Tajuk Buku: Salah Faham Terhadap Pemikiran Sayyid Qutub
Penulis: Salim Al-Bahnasawi
Halaman: 245m/s
Harga: RM45.00 (hardcover)
Kod: PJ-1715
Walaupun sudah 20 tahun buku Ma’alim Fi Al-Tariq hasil karya Al-Ustaz Sayyid Qutub diterbitkan, masih terdapat beberapa perenggan dalam tulisan beliau itu, menimbulkan perselisihan faham di kalangan jamaah Islam khususnya yang bersangkutan dengan persoalan hakimiyah, masyarakat jahiliyah, uzlah dan juga peringkat-peringkat pelaksanaan hukum.
Sesetengah pemuda Islam yang menjadi ahli sesetengah jamaah Islam memahami, konsep hakimiyah yang dihuraikan oleh Sayyid Qutub itu dengan kefahaman yang tidak tepat, sehingga menyebabkan mereka sanggup mengisytiharkan kepada umum yang jamaah mereka sahajalah merupakan jamaah orang-orang Islam yang sebenar. Jamaah mereka kononnya ditegakkan dengan tujuan mengembalikan semula manusia kepangkuan Islam yang sebenar, kerana menurut mereka, orang-orang Islam semenjak dari kurun ke 14 hijrah lagi keseluruhannya telah murtad dari agama mereka dan proses murtad ini berlaku secara berterusan sehinggalah ke zaman kita ini. Jamaah mereka sahajalah juga kononnya ditegakkan untuk menghancurkan berhala-berhala yang disembah selain daripada Allah dan berhala yang pertama menurut mereka ialah imam-imam yang menjadi ikutan kepada orang-orang Islam.
Sesetengah kajian terbaru yang diedarkan kepada orang ramai yang dianggap sebagai kajian ilmiah dan menepati bidangnya, mendakwa idea mengkafirkan sesama orang Islam yang dilakukan oleh para pemuda Islam yang ektrimis hari ini, adalah diambil dari konsep hakimiyah yang ditulis oleh Sayyid Qutub di dalam Ma’alimnya. Kajian ini mengandungi beberapa perkara yang tidak dinafikan adalah betul. Walau bagaimanapun sebahagian besarnya adalah tidak tepat dan lebih berbentuk ingin memburukkan pemikiran Sayyid Qutub dan Islam itu sendiri.
Info dan cara pembelian:
http://www.facebook.com/notes.php?id=125207410874875¬es_tab=app_2347471856