MAULIDUR RASUL yang di Bid’ahkan….

Primary tabs

Oleh Ustaz aljawhar

Hari ni nak menulis pasal Maulidur rasul pulak… Penulis dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan dengan Peristiwa Maulidur Rasul di beberapa buah surau , masjid dan juga sekolah-sekolah di sekitar Branang , Mantin , kajang dan Shah Alam.

Apa yang ingin penulis nak komen sikit ialah tentang sikap segelintir manusia dan sahabat-sahabat penulis yang menyalahkan tindakan penulis memenuhi jemputan ceramah ‘Bersempena” tersebut.Kata mereka , perkara tersebut langsung tidak pernah dilaksanakan dizaman Rasulullah saw dan barangsiapa yang melakukannya dianggap sebagai telah melakukan perkara bid’ah dan termasuk kedalam golongan yang sesat serta dihumbankan ke dalam api neraka Allab swt.

Senang sungguh manusia jenis ini menjatuhkan hukuman terhadap orang lain hanya kerana tidak sehaluan dengan gerakan dan manhaj yang dibawa oleh mereka.

Apakah dengan hanya penulis memenuhi jemputan ceramah dari sesebuah komuniti masyarakat yang dahagakan ilmu dan cerita-cerita berkaitan sejarah kemulian dan keagungan Rasulullah saw dianggap sebagai bid’ah yang bertentangan dengan kehendak Islam.???

kalau itulah pegangan mereka , maka setiap kali ada jemputan ceramah , penulis kena bertanya dahulu dengan penganjur , adakah ceramah tersebut ceramah yang bertemakan kepada sesuatu hari kebesaran Islam atau tidak??..seperti , Israk Mi’raj , maulidur rasul , ma’al Hijrah , Nuzul Al-Quran , Awal Ramadhan dan sebagainya.Kalau ‘Ya’ jawapannya , maka penulis kena tolak mentah2 jemputan tersebut , walaupun ianya menyalahi uslub atau konsep dakwah yang sebenarnya…Maklumlah, nanti dikatakan SESAT dan Pengamal BID’AH…..

Itu belum lagi soal mengatakan haram dan bid’ahnya membaca Yasin malam jumaat secara total….Apa yang mengecewakan penulis ialah , golongan ‘pelampau’ ini sanggup dan tergamak serta tanpa rasa malu mengatakan dengan lantang , sesiapa yang membaca yasin pada malam jumaat atau melakukan apa sahaja perkara yang tidak dilakukan dizaman Rasulullah saw sebagai SESAT DAN HARAM.Mereka juga mendakwa dengan bangganya , golongan tersebut akan masuk neraka atas kesesatan yang dilakukan…Astaghfirullahal Aziiim….Allahu Akbar.

Cuma satu je penulis nak tanya kepada mereka ni….sudah tentu ada antara golongan pelampau tersebutyang mempunyai ayah ibu dan datuk nenek yang mana mereka juga pernah mengamalkan membaca Yasin malam jumaat atau menghadiri ceramah Maulidur Rasul semasa hayat mereka…Tergamak kah anda semua mengatakan BAPA-BAPA DAN IBU-IBU SERTA DATUK-DATUK DAN NENEK-NENEK ANDA SEMUA SEBAGAI ORANG YANG SESAT DAN HARAM SERTA AKAN MASUK NERAKA DISEBABKAN PERBUATAN MEREKA???….Cuba kata pada mereka , sekiranya mereka masih hidup ,“Ayah ni sesat dan akan masuk neraka kalau ayah baca yasin malam jumaat”…Cuba la kata macam tu. ….Sampai hati tak??…tergamak kah??….Kalau tak sampai hati dan tak tergamak untuk buat begitu , kenapa kita sesedap mulut kita mengatakan orang lain tu sesat dan masuk neraka???….Apa perasaan anak2 mereka apabila mendengar kenyataan berbisa anda semua??…

Ingatlah wahai Para pendakwah sekalian….Tugas anda adalah mulia dan akan sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt….

Ingatlah wahai saudaraku sekalian…. jangan cemari kemulian dan kehormatan anda semua dengan percakapan dan perkataan yang bole mengguris hati dan perasaan masyarakat , lebih-lebih lagi golongan tua yang sememangnya memerlukan perhatian dari anda semua…

Ingatlah wahai para pembawa panji-panji Islam….Tugas anda ialah MEMPERBETULKAN ATAU MEMURNIKAN AMALAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN RASULULLAH SAW , BUKAN MENGHUKUM AMALAN2 YANG LEPAS……Serahkanlah perkara yang lepas itu kepada Allah swt untuk menerima atau menolaknya…Bukan kita yang menghukum mendahului rahmat Allah swt… Sebab kita semua akan masuk syurga Allah swt dengan Rahmat-Nya , bukan dengan amalan kita secara totalnya….

Sekian , WA.

Sumber: Blog aljawhar.wordpress.com