No |
Tajuk |
الموضوع |
BAB 24 |
Cara Rasulullah Makan (6 Hadis) |
بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ أَكْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
138 |
1. Kaab bin Malik berkata: Rasulullah menjilat jari-jari Baginda tiga kali sesudah makan. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim) |
عَنْ ابْنٍ لِكَعْبِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ أَبِيهِ، «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ ثَلَاثًا» قَالَ أَبُو عِيسَى: " وَرَوَى غَيْرُ مُحَمَّدِ بْنِ بَشَّارٍ هَذَا الْحَدِيثَ قَالَ: يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ " |
139 |
2. Anas bin Malik berkata: Apabila selesai makan, Rasulullah menjilat ketiga-tiga jari Baginda. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim dan Abu Daud) |
عَنْ أَنَسٍ قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعِقَ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ» |
140 |
3. Abu Juhaifah berkata: Rasulullah berkata, “Aku tidak makan sambil bersandar.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Majah) |
عَنْ أَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَمَّا أَنَا فَلَا آكُلُ مُتَّكِئًا» |
141 |
4. Muhamad bin Basyar telah menceritakan kepada kami, Abdul Rahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami, Sufian telah menceritakan kepada kami, daripada Ali bin al-Aqmar meriwayatkan hadis yang seumpamanya. |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْأَقْمَرِ نَحْوَهُ |
142 |
5. Ka’ab bin Malik berkata: Rasulullah makan dengan tiga jarinya. Sesudah itu, Baginda menjilat ketiga-tiganya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim) |
عَنِ ابْنٍ لِكَعْبِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثِ وَيَلْعَقُهُنَّ» |
143 |
6. Anas bin Malik berkata: Rasulullah pernah dihidangkan kurma. Aku melihat Baginda makan sambil duduk bersandar kerana lapar. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim dan Abu Daud) |
أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ: «أُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَمْرٍ فَرَأَيْتُهُ يَأْكُلُ وَهُوَ مُقْعٍ مِنَ الْجُوعِ» |
|
Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014 |
|