Saib bin Yazid berkata: Makcikku mengajak aku bertemu dengan Rasulullah. Kemudian, makcikku berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saudaraku (iaitu as-Sa’ib bin Yazid) sedang sakit.” Rasulullah mengusap kepalaku lalu mendoakan keberkatan untukku. Sesudah itu, Baginda s.a.w. mengambil wuduk, dan aku meminum air bekas wuduknya lalu berdiri di belakang badan Baginda s.a.w.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Al-Syamail al-Muhammadiyah
-
-
Anas bin Malik berkata: Rambut Rasulullah mencecah sehingga bahagian tengah kedua-dua telinganya.
-
Aisyah berkata: Aku pernah menyisir rambut Rasulullah semasa aku sedang haid
-
Qatadah bertanya kepada Anas bin Malik: Pernahkah Rasulullah mewarnakan rambutnya? Anas bin Malik menjawab, “Baginda tidak pernah melakukannya. Walaupun sudah ada beberapa helai uban di kedua-dua pelipisnya. Namun begitu, Abu Bakar pernah mewarnakan rambutnya dengan inai dan al-katam.
-
Abu Rimtsah berkata: Aku pergi menemui Rasulullah bersama seorang anakku. Rasulullah bertanya, “Adakah ini anakmu?” Aku menjawab, “Ya, dia benar-benar anakku.”
-
Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah berkata: “Bercelaklah kalian dengan batu celak al-itsmid, kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”
-
Ummu Salamah berkata: Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah adalah gamis.
-
Muhammad bin Sirin berkata: Kami bersama Abu Hurairah yang memakai dua lapis pakaian yang diperbuat daripada kain linen yang dicelup dengan tanah liat merah. Abu Hurairah membuang hingusnya pada satu daripada dua lapis pakaiannya itu....
-
Buraidah berkata: Raja an-Najasyi menghadiahkan sepasang khuf berwarna hitam pekat kepada Rasulullah. Rasulullah memakai kasut itu. Kemudian, Baginda berwuduk dan hanya menyapu air pada kasut itu.
-
Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik: Bagaimanakah bentuk sandal Rasulullah? Anas bin Malik menjawab: Sepasang sandal Baginda mempunyai tali qibal.