JH-CINTA-002- Mari Makan Bersama Rasulullah SAW

Primary tabs

ADAB-ADAB MAKAN

1- Membaca bismillah pada mulanya dan alhamdulilah pada akhirnya

 

سم الله وكل بيمينك، وكل مما يليك

Dari Umar bin Abu Salamah Radiyallahuanhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah mengajarkan kepadaku "Bacalah BISMILLAH dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makan dari yang dekat denganmu" [Muttafaqun Alaih]

 

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إذا دخل الرجل بيته، فذكر الله تعالى عند دخوله وعند طعامه، قال الشيطان لأصحابه لا مبيت لكم ولا عشاء، وإذا دخل، فلم يذكر الله تعالى عند دخوله، قال الشيطان: أدركتم المبيت؛ وإذا لم يذكر الله تعالى عند طعامه قال: أدركتم المبيت والعشاء

Dari Jabir Radiyallahuanh meriwayatkan bahawa aku dengar Rasulullah bersabda "apabila seorang masuk masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah (berdoa) dan berdoa ketika makannya, maka syaitan berkata kepada rakan-rakannya "Tiada tempat bermalam bagi kamu dan tiada makanan kamu ". Dan apabila seorang itu masuk ke dalam rumahnya tanpa berdoa maka syaitan berkata kepada rakan-rakannya "kamu ada tempat bermalam" dan apabila seorang itu tidak berdoa ketika hendak makan, syaitan berkata "kamu dapat bermalam dan makan malam" [Riwayat Muslim]

 

2- Larangan mencela makanan dan anjuran memuji makanan

 

ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه

 

Dari Abu Hurairah Radiyallahuanh meriwayatkan bahawa Rasulullah tidak pernah mengeji makanan. Apabila baginda berselera, baginda makan dan apabila baginda tidak gemar makanan tersebut, baginda meninggalkannya [Muttafaqun alaih]

 

3- Menghadapi makanan sedangkan dia dalam keadaan berpuasa

 

Dari Abu Hurairah Radiyallahuanh meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Apabila di jemput seseorang kamu (ke sesuatu majlis) maka hadirilah ia, apabila kamu berpuasa maka tinggalkanlah (makanan) dan jika kamu tidak berpuasa maka makanlah hidangan tersebut" [Riwayat Muslim]

 

أن النبي صلى الله عليه وسلم سأل أهله الأدم فقالوا: ما عندنا إلا خلٌ، فدعا به، فجعل يأكل ويقول: نعم الأدم الخل، نعم الأدم الخل

Dari Jabir Radiyallahuanh meriwayatkan bahawa Rasulullah bertanyakan kepada ahli keluarganya akan lauk pauk. Lalu mereka mengatakan "Tiada makanan selain cuka". Lalu Rasulullah meminta cuka dan bersabda "Senikmat-nikmat makanan adalah cuka, senikmat-nikmat makanan adalah cuka" [Riwayat Muslim]

 

3- Di undang makan lalu di sertai lagi oleh orang lain

دعا رجلٌ النبي صلى الله عليه وسلم لطعامٍ صنعه له خامس خمسةٍ، فتبعهم رجلٌ، فلما بلغ الباب، قال النبي صلى الله عليه وسلم: إن هذا تبعنا؛ فإن شئت أن تأذن له، وإن شئت رجع قال: بل آذن له يا رسول الله

Dari Abu Masud alBadri Radiyallahuanh meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah menjemput Rasulullah untuk menjamu makanan yang disediakan untuk lima orang. Kemudian, datang seorang lelaki lagi dan apabila tiba di muka pintu, maka Rasulullah bersabda "Ada lagi yang menyertai kita, terserah kepada kamu jika kamu semua izinkan, dia boleh menjamu makanan bersama kita, jika kamu tidak izinkan dia boleh pulang". Maka sahabat yang lain berkata "Bahkan saya izinkanlah dia bersama kita wahai Rasululah" [Muttafaqun alaih]

 

4- Makan dari yang dekat dan adab menasihati orang yang kurang adab makannya

كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك

Dari Umar bin Abu Salamah Radiyallahuanhuma meriwayatkan berkata "ketika aku kecil di pangkuan Rasulullah, aku menghulurkan tanganku di dalam bekas. Lalu Rasulullah bersabda kepada ku "Wahai budak kecil, sebutlah nama ALlah (bismillah) dan makan dengan tangan kananmu, dan makanlah apa yang dekat pada kamu" [Muttafaqun alaih]

أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه

Dari Salamah bin AlAkwa Radiyallahuanh meriwayatkan berkata bahawa ada seorang lelaki makan di hadapan Rasulullah dengan menggunakan tangan kiri lalu Rasulullah bersabda "Makanlah dengan tangan kananmu". Lalu dia menjawab "aku tidak mampu". Rasulullah menjawab "Pasti kamu tidak mampu hanya kerana kamu sombong"[Riwayat Muslim]

 

5- Larangan makan dua kurma sekaligus dan jika memakannya, hendaklah meminta izin rakannya

أصابنا عام سنةٍ مع ابن الزبير، فرزقنا تمراً، وكان عبد الله بن عمر رضي الله عنهما يمر بنا ونحن نأكل فيقول: لا تقارنوا، فإن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن الإقران، ثم يقول: إلا أن يستأذن الرجل أخاه

 

Dari Jablah bin Suhaim berkata "ketika pemerintahan Ibn Zubair kami menderita kekurangan makanan selama setahun, tiba-tiba kami mendapat kurma. Ketika itu, Abdullah bin Umar lalu di hadapan kamu ketika kami inginmenikmati kurma tersebut, maka beliau berkata "Jangan kamu makan kurma tersebut dua sekaligus, sesungguhnya Rasulullah menegah dari memakan dua sekaligus". Kemudian beliau menyambung "kecuali setelah meminta izin kepada rakannya" [Muttafaqun alaih]

 

5- Makruh makan sambil menyandar

لا آكل متكئاً

Dari Abu Juhaifah bin Abdullah Radiyallahuanh meriwayatkan berkata bahawa Rasulullah bersabda "Aku tidak makan dengan menyandar"[Riwayat Bukhari]

 

6- Makan menggunakan 3 jari dan menjilat hujung jari, makan dengan mengutip makanan yang terjatuh.

إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها

Dari Ibn Abbas Radiyallahuanh meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Apabila seseorang itu makan maka janganlah ia basuh tangannya setelah ia selesai menjilatnya" [Muttafaqun alaih]

 

رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع، فإذا فرغ لعقها

Dari Kaab bin Malik Radiyallahuanh meriwayatkan bahawa aku lihat Rasulullah makan menggunakan 3 jari, kemudian apabila selesai baginda menjilat hujung jarinya" [Riwayat Muslim]

 

وسلم أمر بلعق الأصابع والصحفة، وقال: إنكم لا تدرون في أي طعامكم البركة

Dari Jabir Radiyallahuanh meriwayatkan bahawa Rasulullah membersihkan makanan yang ada di jari dan pinggan dengan bersabda "sesungguhnya kamu tidak mengetahui dari bahagian manakah makananmu yang berkat" [Muttafaqun alaih]

 

7- Anjuran makan secara berjamaah

طعام الاثنين كافي الثلاثة، وطعام الثلاثة كافي الأربعة

Dari Abu Hurairah Radiyallahuanh meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Makanan 2 orang mencukupi 3 orang dan makanan 3 orang mencukupi 4 orang" [Muttafaqun Alaih]

 

طعام الواحد يكفي الاثنين، وطعام الاثنين يكفي الأربعة، وطعام الأربعة يكفي الثمانية

Dari Jabir Radiyallahuanh meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Makanan seorang mencukupi 2 orang, makanan 2 orang mencukupi 4 orang, dan 4 orang mencukupi 8 orang" [Riwayat Muslim]

 

Inilah secara ringkasnya adab-adab makanan yang telah di ajar oleh Rasulullah.

 

Wallahualam

oleh: ibnuhazam