Al-Syama'il: Bab 07. Celak Mata Rasulullah (5 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

07

 

Bab: Celak Mata Rasulullah (5 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي كُحْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

50

1. Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah berkata:

“Bercelaklah kalian dengan batu celak al-itsmid, kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”

 

Ibnu Abbas yakin, Rasulullah mempunyai peralatan bercelak yang digunakannya setiap malam, tiga kali pada mata kanan dan tiga kali pada mata kiri. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اكْتَحِلُوا بِالْإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ، وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ»

وَزَعَمَ «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ لَهُ مُكْحُلَةٌ يَكْتَحِلُ مِنْهَا كُلَّ لَيْلَةٍ ثَلَاثَةً فِي هَذِهِ، وَثَلَاثَةً فِي هَذِهِ»

51

2. Ibnu Abbas berkata:

Sebelum tidur, Rasulullah bercelak dengan batu celak (al-itsmid) tiga kali pada setiap mata.

 

Yazid bin Harun berkata, “Rasulullah mempunyai sebuah bekas celak yang Baginda gunakan setiap kali hendak tidur, tiga kali pada setiap mata.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «كَانَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكْتَحِلُ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ بِالْإِثْمِدِ ثَلَاثًا فِي كُلِّ عَيْنٍ» وَقَالَ يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، فِي حَدِيثِهِ: «إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ لَهُ مُكْحُلَةٌ يَكْتَحِلُ مِنْهَا عِنْدَ النَّوْمِ ثَلَاثًا فِي كُلِّ عَيْنٍ»

52

3. Jabir bin Abdullah meriwayatkan, Rasulullah berkata:

Hendaklah kalian bercelak dengan batu celak al-itsmid ketika hendak tidur, sebab ia akan menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ جَابِرٍ هُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ عِنْدَ النَّوْمِ، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ، وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ»

53

4. Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah berkata:

Sebaik-baik celak mata bagi kalian adalah batu celak al-itsmid, sebab ia mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، يَجْلُو الْبَصَرَ، وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ»

54

5. Ibnu Umar meriwayatkan, Rasulullah berkata:

Hendaklah kalian bercelak dengan batu celak al-itsmid, sebab ia akan menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ، وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ»

 

Disediakan oleh: zain y.s (al-ahkam.net 2014)