنُ أَبِي زَرْعٍ، فَمَا ابْنُ أَبِي زَرْعٍ، مَضْجَعُهُ كَمَسَلِّ شَطْبَةٍ، وَتُشْبِعُهُ ذِرَاعُ الْجَفْرَةِ، بِنْتُ أَبِي زَرْعٍ، فَمَا بِنْتُ أَبِي زَرْعٍ، طَوْعُ أَبِيهَا وَطَوْعُ أُمِّهَا، مِلْءُ كِسَائِهَا، وَغَيْظُ جَارَتِهَا، جَارِيَةُ أَبِي زَرْعٍ، فَمَا جَارِيَةُ أَبِي زَرْعٍ، لَا تَبُثُّ حَدِيثَنَا تَبْثِيثًا، وَلَا تُنَقِّثُ مِيرَتَنَا تَنْقِيثًا، وَلَا تَمْلَأُ بَيْتَنَا تَعْشِيشًا، قَالَتْ: خَرَجَ أَبُو زَرْعٍ وَالْأَوْطَابُ تُمْخَضُ، فَلَقِيَ امْرَأَةً مَعَهَا وَلَدَانِ لَهَا كَالْفَهْدَيْنِ، يَلْعَبَانِ مِنْ تَحْتِ خَصْرِهَا بِرُمَّانَتَيْنِ، فَطَلَّقَنِي وَنَكَحَهَا، فَنَكَحْتُ بَعْدَهُ رَجُلًا سَرِيًّا، رَكِبَ شَرِيًّا، وَأَخَذَ خَطِّيًّا، وَأَرَاحَ عَلَيَّ نَعَمًا ثَرِيًّا، وَأَعْطَانِي مِنْ كُلِّ رَائِحَةٍ زَوْجًا، وَقَالَ: كُلِي أُمَّ زَرْعٍ، وَمِيرِي أَهْلَكِ، فَلَوْ جَمَعْتُ كُلَّ شَيْءٍ أَعْطَانِيهِ، مَا بَلَغَ أَصْغَرَ آنِيَةِ أَبِي زَرْعٍ. قَالَتْ عَائِشَةُ: فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كُنْتُ لَكِ كَأَبِي زَرْعٍ لِأُمِّ زَرْعٍ» |
|
Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014 |
|