Jabir bin Samurah berkata: Aku melihat Rasulullah bersandar dengan sisi kiri tubuh Baginda diletakkan pada sebiji bantal.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Al-Syamail al-Muhammadiyah
-
-
Anas bin Malik berkata: Semasa Rasulullah sedang sakit, Baginda keluar rumah dengan bersandar kepada Usamah bin Zaid. Baginda memakai kain Qithri yang diselempangkan ke bahunya. Kemudian, Baginda solat berjemaah bersama para sahabat.
-
Kaab bin Malik berkata: Rasulullah menjilat jari-jari Baginda tiga kali sesudah makan.
-
Aisyah berkata: Keluarga Rasulullah tidak pernah memakan roti gandum sehingga kenyang selama dua hari berturut-turut, sehingga Baginda wafat.
-
Aisyah berkata: Rasulullah berkata, “Sebaik-baik lauk adalah cuka (alangkah baiknya lauk cuka).”
-
Ibnu Mas’ud berkata: Rasulullah menyukai bahagian kaki daging. Seseorang pernah membubuh racun pada bahagian itu. Baginda tahu yang melakukannya adalah kaum Yahudi.
-
Ibnu Abbas berkata: Rasulullah keluar dari tandas, lalu dihidangkan makanan untuk Baginda. Para sahabat bertanya, “Perlukah kami menyediakan air wuduk untukmu?” Baginda menjawab, “Aku diperintahkan berwuduk semasa hendak solat.”
-
Abu Ayub al-Anshari berkata: Pada suatu hari, kami berada di rumah Rasulullah. Baginda menghidangkan makanan. Aku belum pernah merasai makanan yang lebih berkat daripada makanan ini, semasa kami mula makan....
-
Tsabit berkata: Anas bin Malik menunjukkan kepada kami cawan yang diperbuat daripada kayu dan dilapisi besi, kemudian berkata, “Wahai Tsabit, ini adalah cawan Rasulullah."
-
Abdullah bin Jafar berkata: Rasulullah pernah memakan qitsa (sejenis buah seperti mentimun tetapi ukurannya lebih besar) dengan kurma yang baru masak.