Oleh: zain y.s
Sebagaimana yg telah dijelaskan sebelum ini, bahawa Yahudi memang tidak mempunyai negara dari sejak asal lagi. Kemudian mereka merampas bumi Palestine dari tangan orang2 Arab Islam dan menegakkan negara Israel.
Persoalan yang timbul ialah
1. Apakah alasan yang mendorong mereka berbuat demikian? Kerana pada hakikatnya mereka memang tidak bernegara.
2. Apakah pandangan Islam mengenai perampasan bumi Palestine dari tangan umat Islam?
Penjelasannya dari persoalan di atas:
1. Bangsa Yahudi yang menganut fahaman zionist telah mendakwa bahawa bumi Palestine adalah bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada nabi Ibrahin a.s. pada masa lalu. Dan mereka juga tanpa segan silu mendakwa sebagai bangsa pilihan dan anak2 Allah.
Ini dapat dijawab..
i. Memang, sekalipun Allah ada menjanjikan tanah kepada Nabi Ibrahim namun ia tidak semestinya diwarisi oleh bangsa Yahudi. Kerana nabi Ibrahim bukan mempunyai seorang anak sahaja. Malah anak lelaki baginda yang paling besar ialah Nabi Ismail a.s. Baginda merupakan bapa kepada bangsa Arab. Dan jika begitu orang-orang Arablah yang lebih berhak dari bangsa Yahudi ke atas tanah Palestine, kerena mereka adalah anak cucu Nabi Ismail a.s.
ii. Sekalipun bangsa Yahudi ini dapat di masukkan ke dalam rumpun keturunan Nabi Ibrahim a.s., namun mereka tetap tidak berhak untuk menuntut warisannya, kerana mereka telahpun terkeluar dari agama Nabi Ibrahim a.s. Malah agama Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhamad s.a.w.
----------------------------
Mengenai dakwaan mereka adalah anak Allah dan bangsa pilihan, hal ini telah dibantah oleh Allah di dalam al-Quran:
Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani, akan tetapi dia seorangh yang lurus lagi menyerahkan
diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia dari golongan musyrik. (Ali-Imran:67)
------------------------
Selain dari dakwaan mereka bahawa bumi Palestine adalah bumi yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka melalui warisan dari Nabi Ibrahim a.s., mereka ada dakwaan lain lagi untuk menghalalkan pencerobohan yang dilakukan.
Bangsa Yahudi telah mendakwa bahawa mereka pernah mempunyai negara dalam jangka waktu yang lama di bumi Palestine.
Dakwaan ini adalah dakwaan yang paling dusta terhadap sejarah.
Blavatsty, seorang penyelidik Amerika telah menyatakan, kepingan-kepingan wang telah ditemui di Palestine. Kubur-kubur
orang yang tinggal di situ pada zaman Nabi Musa a.s. dan sebelumnya juga telah dibongkar. Banyak penemuan dan rahsia yang tersingkap. Namun, tidak ada satu petunjuk pun yang membuktikan kewujudan bangsa Yahudi pada masa itu di bumi Palestine.
--------------------------
2. Apakah pandangan Islam mengenai perampasan bumi Palestine dari tangan umat Islam?
Islam mempunyai pendirian, bahawa Yahudi adalah termasuk kelompok Ahlul Kitab. Jika mereka berdamai dengan Islam,
maka kaum muslimin akan berdamai dengan mereka. Sebaliknya jika mereka memerangi kaum muslimin, maka kaum muslimin akan bertindak memerangi mereka. Hal ini ada dijelaskan dalam surah al-Mumtahinah: 8-9.
Palestine adalah kepunyaan bangsa Arab Islam dan ia akan selamanya begitu. Dan Yahudi telah merampasnya bumi Palestine dari tangan orang-orang Islam. Tindakan ini adalah tindakan memerangi kaum muslimin. Oleh itu, wajib dan berhak memerangi mereka.
Rujukan:
Yasalunaka Fiddin Wal Hayah, al-Syarbasyi