Al-Syama'il: Bab 27. Wudhuk Rasulullah s.a.w. (3 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

27

Wudhuk Rasulullah s.a.w. (3 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ وُضُوءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ الطَّعَامِ

186

1. Ibnu Abbas berkata:

Rasulullah keluar dari tandas, lalu dihidangkan makanan untuk Baginda.

 

Para sahabat bertanya, “Perlukah kami menyediakan air wuduk untukmu?”

 

Baginda menjawab, “Aku diperintahkan berwuduk semasa hendak solat.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Nasa’i)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ مِنَ الْخَلَاءِ فَقُرِّبَ إِلَيْهِ الطَّعَامُ فَقَالُوا: أَلَا نَأْتِيكَ بِوَضُوءٍ؟ قَالَ: «إِنَّمَا أُمِرْتُ بِالْوُضُوءِ إِذَا قُمْتُ إِلَى الصَّلَاةِ»

187

2. Ibnu Abbas berkata:

Rasulullah keluar dari tandas, lalu dihidangkan makanan untuk Baginda.

 

Seseorang bertanya kepada Baginda, “Adakah kamu tidak berwuduk?”

 

Rasulullah menjawab, “Adakah aku sedang mahu bersolat, sehingga aku mesti berwuduk?” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْغَائِطِ فَأُتِيَ بِطَعَامٍ، فَقِيلَ لَهُ: أَلَا تَتَوَضَّأُ؟ فَقَالَ: «أَأُصَلِّي فَأَتَوَضَّأُ»

188

3. Salman berkata:

Aku pernah membaca dalam kitab Taurat yang menyatakan, berkat makanan diperolehi apabila berwuduk sesudah makan. Aku memberitahu kepada Rasulullah apa yang pernah aku baca pada kitab Taurat itu. Rasulullah membalas, “Berkat makanan diperolehi apabila kita berwuduk sebelum dan sesudah makan. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

عَنْ سَلْمَانَ قَالَ: قَرَأْتُ فِي التَّوْرَاةِ أَنَّ بَرَكَةَ الطَّعَامِ الْوُضُوءُ بَعْدَهُ، فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَخْبَرْتُهُ بِمَا قَرَأْتُ فِي التَّوْرَاةِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «بَرَكَةُ الطَّعَامِ الْوُضُوءُ قَبْلَهُ وَالْوُضُوءُ بَعْدَهُ»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014