Al-Syama'il: Bab 48. Akhlak Rasulullah (15 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

48

Akhlak Rasulullah (15 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي خُلُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

344

1. Kharijah bin Zaid bin Tsabit berkata:

Sekumpulan orang datang ke rumah Zaid bin Tsabit lalu berkata, “Ceritakanlah kepada kami hadis-hadis Rasulullah!” Zaid menjawab, “Apa yang patut aku ceritakan? Aku adalah orang yang hampir dengan Rasulullah, sehingga apabila wahyu turun kepada Baginda, Baginda akan meminta orang memanggilku untuk aku tulis wahyu itu untuk Baginda. Rasulullah menyertai kami membincangkan perihal dunia dan akhirat, juga perihal makanan dan minuman. Itulah semua yang dapat aku ceritakan kepada kalian.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Tabrani)

عَنْ خَارِجَةَ بْنِ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ: دَخَلَ نَفَرٌ عَلَى زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ، فَقَالُوا لَهُ: حَدِّثْنَا أَحَادِيثَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَاذَا أُحَدِّثُكُمْ؟ كُنْتُ جَارَهُ «فَكَانَ إِذَا نَزَلَ عَلَيْهِ الْوَحْيُ بَعَثَ إِلَيَّ فَكَتَبْتُهُ لَهُ، فَكُنَّا إِذَا ذَكَرْنَا الدُّنْيَا ذَكَرَهَا مَعَنَا، وَإِذَا ذَكَرْنَا الْآخِرَةَ ذَكَرَهَا مَعَنَا، وَإِذَا ذَكَرْنَا الطَّعَامَ ذَكَرَهُ مَعَنَا، فَكُلُّ هَذَا أُحَدِّثُكُمْ عَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

345

2. Amru bin Ash berkata:

Rasulullah menghadapkan wajah dan ucapan Baginda kepada orang yang paling rendah darjatnya pada suatu kaum, bagi menghibur dan membesarkan hati mereka. Rasulullah juga menghadapkan wajah dan ucapan Baginda kepadaku sehingga aku berasa akulah yang paling baik berbanding orang lain. Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah aku ataupun Abu Bakar yang lebih baik?” Jawab Rasulullah, “Abu Bakar.” Aku bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, adakah aku ataupun Umar yang lebih baik?” Rasulullah menjawab, “Umar.” Aku terus bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah aku ataupun Utsman yang lebih baik?” Rasulullah menjawab, “Utsman.” Setiap kali aku bertanya kepada Rasulullah, Baginda menjawab dengan jujur, sehingga aku berasa menyesal bertanya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقْبِلُ بِوَجْهِهِ وَحَدِيثِهِ عَلَى أَشَرِّ الْقَوْمِ يَتَأَلَّفُهُمْ بِذَلِكَ فَكَانَ يُقْبِلُ بِوَجْهِهِ وَحَدِيثِهِ عَلَيَّ، حَتَّى ظَنَنْتُ أَنِّي خَيْرُ الْقَوْمِ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَا خَيْرٌ أَوْ أَبُو بَكْرٍ؟ قَالَ: «أَبُو بَكْرٍ» فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَا خَيْرٌ أَوْ عُمَرُ؟ فَقَالَ: «عُمَرُ» ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَا خَيْرٌ أَوْ عُثْمَانُ؟ قَالَ: «عُثْمَانُ» ، فَلَمَّا سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَدَقَنِي فَلَوَدِدْتُ أَنِّي لَمْ أَكُنْ سَأَلْتُهُ

346

3. Anas bin Malik berkata:

Aku menjadi pembantu Rasulullah selama sepuluh tahun. Baginda tidak pernah walaupun sekali berkata, “Cih!” kepadaku. Baginda tidak pernah mempersoalkan apa yang aku kerjakan, “Mengapa kamu lakukan hal ini?” atau apa yang tidak aku kerjakan, “Mengapa kamu tidak lakukan hal ini?”. Rasulullah merupakan orang yang memiliki akhlak paling baik. Aku tidak pernah menyentuh kain sutera atau kain lembut yang lain, yang lebih lembut daripada telapak tangan Baginda. Tidak ada bau minyak wangi yang lebih harum daripada keringat Rasulullah. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «خَدَمْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ سِنِينَ فَمَا قَالَ لِي أُفٍّ قَطُّ، وَمَا قَالَ لِشَيْءٍ صَنَعْتُهُ لِمَ صَنَعْتَهُ وَلَا لِشَيْءٍ تَرَكْتُهُ لِمَ تَرَكْتَهُ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَحْسَنِ النَّاسِ خُلُقًا، وَلَا مَسَسْتُ خَزًّا وَلَا حَرِيرًا وَلَا شَيْئًا كَانَ أَلْيَنَ مِنْ كَفِّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَا شَمَمْتُ مِسْكًا قَطُّ وَلَا عِطْرًا كَانَ أَطْيَبَ مِنْ عَرَقِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

347

4. Anas bin Malik meriwayatkan:

Pada suatu masa, ada seseorang yang berada berdekatan Rasulullah. Ada bekas sufroh (seperti kunyit, berwarna kuning oren) pada dirinya. Namun, Rasulullah hampir tidak pemah mengungkapkan apa yang Baginda tidak suka kepada orang yang berkaitan. Apabila orang itu beredar, Rasulullah berkata kepada para sahabat, “(Adalah lebih baik) Seandainya kamu semua dapat memberitahu kepada orang tadi supaya tidak menggunakan sufroh.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Nasa’i)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ عِنْدَهُ رَجُلٌ بِهِ أَثَرُ صُفْرَةٍ قَالَ: وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يكَادُ يُواجِهُ أَحَدًا بِشَيْءٍ يَكْرَهُهُ، فَلَمَّا قَامَ قَالَ لِلْقَوْمِ: «لَوْ قُلْتُمْ لَهُ يَدَعُ هَذِهِ الصُّفْرَةَ»

348

5. Aisyah berkata:

Rasulullah bukan seorang yang bersifat keji dan tidak pernah bersikap keji. Baginda bukan seorang yang suka berteriak di pasar. Baginda tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, akan tetapi suka memaafkan. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: «لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَلَا صَخَّابًا فِي الْأَسْوَاقِ، وَلَا يَجْزِىءُ بِالسَّيِّئَةِ السَّيِّئَةَ، وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَصْفَحُ»

349

6. Aisyah berkata:

Rasulullah tidak pernah sekali pun menggunakan tangannya buat memukul, kecuali dalam berjihad pada jalan Allah. Baginda juga tidak pernah memukul pembantu dan wanita. (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «مَا ضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ شَيْئًا قَطُّ إِلَا أَنْ يُجَاهِدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَلَا ضَرَبَ خَادِمًا أَوِ امْرَأَةً»

350

7. Aisyah berkata:

Aku tidak pernah sekali pun melihat Rasulullah membalas kezaliman yang menimpa diri Baginda, selagi hal itu tidak melanggar larangan Allah. Namun jika larangan Allah dilanggar, Baginda adalah orang yang paling dahsyat menunjukkan kemarahannya.

Apabila dihadapkan dengan dua perkara, Baginda akan memilih perkara yang lebih mudah asalkan ia tidak menyebabkan dosa. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُنْتَصِرًا مِنْ مَظْلَمَةٍ ظُلِمَهَا قَطُّ مَا لَمْ يُنْتَهَكْ مِنْ مَحَارِمِ اللَّهِ تَعَالَى شَيْءٌ، فَإِذَا انْتُهِكَ مِنْ مَحَارِمِ اللَّهِ شَيْءٌ كَانَ مِنْ أَشَدِّهِمْ فِي ذَلِكَ غَضَبًا، وَمَا خُيِّرَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلَّا اخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ مَأْثَمًا»

351

8. Aisyah berkata:

Ketika aku sedang di sisi Rasulullah, seseorang datang dan meminta izin bertemu dengan Baginda.

 

Rasulullah berbisik, “Celaka bagi orang daripada kaum Usyairah ini!” Kemudian, Baginda memberi izin masuk kepada orang itu dan berbual dengan lemah lembut.

 

Apabila orang itu sudah keluar, aku bertanya, “Wahai Rasulullah, kamu telah berkata demikian kepada orang itu sebelum dia masuk, tetapi mengapa berlemah lembut kepadanya semasa berbual?”

 

Jawab Rasulullah, “Wahai Aisyah, sejahat-jahat manusia adalah mereka yang dijauhi oleh orang lain kerana risau akan kejahatannya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتِ: اسْتَأْذَنَ رَجُلٌ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا عِنْدَهُ، فَقَالَ: «بِئْسَ ابْنُ الْعَشِيرَةِ» أَوْ «أَخُو الْعَشِيرَةِ» ، ثُمَّ أَذِنَ لَهُ، فَأَلَانَ لَهُ الْقَوْلَ، فَلَمَّا خَرَجَ قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، قُلْتَ مَا قُلْتَ ثُمَّ أَلَنْتَ لَهُ الْقَوْلَ؟ فَقَالَ: «يَا عَائِشَةُ، إِنَّ مِنْ شَرِّ النَّاسِ مَنْ تَرَكَهُ النَّاسُ أَوْ وَدَعَهُ النَّاسُ اتِّقَاءَ فُحْشِهِ»

352

9. Hasan bin Ali berkata:

Husain berkata, “Aku bertanya kepada ayahku mengenai perjalanan hidup Rasulullah.”

 

Ayahku menjawab, “Rasulullah adalah seorang yang memiliki wajah yang ceria, suka mempermudah urusan, mempunyai perasaan yang lembut, sikap dan hati Baginda tidak kasar, bukan seorang yang suka mencari gaduh ataupun menggunakan kata-kata keji, tidak memburuk-burukkan sesuatu dan bukan seorang yang kedekut. Baginda tidak mengambil tahu hal-hal yang Baginda anggap sia-sia, Baginda juga tidak suka menghampakan permintaan orang lain dan apabila tidak suka dengan permintaan itu, Baginda akan menolak dengan baik.

 

Baginda melarang tiga perkara kepada diri Baginda sendiri, iaitu bertikam lidah, sikap selalu hendak mendapat banyak dan hal-hal yang tidak memberi manfaat kepada diri Baginda. Rasulullah juga melarang tiga perkara ini kepada umatnya, iaitu mencela, membuka aib dan mencari kesalahan orang lain. Rasulullah hanya berbicara jika ia mendatangkan pahala. Apabila Baginda berbicara, semua orang yang mendengar akan terpaku dan hanya membuka mulut apabila Rasulullah sudah selesai. Para sahabat tidak akan bergaduh di hadapan Baginda. Apabila seorang daripada para sahabat bercakap, mereka yang lain hanya diam dan menyemak percakapannya. Sesiapa yang mahu bercakap dengan Rasulullah, perlu mengikut giliran masing-masing.

 

Apabila para sahabat mentertawakan sesuatu, be­liau akan ikut tertawa. Begitu juga, Baginda akan turut kagum kepada sesuatu jika para sahabat mengagumi. Rasulullah akan menahan sabar jika seseorang bertanya kepada Baginda dengan nada ataupun cara yang kurang sopan. Baginda akan berkata, “Bantulah si peminta hajat ini sekiranya kamu semua melihat dia sedang berusaha.” Rasulullah hanya menerima pujian daripada orang yang pernah mendapat pertolongan Baginda. Baginda tidak memotong percakapan seseorang. Namun, jika orang itu berbicara sehingga melampaui batas, Rasulullah akan meminta dia berhenti dan Baginda beranjak pergi. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ: قَالَ الْحُسَيْنُ: سَأَلْتُ أَبِي، عَنْ سِيرَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جُلَسَائِهِ، فَقَالَ: " كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَائِمَ الْبِشْرِ، سَهْلَ الْخُلُقِ، لَيِّنَ الْجَانِبِ، لَيْسَ بِفَظٍّ وَلَا غَلِيظٍ، وَلَا صَخَّابٍ وَلَا فَحَّاشٍ، وَلَا عَيَّابٍ وَلَا مُشَاحٍ، يَتَغَافَلُ عَمَّا لَا يَشْتَهِي، وَلَا يُؤْيِسُ مِنْهُ رَاجِيهِ وَلَا يُخَيَّبُ فِيهِ، قَدْ تَرَكَ نَفْسَهُ مِنْ ثَلَاثٍ: الْمِرَاءِ وَالْإِكْثَارِ وَمَا لَا يَعْنِيهِ، وَتَرَكَ النَّاسَ مِنْ ثَلَاثٍ: كَانَ لَا يَذُمُّ أَحَدًا وَلَا يَعِيبُهُ، وَلَا يَطْلُبُ عَوْرتَهُ، وَلَا يَتَكَلَّمُ إِلَّا فِيمَا رَجَا ثَوَابَهُ، وَإِذَا تَكَلَّمَ أَطْرَقَ جُلَسَاؤُهُ كَأَنَّمَا عَلَى رُءُوسِهِمُ الطَّيْرُ، فَإِذَا سَكَتَ تَكَلَّمُوا لَا يَتَنَازَعُونَ عِنْدَهُ الْحَدِيثَ، وَمَنْ تَكَلَّمَ عِنْدَهُ أَنْصَتُوا لَهُ حَتَّى يَفْرُغَ، حَدِيثُهُمْ عِنْدَهُ حَدِيثُ أَوَّلِهِمْ، يَضْحَكُ مِمَّا يَضْحَكُونَ مِنْهُ، وَيَتَعَجَّبُ مِمَّا يَتَعَجَّبُونَ مِنْهُ، وَيَصْبِرُ لِلْغَرِيبِ عَلَى الْجَفْوَةِ فِي مَنْطِقِهِ وَمَسْأَلَتِهِ حَتَّى إِنْ كَانَ أَصْحَابُهُ لَيَسْتَجْلِبُونَهُمْ وَيَقُولُ: إِذَا رَأَيْتُمْ طَالِبَ حَاجَةٍ يِطْلُبُهَا فَأَرْفِدُوهُ، وَلَا يَقْبَلُ الثَّنَاءَ إِلَّا مِنْ مُكَافِئٍ وَلَا يَقْطَعُ عَلَى أَحَدٍ حَدِيثَهُ حَتَّى يَجُوزَ فَيَقْطَعُهُ بِنَهْيٍ أَوْ قِيَامٍ"

353

10. Jabir bin Abdullah berkata:

Apabila seseorang bertanya ataupun meminta daripada Rasulullah, Baginda tidak pernah berkata “Tidak”. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ: " مَا سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا قَطُّ فَقَالَ: لَا"

354

11. Ibnu Abbas berkata:

Rasulullah adalah seseorang yang paling banyak berbuat kebaikan. Baginda akan membuat lebih banyak kebaikan sepanjang bulan Ramadhan. Pada bulan Ramadhan juga, malaikat Jibril datang membacakan ayat Quran kepada Baginda. Oleh sebab itu, Rasulullah membuat lebih banyak kebaikan daripada angin yang berhembus.  (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ، حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَأْتِيهِ جِبْرِيلُ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ الْقُرْآنَ، فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ»

355

12. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah tidak pernah menyimpan apa-apa sebagai bekalan untuk diri Baginda pada keesokan hari. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدَّخِرُ شَيْئًا لِغَدٍ»

356

13. Umar bin Khattab meriwayatkan:

Seseorang bertemu dengan Rasulullah lalu meminta Baginda memberinya sesuatu.

 

Rasulullah berkata kepada orang itu, “Aku tidak memiliki apa-apa. Kamu belilah sesuatu dan serahkan pembayarannya kepadaku. Apabila sudah ada rezeki, aku akan membayarnya.”

 

Lalu Umar berkata, “Wahai Rasulullah! Kamu telah memberi sesuatu kepada orang itu. Allah tidak mewajibkan sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan.”

 

Rasulullah tidak senang dengan kata-kata Umar. Seseorang daripada golongan Ansar pun berkata, “Wahai Rasulullah! Berinfaklah dan jangan bimbang akan kurniaan daripada Allah.”

 

Rasulullah tersenyum mendengar kata-kata orang Ansar itu. Baginda berkata, “Begitulah perintah yang diberikan kepadaku.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، أَنَّ رَجُلًا جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ أَنْ يُعْطِيَهُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا عِنْدِي شَيْءٌ وَلَكِنِ ابْتَعْ عَلَيَّ، فَإِذَا جَاءَنِي شَيْءٌ قَضَيْتُهُ» فَقَالَ عُمَرُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَدْ أَعْطَيْتُهُ فَمَّا كَلَّفَكَ اللَّهُ مَا لَا تَقْدِرُ عَلَيْهِ، فَكَرِهَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَوْلَ عُمَرَ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنْفِقْ وَلَا تَخَفْ مِنْ ذِي الْعَرْشِ إِقْلَالًا، فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَرَفَ فِي وَجْهِهِ الْبِشْرَ لِقَوْلِ الْأَنْصَارِيِّ، ثُمَّ قَالَ: «بِهَذَا أُمِرْتُ»

357

14. Rubayyi’ bin Mu’awwidz bin Afra’ berkata:

Aku datang menemui Rasulullah dengan membawa sepiring kurma yang baru matang dan qitsa kecil yang berbulu halus. Baginda membalas dengan memberiku segenggam barangan perhiasan dan emas. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

عَنِ الرُّبَيِّعِ بِنْتِ مُعَوِّذِ بْنِ عَفْرَاءَ، قَالَتْ: «أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقِنَاعٍ مِنْ رُطَبٍ وَأَجْرٍ زُغْبٍ فَأَعْطَانِي مِلْءَ كَفِّهِ حُلِيًّا وَذَهَبًا»

358

15. Aisyah meriwayatkan:

Rasulullah menerima hadiah dan membalas setiap pemberian kepada Baginda. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ عَائِشَةَ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيبُ عَلَيْهَا»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014