Abdullah bin Saad berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah mengenai solat sunat di rumah dan di masjid. Rasulullah menjawab, “Kamu dapat lihat betapa dekatnya rumahku dengan masjid. Aku lebih suka solat di rumah daripada di masjid, kecuali jika solat fardhu.”
Sumber Rujukan Islam Anda..
Al-Syamail al-Muhammadiyah
-
-
Abdullah bin Syaqiq berkata: Aku bertanya kepada Aisyah perihal puasa Rasulullah. Aisyah berkata, “Rasulullah selalu berpuasa, sehingga kami menyangka Baginda mahu selalu berpuasa. Ada masanya, Rasulullah tidak berpuasa sehingga kami menyangka Baginda tidak mahu selalu berpuasa lagi.
-
Ya'la bin Mamlak meriwayatkan: Ya’la bertanya kepada Ummu Salamah mengenai cara Rasulullah membaca Quran. Ummu Salamah menjelaskan, Rasulullah membaca Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan.
-
Abdullah asy-Syikhkhir berkata: Aku mengunjungi Rasulullah semasa Baginda sedang solat. Pada masa itu, terdengar tangisan Baginda yang berbunyi seperti air sedang menggelegak.
-
Aisyah berkata: Sesungguhnya alas tidur Rasulullah adalah terbuat daripada kulit yang isi di dalamnya rumput kering.
-
Umar bin Khattab berkata: Rasulullah berpesan, “Janganlah kamu semua melampaui batas semasa memujiku, sebagaimana orang Nasrani melampaui batas memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, oleh itu katakanlah aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.”
-
Kharijah bin Zaid bin Tsabit berkata: Sekumpulan orang datang ke rumah Zaid bin Tsabit lalu berkata, “Ceritakanlah kepada kami hadis-hadis Rasulullah!” Zaid menjawab, “Apa yang patut aku ceritakan? Aku adalah orang yang hampir dengan Rasulullah, sehingga apabila wahyu turun kepada Baginda,...
-
Abu Sa'id al-Khudri berkata: Rasulullah adalah seorang yang lebih pemalu daripada gadis perawan di kamar hiasnya. Apabila Baginda tidak menyukai sesuatu, kami akan dapat melihat daripada riak wajah Baginda
-
Anas bin Malik ditanya mengenai upah berbekam. Anas berkata: Rasulullah pernah berbekam dengan Abu Thaibah. Sesudah itu, Baginda memerintahkan supaya memberi Abu Thaibah dua sha’ makanan.
-
Jubair bin Muth’im berkata: Rasulullah berkata, “Aku memiliki beberapa nama. Aku adalah Muhammad. Aku adalah Ahmad. Aku adalah al-Mahi yang dicipta oleh Allah bagi menghapus kekufuran. Aku adalah al-Hasyir (yang mengumpulkan) kerana umat manusia dikumpulkan mengikut jejakku...