No |
Tajuk |
الموضوع |
BAB 4 |
Rasulullah mendandan rambut (5 Hadis) |
بَابُ مَا جَاءَ فِي تَرَجُّلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
32 |
1. Aisyah berkata: Aku pernah menyisir rambut Rasulullah semasa aku sedang haid. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari dan Nasa’i) |
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «كُنْتُ أُرَجِّلُ رَأْسَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا حَائِضٌ» |
33 |
2. Anas bin Malik berkata: Rasulullah selalu memakai minyak yang banyak di rambutnya, merapikan janggutnya dan memakai kain penutup kepala. Sehingga, pakaian Baginda kelihatan seperti pakaian penjual minyak. (Diriwayatkan oleh Tirmizi) |
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ دَهْنَ رَأْسِهِ وَتَسْرِيحَ لِحْيَتِهِ، وَيُكْثِرُ الْقِنَاعَ حَتَّى كَأَنَّ ثَوْبَهُ ثَوْبُ زَيَّاتٍ» |
34 |
3. Aisyah berkata: Rasulullah suka mendahulukan anggota yang kanan semasa bersuci, menyisir rambut dan memakai kasut. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa’i) |
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: «إِنْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِي طُهُورِهِ إِذَا تَطَهَّرَ، وَفِي تَرَجُّلِهِ إِذَا تَرَجَّلَ، وَفِي انْتِعَالِهِ إِذَا انْتَعَلَ» |
35 |
4. Abdullah bin Mughaffal berkata: Rasulullah melarang kami merapikan rambut kecuali sesekali. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa’i) |
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ، قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عنِ التَّرَجُّلِ إِلَّا غِبًّا» |
36 |
5. Seorang sahabat Rasulullah berkata: Rasulullah menyisir rambutnya sesekali sahaja. (Diriwayatkan oleh Tirmizi) |
عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَرَجَّلُ غِبًّا» |
|
Disediakan oleh: zain y.s (al-ahkam.net 2014) |
|