Kitab Mustadrak al-Hakim dan Talkhis-nya Imam az-Zahabi
Kita sering mendengar ungkapan "disahihkan oleh al-Hakim dalam Mustadrak,dan dipersetujui az-Zahabi" dalam takhrij-takhrij hadis, benarkah demikian? Adakah benar az-Zahabi menyemak kitab al-Mustadrak, atau hanya meringkasknnya sahaja?? Dibawah ini adalah berkenaan maksud talkhis Imam az-Zahabi kepada kitab al-Mustadrak susunan al-Hakim.
Jawapan yg dikemukankan dibawah diambil dari laman web Islamtoday.net yang dikelola oleh Syaikh Dr. Salman Fahd Aoudah, ia adalah jawapan daripada syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni, yang merupakan muhaddith terkenal, bertugas sebagai pensyarah di universiti yang terkemuka, Universiti Umm al-Qura, Makkah, Arab Saudi.
Selain daripada syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni, terdapat ramai lagi Muhaddith yg memberikan jawapan yg sama, antaranya adalah daripada syaikh al-Muhaddith Dr. Basyar Awwad Maruf dalam pendahuluan terkininya kepada Jami Tirmizi Kabir [sunan Tirmizi], cetakan Dar al-Jayl,Beirut, dan juga dari syaikh al-Muhaddith Abdul Aziz at-Torifi dalam fatwa di laman web rasminya dan lain-lain..
Moga dengan adanya terjemahan dibawah ini, saya berharap agar ia dapat serba sedikit memberi pencerahan dan meluruskan kefahaman kita berkenaan hal yang sangat penting ini..
Abu Ismail (e-mail: acid_fast_stain@yahoo.com, h/p: 016-9614142)
Wassalam
##################################
Petikan jawapan dari Syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni,
pensyarah Umm al-Qura, Makkah:
Alhamdulillah, Salawat dan Salam atas junjungan Baginda Rasul SAW, atas keluarganya, parasa sahabatnya, dan sesiapa yang mengikuti jejak Baginda.
Amma Badu
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh az-Zahabi dalam talkhisnya kepada kitab Mustadrak al-Hakim hanyalah meringkaskannya [meringkaskan kata-kata al-Hakim] sahaja. Az-Zahabi juga ada melakukan perkara yang sama pada sejumlah kitab-kitab yang lain. Secara umumnya, pihak yang meringkaskan sesuatu kitab tidak akan memasukkan kata-kata yang asing di luar tulisan pengarang asal kitab,sebaliknya kata-kata penulis kitab asal itulah yang akan dikeluarkan untuk menjadikannya ringkas.
Akan tetapi, jika diperhatikan. Az-Zahabi tidak membiarkan hasil ringkasannya begitu sahaja [seperti kebiasaan kerja-kerja meringkas], beliau dengan sukarela memasukkan beberapa komen terhadap ringkasan tersebut,agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca hasil daripada komennya itu. Imam az-Zahabi tidak memasukkan komen-komen ini mengikut format,skema, atau kaedah-kaedah tertentu yang tersusun, sebaliknya beliau mengomentari apabila beliau terasa ingin memberi komen sesuka hati.
Perlu diingat dan diberi perhatian, bahawa az-Zahabi tidak pernah berkata/memberitahu dalam mana-mana kitab pun bahawa apabila beliau menayatakan penilaian sesuatu hadis dari al-Hakim tanpa membuat sebarang komen [beliau mendiamkannya sahaja], automatik ia bermaksud bahawa beliau bersetuju dengan penilaian al-Hakim itu!!
Jelas sekali apabila kita melihat kepada talkhis az-Zahabi, banyak menunjukkan az-Zahabi hanya menyebutkan/menaqalkan selepas setiap hadis penilaian al-Hakim sahaja. Jika az-Zahabi ingin mengomentari atau menambah sebarang komen, beliau akan memulakan komennya dengan menyebut " aku berkata " (ÞáÊ).
Oleh itu, setiap penilaian hadis dalam talkhis az-Zahabi dalam Mustadrak tanpa dimulakan dangan kata-kata " aku berkata "(ÞáÊ), ia hanya menunjukkan penilaian hadis yang diberi al-Hakim sendiri, dan az-Zahabi hanya meringkaskannya sahaja.
Sangkaan bahawa diamnya az-Zahabi adalah sebagai persetujuannya secara senyap [tacit agreement] adalah sangkaan yang sangat lemah , ini kerana ia bertentangan dengan kaedah yang kebiasaaanya dilakukan apabila seseorang melakukan ringkasan terhadap sesuatu kerja/kitab orang lain, iaitu menisbahkan kata-kata ringkasan terhadap kata-kata penulis asal kitab.
Kita mengetahui hakikat bahawa az-Zahabi tidak memberikan komen peribadinya terhadap setiap hadis dalam Mustadrak ini, atas beberapa sebab.
Pertama, kata-kata az-Zahabi dalam "Tarikh al-Islam", dalam Turjamah al-Hakim, dalamnnya dimana az-Zahabi ada menyebutkan tentang Mustadrak al-Hakim:
"kitab al-Mustadrak mengandungi sejumlah yang agak baik hadis-hadis yang menepati syarat-syarat sahih Bukhari dan Muslim, dan juga sejumlah banyak hadis-hadis yang menepati hanya salah satu dari keduanya [Bukhari dan Muslim]. Mungkin jumlah keseluruhan hadis-hadis yang sedemikian ini adalah separuh daripada kitab tersebut. Secara kasarnya, pada sebahagian 1/4 lagi hadis-hadis yang secara zahir sanadnya kelihatan sahih, tetapi sebenarnya mempunyai kecacatan tersembunyi yang lain (ÚáÉ). Dan pada baki selainnya, iaitu mungkin sejumlah 1/4, adalah tertolak, sangat dhaif tidak sahih(ãäÇßíÑ ææÇåíÇÊ áÇ ÊÕÍ¡), dan sebahagiannya adalah palsu/maudhu (ãæÖæÚÇÊ). Aku mengetahui perkara ini apabila aku menyediakan ringkasan terhadap Mustadrak dan aku meyedarinya dan mengeluarkannya
Pernaytaan dari az-Zahabi ini jelas menunjukkan bahawa beliau tidak mengomentar kesemua hadis-hadis yang bermasalah dalam talkhisnya, akan tetapi hanya membuat komen pada sesetengahnya sahaja, terutama pada hadis-hadis yang palsu.
Cuba perhatikan, tidakkah az-Zahabi sendiri berkata bahawa 1/4 dari kitab al-Mustadrak itu terdiri daripada hadis-hadis adalah tertolak, sangat dhaif"? Akan tetapi dalam Talkhisnya, didapati beliau hanya memberi komen pada sejumlah 1/8 daripada hadis-hadis dalam kitab Mustadrak. Terdapat sejumlah 9045 hadis-hadis dalam kitab Mustadrak al-Hakim, akan tetapi az-Zahabi dalam talkhisnya ke atas Mustadrak hanya memberi komen hanya sejumlah 1182 hadis sahaja, sedangkan jumlah bagi 1/4 hadis-hadis dalam Mustadrak adalah 2261 kesemuanya. (perkiraan jumlah ini adalah sebagimana yang diambil dalam pendahuluan tahqiq kitab Mukhtasar Istidrak az-Zahabi oleh Ibn al-Mulaqqin, 8/9)
Dengan penerangan diatas, ia adalah jelas bahawa az-Zahabi memang sedia maklum dan tahu akan sejumlah dua kali ganda lagi hadis yang bermasalah dan sangat dhaif dalam Mustadrak berbanding dangan apa yang telah beliau komen dalam Talkhisnya. Walaubagaimanapun, beliau mendiamkan diri terhadap hadis-hadis ini. Oleh itu, setelah terbuktinya fakta-fakta yang disebutkan oleh az-Zahabi sendiri seperti diatas, adakah kita masih boleh menganggap bahawa diamnya az-Zahabi itu adalah sebagai tanda setujunya secara diam (tacit approval) dan berkata hadis-hadis itu sahih?? Tambahan pula, kita sedia maklum bahawa sejumlah 1/4 lagi hadis-hadis dalam Mustadrak, pada penilaian az-Zahabi adalah hadis-hadis yang kelihatan zahirnya sahih, akan tetapi mempunyai kecacatan yang tersembunyi yang menggugat kesahihannya. Oleh itu, mana mungkin kita dengan mudahnya menganggap bahawa diamnya az-Zahabi itu sebagai tanda persetujuannya secara diam (tacit approval) terhadap penilaian al-Hakim??!!
Selain itu, bukti-bukti lain yang menunjukkan kepada kita bahawa diamnya az-Zahabi bukanlah bererti setujunya beliau terhadap al-Hakim secara diam, adalah kata-kata az-Zahabi sendiri dalam tulisannya pada tempat yang lain (selain dlm talkhis Mustadrak), beliau sendiri mengkritik sejumlah hadis-hadis yang beliau diamkan dalam Talkhisnya. Antaranya adalah seperti dibawah:
1- Dalam kitab Mizan al-Itidal (1/136.#547), az-Zahabi menyebutkan hadis yang disahihkan al-Hakim (1/544-545) dan beliau diam dalam ringkasannya (tidak memberi komen dalam talkhisnya), akan tetapi dalam Mizan al-Itidal beliau kemudian mengisytiharknnya sebagai salah (batil), kemudian az-Zahabi berkata: "al-Hakim berkata hadis ini mempunyai jalan-jalan periwayatan yang sahih", aku berkata sebaliknya. Dia berkata para perawinya adalah semuanya dari Madinah, aku berkata sebaliknya. Dia berkata semuanya adalah terpercaya (tsiqah), sedangkan aku berkata yang aku ada mengesyaki (ÃÊåã) pada perawi Ahmad"
2- Dalam Mizan al-Itidal (3/179,#6042), az-Zahabi menyebutkan hadis yang disahihkan al-Hakim (2/545) dan beliau diam dalam ringkasannya (tidak memberi komen dalam talkhisnya), akan tetapi dalam Mizan al-Itidal beliau berkata: "al-Hakim mensahihkannya, walaupun sebagaimana yg dapat kamu lihat, ia sebanarnya adalah hadis Munkar"
3- Dalam al-`Ulû lil-`Alî al-`Azim (1/593, #146), az-Zahabi menyebutkan hadis yang disahihkan al-Hakim (2/493) dan beliau diam dalam ringkasannya (tidak memberi komen dalam talkhisnya), kemudian berkata: "perawi Sharik dan Ata terdapat kelamahannya pada mereka akan tetapi tidaklah sehingga memberikn hadis mereka tertolak. Akan tetapi teks ini ada suatu yang masalah yang serius padanya yang menyebabkan pendengarnya menjadi keliru. Aku menulisnya semata-mata kerana terkejut, ia berbaloi untuk didengar, akan tetapi ia tidak layak/tidak perlu dikomen"
Maka setelah menyebutkan semuanya ini, jika masih terdapat seseorang yang masih berdegil dan tetap mengatakan dan beranggapan bahawa diamnya az-Zahabi pada penilaian al-Hakim dalam Mustadrak menunjukkan persetujuannya secara diam (tacit approval), maka aku ingin bertanya padanya: apakah nilai persetujuan ini?? sedang az-Zahabi dengan jelasnya menyebutkan bahwa Talkhisnya itu "..adalah sangat memerlukan kepada semakan semula" [Siyar A`lâm al-Nubalâ (17/176)]. Dan "sangat memerlukan" ini adalah sangat berat sehinggakan beliau tidak mampu melakukannya pada sejumlah 1/4 pada apa yang beliau rasakan sangat memerlukan semakan itu. Tetap berdegil dan berpegang pada pendapat sedemikian adalah satu penghinaan pada az-Zahabi dan sama sekali bukan pujian!!!
Ya, memang diakui dan tidak syak, bahwa terdapat ramai para ulama yang hebat-hebat menganggap bahawa diamnya az-Zahabi pada Talkhisnya adalah sebagai persetujuan secara diam, seperti al-Suyûtî [al-Nukat al-Badî`ât (197)], al-Manâwî [Fayd al-Qadîr], dan al-Husaynî [al-Bayân wa al-Ta`rîf]. Dan juga ramai dari kalangan ulama kontemporari mengikut pendapat ini. walaubagaimanapun, bukti-bukti yang didapati jelas menunjukkan sebaliknya dan diamnya az-Zahabi dalam Talkhisnya terhadap Mustadrak bukanlah menunjukkan persetujuannya secara diam (tacit approval).
Wallah-hu-alam, segala puji bagi Allah tida sekutu bagiNya, salawat pada Nabi SAW yang tiada Nabi sesudahnya, para kuluarganya dan para sahabatnya..
Syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni,Umm al-Qura, Makkah