Oleh zain-ys
Bacaan surah Yasin atau Yasinan sudah mendarah daging dengan masyarakat Nusantara. Ia adalah surah keramat. Saat orang sakit berat yang menghampiri kepada kematian, mereka akan membacakan surah Yasin. Selepas meninggal dunia roh mereka akan dikirimkan dengan bacaan surah Yasin. Bila dikatakan terhadap seseorang "sudah dibacakan surah Yasin.." bermakna orang berkenaan sudah hampir meninggal dunia.
Iklan berikut ini adalah iklan anti rokok. Yang menariknya ialah ia menerapkan unsur budaya, pemikiran dan kepercayaan alam Nusantara tentang surah Yasin. Iaitu, surah Yasin itu adalah surah yang berkait rapat dengan kematian.. Bala.. Mala petaka. Budaya dan adat yang tak gagal dikikis oleh kaum Wahabi zaman berzaman.
Iklan ini mahu menyampaikan mesej: Merokok dekat dengan kematian. Bila dekat dengan kematian bermakna perokok itu perlu dibacakan surah Yasin. Ternyata pembikin iklan ini melakukannya. Setiap yang merokok dalam iklan ini dibacakan surah Yasin oleh orang sekelilingnya.
Saksikan!