GURUKU - SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI

Primary tabs

Sudah lama niat di hati ingin menulis tentang Syeikh  Nuruddin al-Banjari. Saya menganggap beliau merupakan salah seorang insan yang pernah mengajar saya ilmu agama. Maka dia juga adalah salah seorang guru saya walaupun beliau tidak mengenali saya dan murid-murid kanannya juga tidak tahu tentang saya. Saya tetap menganggap saya merupakan salah seorang muridnya. Tidak akan saya lupakan kuliah beliau di Masjid Sultanah, Alor Setar di mana saya dan semua yang hadir bersama mendengar ceramah beliau dan juga mengalunkan zikir HIzb Imam al-Nawawi bersama.

Saya juga sering membaca buku-buku beliau yang amat mudah didapati di Pustaka Salam, Alor Setar (juga di cawangan barunya di Shahab Perdana). Siapa tidak kenal personaliti seperti beliau? Beliau merupakan seorang alim dan itu tidak dapat disangkal lagi oleh sesiapa yang mengenalinya.

Namun dari masa ke semasa ada sahaja kritikan yang dilemparkan terhadap beliau. Bagi saya yang cuba meng'akademik'kan kritikan itu, saya anggap itu perkara biasa. Ini kerana setiap orang berilmu pasti akan dikritik. Bahkan setiap manusia pasti ada yang memuji dan ada yang mengeji. Itu biasa. LIhatlah tokoh-tokoh dunia Islam seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aidh al-Qarni, Salman al-Oadah, bahkan yang sudah meninggal dunia pun masih dikritik. Cuma persoalan penting (setakat pengamatan terhad saya) ialah tiga perkara:

1- Apakah topik yang ingin dikritik itu benar-benar difahami?

2- Apakah kita bersikap sopan/beradab dalam mengkritik?

3- Apa matlmat kita dalam kritikan itu?

Apabila melihat ada orang mengkritik ilmuan seperti Syeikh Nuruddin dengan panggilan yang tidak sesuai, saya bertanya kepada diri saya:

- adakah golongan yang mengkritik ini benar-benar faham topik yang dianggap sebagai 'kesilapan' syeikh Nuruddin? adakah ia benar-benar salah atau mereka yang memandangnya sebagai 'salah'? sudahkah diteliti kata-kata yang dianggap 'salah' atau 'betul' itu?

- adakah mereka dianggap bersopan dan beradab? kenapa perlu melabelkan dengan panggilan yang buruk? syeikh Nuruddin orang berilmu atau orang yang tak berilmu? adakah dia tidak pernah berjasa dalam dakwah selama ini?

- apa matlamat mereka? semata-mata ingin mengutuk? atau ingin memenangkan pihak tertentu? atau benar-benar ingin menegur?

Kalaulah syeikh Nuruddin betul...apakah mereka sedia menarik balik?

kalaulah syeikh Nuruddin salah...apakah ada orang berilmu yang maksum seperti Nabi dan Rasul?

Harapan saya agar kita ubah 'pendekatan' kita dalam mengkritik atau membuat teguran ilmiah.

Begitu juga bagi murid-murid kanan dan peminat syeikh NUruddin:

Tunjuklah adab dan ilmu yang terbaik dalam menangani teguran terhadap guru kita, walaupun ada teguran itu yang tidak ilmiah dan tidak beradab, maka kita bertanggungjawab untuk menjawab dengan cara yang terbaik.

wallahu a'lam.

alitantawi