Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Zaharuddin dalam ceramahnya dan dari rancangan Tanyalah Ustaz TV9. Saya ingin mengulas beberapa isu yang dibangkitkan beliau.
Pada asasnya pendekatan yang diambil oleh beliau ialah mengislamisasikan sistem riba kapitalis , yang mana beliau ungkapkan “ to modify” sistem sekarang supaya sesuai dengan Islam. Inilah pendekatan yang diambil ulamak moden dari OIC Fiqh council. Saya tambah “ In order to modify the system we have to modify the shariat Islam.. also. Nauzubillahi min zalik.
Isu wang kertas fiat
Zaharuddin memetik kata – kata ulamak seperti Imam Malik, Syafie dan Imam – imam yang lain untuk menghalalkan wang kertas fiat. Perlu difahami apabila ulamak – ulamak terdahulu , apabila menyebut tentang mata wang (currency), mereka merujuk pada naqdain ( emas dan perak) dan fulus (mata wang selain dari emas dan perak selalunya tembaga). Ada yang mengatakan seperti Imam Shafie, mengatakan wang mesti emas dan perak sahaja , sementara Imam Malik pulak mengatakan komoditi apa pun boleh dijadikan matawang asalkan tertakluk pada hukum barang ribawi seperti emas, perak dan makanan.
Apabila mereka membicarakan tentang fulus, mereka tidak meninggalkan(abandoned) dinar dan dirham, sebagai mata wang asas. Mereka meletakkan wang selain daripada emas dan perak yakni fulus untuk transaksi kecil dan remeh temeh sahaja. Apabila Imam Malik mengulas cadangan Saidina Umar menjadikan kulit unta sebagai wang, beliau tidak bermaksud untuk meninggalkan terus dinar dan dirham dan menggantikannya dengan wang kulit unta. Wang kulit unta hanya boleh berfungsi sebagai fulus bukan bermaksud menggantikannya terus dengan fulus sepenuhnya. Maksudnya tinggal wang unta sahaja tetapi tak ada emas dan perak.
Fulus adalah halal. Tetapi menghilangkan dinar dan dirham dari edaran adalah bukan maksud ulamak terdahulu. Naqdain (emas dan perak) mempunyai keperluan fiqh tersendiri. Ulamak – ulamak terdahulu mengatakan zakat mal dalam bentuk matawang hanya dikenakan pada dinar dan dirham tetapi tidak pada fulus. Walaupun kamu memiliki fulus yang banyak, tetapi zakat tidak dikenakan. Dalam bab modal dalam qirad atau mudharabah , begitu juga dalam jualbeli salam dan riba semuanya berkaitan emas dan perak.
Jadi untuk mengatakan substance atau nilai zatiyah pada dinar dan dirham tidak penting adalah salah. Zaharuddin mengatakan emas, perak atau wang kertas tak penting, yang pentingnya penggunaannya. Sedar atau tidak kamu telah menyapu dinar dan dirham dibawah carpet dengan statement ini. Dinar adalah emas, dan dirham adalah perak, kedua duanya boleh ditimbang ukurannya. Bolehkah kamu ukur wang kertas RM 1, US dollar dan sebagainya. Apa benchmark pada nilai wang kertas fiat ? Wang kertas boleh dijadikan wang dengan syarat, nilainya sama dengan kualiti kertas tersebut, fulus yang dipersetujui ulamak dahulu ialah nilainya lebih rendah dari dirham terendah. Jika dirham terendah, ialah 1 dirham, fulus lebih rendah dari 1 dirham. Tetapi wang kertas sekarang telah menggantikan kesemuanya samada dinar, dirham dan fulus itu sendiri kerana memberi nilai palsu pada kertas , kertas USD 100 yang sepatutnya bernilai 10 sen duit syiling diberi nilai USD 100. Ini bukan riba al fadl atau riba an nasiah, tetapi menipu. Muamalat Islam mesti bebas dari unsur riba, judi, tipu daya dan gharar.
Imam Al Ghazali didalam kitab Ihya’ulumuddin membahaskan dalam Kitab Syukur tentang hikmah penciptaan dinar dan dirham oleh Allah swt. Untuk apa Allah swt cipta dinar dan dirham. Ini menunjukkan pada substance atau zat yang ada pada dinar dan dirham yakni emas dan perak. Antara yang disebut oleh Imam Ghazali ialah fungsi dinar dan dirham sebagai medium of exchange dan pengukur nilai. Kertas boleh berfungsi sebagai medium of exchange tetapi sangat tidak sesuai untuk dijadikan pengukur nilai. Menukar minyak petrol, getah, kelapa sawit dan harta sebenar dengan kertas berukuran 5 x 7cm dengan wajah Presiden Amerika Syarikat pada kertas tersebut adalah jual beli yang sangat buruk. Wang kertas hanya layak membeli gula gula seposen , atau dua puluh sen sahaja , barang kecil kecil sahaja. Nak beli barang seperti minyak, getah, kelapa sawit maka bayarlah dengan emas.
Ulamak moden terpaksa menukar hukum syariat untuk menghalalkan wang kertas fiat. Mereka terpaksa meletakkan kertas mereka setanding dari segi hukum emas dan perak. Ulamak dahulu hanya meletakkan emas , perak dan makanan yang ada tempoh simpanan sahaja sebagai barang ribawi. Hukum asal tergadai, setelah wang kertas fiat dijadikan matawang halal menggantikan dinar dan dirham. Sebab itu, mereka tidak kisah dengan wang kertas dinar Iraq, dinar Jordan, dirham Morrocco dan sebagainya , nama sahaja dinar dan dirham tetapi substancenya wang kertas fiat. Masalah reserve requirement atau fractional reserve banking tidak pernah, fatwa dikeluarkan oleh majlis fiqh OIC yang dikuasai ulamak moden akan halal haramnya. Kalau darurat bagi tahu darurat tak perlu labelkan Islam dalam darurat. Kalau diberitahu bahawa wang kertas sekarang adalah darurat, dan kita sedang menuju dan berusaha untuk menghidupkan kembali dinar dan dirham dan menghapuskan frcational reserve banking, dan kertas akan dijadikan fulus semata . Saya pun setuju malah menyokong lagi. Inilah yang diusahakan komuniti Syaikh Abdul Qadir As Sufi di South Afica. [Sumber]
Bersambung …