Hadis-hadis Popular (4): Takutilah pada firasat orang mukmin

Primary tabs

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Takutilah pada firasat orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah."
Lalu beliau membaca: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda." (Al Hijr: 75)

Abu Isa berkata: Hadits ini gharib, kami hanya mengetahuinya dari sanad ini. dan diriwayatkan dari sebagaian ahlul ilmi tentang penafsiran ayat ini: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda." Iaitu untuk yang menjelaskan tanda-tanda.

(Hasan) (Sunan al-Tirmizi - Kitab Tafsir al-Quran: 3052)

[Petikan kitab: Al-Ahaadith an-Nabawiyah al-Mutadawalah Fi Hayatina al-Yaumiyah, Dr Athif al-Miliji]



Matan Hadis:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقُوا فِرَاسَةَ الْمُؤْمِنِ فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بِنُورِ اللَّهِ ثُمَّ قَرَأَ
{ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ }
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ إِنَّمَا نَعْرِفُهُ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي تَفْسِيرِ هَذِهِ الْآيَةِ
{ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ }
قَالَ لِلْمُتَفَرِّسِينَ

سنن الترمذي - كتاب تفسير القرآن: 3052
ورواه أيضا: البخاري في التاريخ
الطبراني في الكبير، وابن عدّي في الكامل عن أبي أمامة.