Mengangkat Tangan dan Mengaminkan Doa Imam qunut Subuh - Fatwa Ulama

Primary tabs

Oleh: Ustaz Murad bin Mohd Said

Bismillah was solaaatu was salaamu a'la Rasulillah,

Nukilan ini adalah untuk mereka yang berpendapat bahawa membaca doa qunut dalam solat Subuh secara berterusan bukan sunnah Nabi SAW. Sebagaimana pendapat sebahagian ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal dll rahimahumullah.

Permasalahannya disini bukan tentang membaca qunut Subuh itu sendiri, pembahasan ini masyhur dan mudah didapati dimana2 lelaman internet. Ia juga bukan berkaitan dengan hukum mengangkat tangan ketika membaca qunut, hampir tiada khilaf dikalangan masyaikh bahawa Nabi SAW telah mengangkat tangan ketika qunut, begitu juga Umar Ibnul Khattab r.anhu  dan diaminkan oleh para sahabat dibelakang.

 

Mahallun niza'nya adalah : Apakah makmum harus ikut mengangkat tangan dan mengaminkan doa qunut Imam setiap solat Subuh?

Tujuan posting ini adalah mengumpulkan fatwa para ulama yang dianggap imam-imam dan masyaikh mereka2 yang bermanhaj salafus soleh sebagai rujukan.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rhm

...Dan telah jelas dari apa yang kami sebutkan bahawa qunut itu ketika Nawazil, dan bahawa doanya dalam qunut bukan sesuatu yang khusus, dan tidak berdoa dengan apa yang terlintas dihatinya, bahkan hendaklah dia berdoa dengan doa yang masyru' yang sesuai dengan sebab qunut, sebagaimana dia berdoa ketika istisqa' ( minta hujan ) dia berdoa dengan yang sesuai dengan maksudnya, maka demikian juga jika berdoa minta pertolongan ( keatas musuh ) dia berdoa sesuai dengan maksudnya, seperti juga jika dia berdoa diluar solat untuk sebab itu, maka dia akan berdoa sesuai dengan maksudnya,. Inilah yang terdapat pada sunnah Rasulullah SAW dan sunnah Khulafa' ar-Rasyideen.

Barangsiapa yang berkata ia adalah sebahgian dari Ab'adh solat yang ditutupkan dengan sujud sahwi, maka dia telah mengasaskannya atas alasan bahawa ia adalah sunnat yang disnnatkan secara berterusan, seperti tasyyahud awal dan seumpamanya, dan telah jelas juga bahawa ia bukan demikian, ia bukan sunnah raatibah, tidak disujud (sahwi ) untuknya. Tetapi siapa yang mengi'tkiadkan demikian secara ta'weel maka baginya ta'weelnya, seperti semua masalah ijtihad.

 

Oleh yang demikian, seyogianya bagi makmum mengikut imamnya didalam perkara yang dibenarkan diijtihadkan, apabila dia qunut, maka qunutlah bersamanya, jika imam tidak qunut maka dia tidak qunut. Kerana Nabi SAW telah bersabda :

إننما جُعل الإمامُ لِيؤتَمَّ به

(( Hanyasanya dijadikan imam itu agar diikuti.)) ( Bukhary : 662 )

Dan beliau bersabda :

فَلا تختلفوا على أئمتكم

 

(( Jangan kamu bersalahan dengan imam2 kamu )).

Dan telah tsabit dalam as-sahih bahawa beliau bersabda :

يُصَلون لكُم فإن اصابوا فلكم و لهم، و إن أخطؤا فلكم و عليهم

(( Mereka solat untuk kamu ( mengimami ) jika mereka betul, maka bagi kamu ( pahala ) dan bagi mereka, jika mereka salah maka bagi kamu ( pahala ) dan atas mereka ( dosanya ).))

Tidakkah kau lihat jika imam membaca surah selepas Fatehah dua rakaat terakhir dan memanjangkan pula bacaannya lebih dari dua rakaat pertama, kamu tetap wajib mutabaah imam dalam hal demikian?

 

Adapun mendahului imam maka tidak boleh. Jika imam qunut maka tidak boleh bagi makmum mendahuluinya, tidak boleh tidak mesti mengikutinya, oleh kerana itu apabila Ibnu Masu'd meningkari perbuatan Utsman r.a meyempurnakan solat 4 rakaat di Mina kemudian tetap solat 4 rakaat dibelakang beliau lalu ditanyakan kepada beliau : beliau menjawab : " الخلاف شر " ( Khilaf itu buruk.)

 

Demikian juga Anas bin Malik r.a bila ditanya tentang waktu melontar jamrah, beliau menjawabnya ( dengan sunnah ) kemudian beliau berkata : "Lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Imammu ." Wallahu a'lam. ( Majmu' Fatawa : jilid 23 )

 

Fatwa Lajnah Daaimah

.....Imam Malik rhm telah mensunnatkan qunut dirakaat terakhir solat Subuh sebelum ruku', Imam Syafiey pula berpendapat bahawa qunut itu sunnah selepas ruku', dan yang demikian itu adalah pendapat sekumpulan Salaf dan Khalaf. Ringkasnya, mengkhususkan qunut pada solat Subuh termasuk masail khilafiyyah ijtihadiyyah, barangsiapa solat dibelakang imam yang berqunut Subuh secara khusus samada sebelum atau selepas ruku', maka hendaklah mengikutinya, walaupun yang rajih adalah hanya berqunut didalam solat fardhu bila ada nazilah sahaja.

 

Abdullah bin Manee', Abdullah bin Ghudayyan, Abdur Razzaq Afeefy

Fatwa Syaikh Ibn Baz rhm
Soalan :

Jika aku tinggal bersama orang-orang yang tidak qunut, kemudian aku pindah tinggal bersama mereka yang berqunut, adakah aku qunut bersama mereka, atau bagaimana kamu nasihatkan aku?

Jawaban :
Jika mereka qunut, maka qunutlah bersama mereka, dan terangkanlah yang sunnah kepada mereka jika engkau mempunyai ilmu, ini disebabkan umum sabda Nabi SAW : (( Hanyasanya dijadikan imam itu agar diikuti, maka jangan kamu menyelisihinya. )), dan mereka mempunyai syubhat; kerana sebahgaian ahlul ilm berkata demikian, mereka berkata : ( sunnah ) terus menerus berqunut dalam solat Subuh. Maka jika mereka berqunut, maka qunutlah bersama mereka, dan ajarkan sunnah kepada mereka jika engkau mengetahui moga2 mereka mengambil faidah darimu.

Soalan :
Jadi qunut dalam solat Subuh tidak mewajibkan khilaf dikalangan muslimin?

Jawab :

Tidak seyogianya khilaf dikalangan muslimin, kerana terdapat syubhat dan disebutkan oleh sebahagian ulama, tetapi meninggalkannyalah afdhal , lebih selamat, lebih rajih; kerana kata Sa'ad bin Toriq al-Asyja'ey r.anhu, : ((Aku bertanya bapaku : Wahai bapaku! Engkau telah solat dibelakang Rasulullah SAW , Abu Bakar, Ustman dan Ali, apakah mereka qunut dalam solat Fajar?


Wahai anakku, ia muhdath ( diada2kan ).))

Maka ini menunjukkan bahawa bukan sunnah mereka berqunut secara berterusan dalam Solat Fajar, tetapi jika ada hajat, jika ada nazilah, musuh, maka mereka berqunut Nazilah dalam solat Subuh dan selainnya. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah SAW.

http://www.binbaz.org.sa/mat/15922

Fatwa Syaikh Albany rhm
Soalan

Imam doa qunut, bolehkah makmum mengangkat tangannya ?

Jawaban :

Mesti ( لا بد ) mengikut imam, samada dia betul atau salah, kerana Nabi SAW telah meng"umum"kan apabila baginda bersabda : (( Hanyasanya dijadikan imam itu agar dikuti )) kemudian terdapat beberapa furu' yang menguatkan umum ini. Tiada perlunya sekarang memperincikannya ..

 

http://www.alalbany.ws/alalbany/audio/325/325_05.rm

Didalam fatwa lain yang panjang, Syaikh Albany rhm telah berkata ( secara ringkasan ):

1) Jika aku solat belakang Syaikh Ibn Baz yg bersedekap lepas ruku' aku akan ikut bersedekap

2) Kalau aku ikut solat belakang Imam Abu Hanifah rhm sendiri atau imam yg mengikut beliau lalu ((sadl )) kan tangannya aku ikut sadl ( ketika intiqal dari rukun kerukun )

3) Kalau imam aku tidak duduk jalsah istirahah, aku pun tidak duduk

4) kalau imam aku bangun rakaat kelima kerana lupa, aku ingatkan, kalau dia terus jugak aku ikut walaupun aku yakin imam aku salah. Aku tak ikut pendapat Ibnu Taimiyah, yg kata jgn ikut imam dlm hal ini.

Hujjahnya?
Beliau baca hadith :
1) Innama ju'ila al-imam liyu'tamma bihi... yg makruf. diakhirnya,((  jika imam solat duduk kamu duduk.))

Wajhu al-istidlal : kesalahan solat duduk bagi yg mampu berdiri digugurkan semata2 kerana ikut imam, maka haiah solat lain lebih2 lagi.

Ada pembaca yang mungkin tahu bahawa beliau berkata qunut subuh bid'ah, qabd cara Ibn Baz bid'ah, tapi inilah fatwa beliau , syadidu mutabaatil imam. Paling tolerant yg ana pernah jumpa. Mutaba'ah tammah!

Tetapi beliau ada mensyaratkan :-

1) Imam bukan sengaja qunut juga walaupun tahu qunut bukan sunnah, tetapi seorang mujtahid atau mengikut seorang mujtahid. Dalam perbuatan " haiah " solat lain hendaklah Imamnya betul2 mengikut mazhabnya, kalau imam bermazhab Syafiey tidak mengangkat tangan ketika intiqal beliau akan tetap angkat ikut sunnah, kerana imam bersalahan dengan mazhabnya sendiri.

2) Makmum tahu akan perbuatan2 imam. seperti angkat atau tidak angkat tangan, duduk atau tidak duduk istirahah, berdekap lepas ruku' atau tidak dsbg.

http://live1.islamweb.net/Lecturs/malalbane/31998.rm

 

Fatwa Syaikh Ibn al-Uthaimeen rhm

...Kemudian penanya ini berkata : jika seorang insan menjadi makmum, apakah dia mengikut imam ini lalu mengangkat kedua tangannya dan mengaminkan bersamanya atau lepaskannya kesampingnya, maka jawabnya kami katakan bahkan hendaklah dia mengaminkan doa imam dan mengangkat kedua tangannya kerana mengikut imam dan takut bersalahan.

Sesunguhnya Imam Ahmad rhm yang berpendapat tidak disyariatkan qunut dalam solat Fajar telah me'nas'kan hendaklah seorang makmum mengikut imam yang qunut dalam solat Fajar dan mengaminkan doanya sedangkan beliau tidak berpendapat disyariatkan qunut dalam solat Fajar dalam pendapat masyhur darinya, tetapi beliau rahimahullah telah meringankan dalam mutaba'atul imam yang qunut dalam solat Fajar kerana takut khilaf yang akan mengakibatkan bersamanya khilafnya hati2.

Dan inilah yang datang dari para sahabat r.anhum  ..

**Kemudian beliau telah membawa atsar sahabat dan Uthman bin Affan, dimana mereka mengikut Ustman walaupun mereka menganggap solat cara Uthman itu munkar, menyalahi sunnah. Berkata Ibnu Masu'd r.a : al-khilaf syarr.

http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_3050.shtml

Fatwa Syaikh Abdul Muhsin Al-A'bbaad

" Seseorang mengikuti imam didalam masalah-masalah khilafiyyah ( yang masih diperselisihkan oleh para ulama ) ... Dia harus mengikut imam , dan tidak boleh memisahkan diri atau meninggalkan solat belakang orang yang berqunut. Jika seseorang memandang bahawa amalan itu tidak sejalan (dengan sunnah) atau dia berpendapat bahawa perkara itu bid'ah sedangkan yang lain berpendapat bahawa itu adalah sunnah; dalam kondisi seperti itu dia tidak boleh meninggalkan solat dibelakang orang yang berbeda pendapat dengannya saat dia mengamalkan apa yang dia (imam) yakini. ."

14 Contoh Praktek Hikmah Dalam Berdakwah m/s 144

Fatwa Syaikh Rabee' Al-Madkhaly

Jika imam solat dan berunut, qunutlah bersamanya, bersalahannya imam dengan makmum walaupun makmum memandang solat imam tidak sah dlm mazhabnya tetapi ia sah menurut  mazhab imam ini, solatlah belakangnya, Rasulullah SAW telah memerintahkan agar solat dibelakangnya sabda beliau : ((Mereka solat untuk kamu, jika mereka betul maka bagi kamu dan bagi mereka jika mereka salah maka bagi kamu dan atas mereka.))

 

Adalah salaf yakni Khalifah ar-Rashid telah singgah diMadinah untuk menunaikan haji dan berbekam, beliau bertanya Imam Malik : " Aku telah berbekam boleh aku solat dengan tanpa berwudhu?" Jawab Malik : "Solatlah!." Maka beliau pun solat menjadi imam tanpa berwudhu kerana berbekam.

 

Dalam mazhab Hanafi berbekam membatalkan wudhu, maka ditanya kepada Abu Yusuf ( murid Imam Abu Hanifah ): " Bagaimana kau solat dibelakang Ar-Rasyid sedangkan beliau berbekam dan tidak berwudhu ?" Beliau menjawab : " Subhaanallah, beliau ameerul mu'minin !"

 

Ibnu Taimiyah mempunyai kata2 : (( Hendaklah engkau solat dibelakang imam walaupun jika engkau khilaf dengannya tentang sesuatu, engkau dapati yang dia laukan batil, solatnya tidak sah, tetapi dia ( imam ) memiliki usul, dalil, padanya solatnya sah, maka solat dibelakangnya walaupun padamu tidak sah. Melainkan engkau yakin dia tidak berwudhu, dia kata kepadamu ; aku tidak berwudhu, aku solat tanpa wudhu!

Maka solatnya batil pada mazhabnya dan mazhabmu. ))

http://www.kulalsalafiyeen.com/vb/showthread.php?t=1023

Fatwa Syaikh Masyhur Al-Salman

Soalan:

Diharapkan perincian tentang mutaba'atul imam

Jawaban:
Masalah mengikut imam adalah masalah yang terdapat perbezaan pendapat, ulama berbeza pendapat tentang makna sabda Nabi SAW : ((hanyasanya dijadikan imam untuk diikuti ))

Yang aku lihat rajih adalah, apabila imam menambah dalam solat, hendaklah makmum meningatkannya, jika imam teruskan juga, hendaklah mereka berdiri bersamanya dan mengikutnnya. Adapun bila imam menyalahi petunjuk Nabi SAW didalam haiah solat, maka kami lebih beruntung dengan sunnah Nabi dari imam ini, dan aku meminjam kata2nya kepada Ali r.anhu yang dikeluarkan An-Nasaiey didalam al-Mujtaba dengan sanad jayyid, kata beliau : (( Apakah kami meninggalkan sunnah Nabi kami kerana perbuatan seorang badwi yang kencing dikakinya? " Maka aku lebih beruntung dengan petunjuk Nabi SAW dari imam ini, dan yang penting adalah mengikut imam yang terbesar : Nabi SAW (( Solatlah seperti kamu melihat aku solat.))

 

Akan tetapi, jika imam menyalahi petunjuk Nabi SAW lalu menambah contohnya qunut Fajar, maka tidak boleh bagiku menyalahinya, dan aku qunut bersamanya, ini padaku adalah makna sabda Nabi SAW ; ((Mereka solat untuk kamu ... )). Dan inilah fahaman sahabat yang aku faham dalam masalah ini, maka Ibnu Masu'd apabila Uthman solat empat rakaat dalam safar, beliau telah bangun dan berkhutbah, (( Sesungguhnya aku telah solat belakang Nabi dua rakaat, belakang Abu Bakar dua rakaat, belakang Umar dua rakaat, disini aku solat empat rakaat, semoga yang aku dapat dari empat rakaat ini dua rakaat yang diterima, sesungguhnya khilaf itu buruk.)) ...

 

http://www.almenhaj.net/makal.php?linkid=397

Inilah yang sempat ana kumpulkan, yang diharapkan telah mencapai maksud insya Allah, dimana fatwa-fatwa ini diiringi dalil-dalil salafiyah . Jika ada tambahan atau  komen dipersilakan. Bagi para asatizah yang memberi fatwa, atau menjawab soalan perhatikanlah dahulu fatwa-fatwa ini. Ini bukan masalah khilafiyah biasa.  Didalamnya terdapat aplikasi qawaid manhaj yang penting. Pada amatan ana yang lemah, ini satu masalah yang perlu dirujuk kepada kibar ulama,  sebagaimana yang sering dinasihati oleh masyaikh kita. 


Wallahu Waliyyu at-taufiq

 

Sumber: http://www.fawaaid.sg/search/label/ikut%20imam%20qunut