Al-Syama'il: Bab 23. Cara Rasulullah Bersandar (2 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

23

Cara Rasulullah Bersandar (2 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي اتِّكَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

136

1. Anas bin Malik berkata:

Semasa Rasulullah sedang sakit, Baginda keluar rumah dengan bersandar kepada Usamah bin Zaid. Baginda memakai kain Qithri yang diselempangkan ke bahunya. Kemudian, Baginda solat berjemaah bersama para sahabat.(Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ أَنَسٍ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ شَاكِيًا فَخَرَجَ يَتَوَكَّأُ عَلَى أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ وَعَلَيْهِ ثَوْبٌ قِطْرِيٌّ قَدْ تَوَشَّحَ بِهِ فَصَلَّى بِهِمْ»

137

2. Fadhl bin Abbas berkata:

Aku masuk ke dalam bilik Rasulullah semasa Baginda sedang sakit menjelang wafat. Ada kain berwarna kuning yang mengikat kepala Baginda. Aku mengucapkan salam kepada Rasulullah. Kemudian, Baginda memanggil, “Wahai Fadhl!” Aku menjawab, “Saya di sini, wahai Rasulullah.” Rasulullah berkata, “Tolong perkuatkan ikatan kain di kepalaku ini!” Aku menuruti permintaan Baginda dan kemudian, Baginda duduk dan meletakkan tangan Baginda di atas bahuku. Sesudah itu, Rasulullah berdiri dan masuk ke dalam masjid. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Tabrani)

عَنِ الْفَضْلِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَرَضِهِ الَّذِي تُوُفِّيَ فِيهِ وَعَلَى رَأْسِهِ عِصَابَةٌ صَفْرَاءُ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ، فَقَالَ: «يَا فَضْلُ» قُلْتُ: لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: «اشْدُدْ بِهَذِهِ الْعِصَابَةِ رَأْسِي» قَالَ: فَفَعَلْتُ، ثُمَّ قَعَدَ فَوَضَعَ كَفَّهُ عَلَى مَنْكِبِي، ثُمَّ قَامَ فَدَخَلَ فِي الْمَسْجِدِ وَفِي الْحَدِيثِ قِصَّةٌ

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014