Anda tahukah apa itu tragedi atau peristiwa hari Khamis itu?
Ia adalah sebuah peristiwa yang digunakan oleh musuh Islam sebagai senjata untuk cuba menghancurkan Islam. Sebuah peristiwa yang dianggap tragedi oleh mereka ini, dan apabila anda membaca kisahnya dari tangan mereka para musuh Islam ini, akan menyebabkan anda begitu terkejut sekali. Tidak percaya kerana ia menggambarkan betapa jahat dan kejinya para sahabat Rasulullah s.a.w. yang mengelilingi dan akrab dengan baginda s.a.w.
Islam telah cuba di cemarkan dan dihancurkan dengan cara menghancurkan imej para pembawa pertama obor Islam, iaitu para sahabatnya. Di mana al-Quran yang ada di tangan kita telah kita perolehi melalui jalur mereka. Begitu juga hadis bagnda s.a.w.