[Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Ust Abu Umair: Sikap Ketika Berdepan Dengan Khilaf

Primary tabs

Mengapa berlaku khilaf dalam penggunaan lafaz Allah. Allah.. Dan bagaimana semestinya sikap kita ketika berdepan dengan perkara-perkara khilafiah. Apa sikap kita terhadap para ahli ilmu bila mereka memilih pendapat yang



Abu_Umair - Nov 05, 2007 - 11:55 PM
Post subject:


Quote:


Anuar Kasymiri dan Ibnu Taimiyyah dalam isu zikir menggunakan lafaz Allah, Allah dilihat ada kekhilafan.... pada ana, khilaf ini berlaku disebabkan manhaj usul yang di amalkan kedua-dua tokoh ilmuan Islam ini.

Anuar Kasymiri seperti diketahui, bermazhab hanafi, dan Ibnu Taimiyyah pula mazhab hanbali...

Hanafi dalam kaedah usul mazhabnya, tidak semua yang tidak dilakukan oleh nabi secara jelas itu adalah bidaah, tetapi, sekiranya terdapat nas-nas yang boleh diistinbatkan, maka amalan itu tetap dikira sebagai masyruiyyat..... (imam hanafi digelar sebagai ahl ar-raky)

hanbali pula lebih bersifat zahir nas. cara kaedah usul dalam mazhabnya amat berbeza. maka tidak hairanlah, orang menggelarkan Imam Ahmad bin Hanbal, pengasas mazhab hanbali sebagai ahl hadis.

dalam isu ini, ianya adalah kekhilafan tentang pengambilan hukum melalui kaedah Ijtihadiyyah dalam memahami nas... jika dilihat dalam mazhab Hanafi, mereka menerima penghujahan dalil melalui kaedah Ibarah an-nas dan Isyarah an-nas.... yang kaedah ini mungkin berbeza dengan cara Imam Ahmad bin Hanbal......

hakikatnya, ianya merupakan khilaf ulama dalam berijtihad terhadap sesuatu nas...... pada mereka yang hendak beramal dengan cara Anuar Kasymiri, silakan dan sesiapa yang hendak beramal dengan cara Imam Ibnu taimiyyah pun silakan....

Al-Ijtihad la Yanqudu bi al-ijtihad (sesuatu ijtihad tidak boleh membatalakan ijtihad yang lain).

mungkin perlu di fikirkan, disana ada perbezaan antara (tafasir al-ulama') dan (ijtihad al-ulama'). tafsir ulama salaf perlu di dahulukan berbanding tafsiran yang lain, tetapi dalam isu ijtihad, kemungkinan ulama khalaf mungkin lebih afdhal berbanding dengan ulama salaf, tetapi hendaklah ijtihad itu mengikut manhaj ijtihadiyyah yang telah disusun oleh ulama-ulama salaf... ini berlaku kerana, dalam perkara ijtihadiyyah, terdapat dua ijtihadiyyah, iaitu ijtihadiyyah nasiiyah dan ijtihadiyyah tanziliyyah...

inilah yg sepatutnya menjadi mauqif (pendirian) penuntut-penuntut ilmu bila berdepan dengan masalah2 yang diharuskan berkhilaf padanya. Dan nilai seperti inilah yg harus dipuji dan diteruskan dalam apa jua persoalan yg berbangkit.

Iaitu sentiasa husnul zann dengan ahli ilmu terutama kalangan salaf, dan kalaupun ada yang memilih pendapat yg jelas2 tidak bertepatan dengan dalil, mereka ada uzur tersendiri. Seperti dijelaskan oleh Ibn Taimiyyah dalam Raf'ul Malam.