Al-Syama'il: Bab 44. Cara Rasulullah Membaca al-Quran (8 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

44

Cara Rasulullah Membaca al-Quran (8 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي قِرَاءَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

315

1. Ya'la bin Mamlak meriwayatkan:

Ya’la bertanya kepada Ummu Salamah mengenai cara Rasulullah membaca Quran. Ummu Salamah menjelaskan, Rasulullah membaca Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi dan Nasa’i)

عَنْ يَعَلَى بْنِ مَمْلَكٍ أَنَّهُ سَأَلَ أُمَّ سَلَمَةَ، عَنْ قِرَاءَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا هِيَ تَنْعَتُ «قِرَاءَةً مُفَسَّرَةً حَرْفًا حَرْفًا»

316

2. Qatadah berkata:

Aku bertanya kepada Anas bin Malik, “Bagaimanakah cara Rasulullah membaca Quran?” Jawab Anas, “Baginda memanjangkan bacaan (sesuai dengan hukum tajwid).” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ قَتَادَةَ، قَالَ: قُلْتُ لِأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: كَيْفَ كَانَتْ قِرَاءَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَقَالَ: «مَدًّا»

317

3. Ummu Salamah berkata:

Rasulullah memotong bacaan Baginda (pada setiap ayat). Baginda membaca Alhamdulillahi rabbil ‘ala- min lalu berhenti. Kemudian, Baginda membaca Ar- rahmanirrahim lalu berhenti lagi. Selepas itu, Baginda membaca Maaliki yaumiddin. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ: " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْطَعُ قِرَاءَتَهُ يَقُولُ: {الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ} [الفاتحة: 2] ثُمَّ يَقِفُ، ثُمَّ يَقُولُ: {الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ} [الفاتحة: 1] ثُمَّ يَقِفُ، وَكَانَ يَقْرَأُ (مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ)

318

4. Abdullah bin Abi Qais berkata:

Aku bertanya kepada Aisyah mengenai bacaan Rasulullah, “Adakah Baginda membaca secara perlahan ataupun kuat?” Jawab Aisyah, “Rasulullah pernah membaca dengan kedua-dua cara. Kadang kala beliau baca dengan perlahan dan kadang kala Baginda baca dengan kuat.”

 

Aku membalas, “Seluruh pujian kepada Allah yang memberikan kemudahan dan kesenangan dalam perkara ini.” (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَيْسٍ قَالَ: سَأَلْتُ عَائِشَةَ، عَنْ قِرَاءَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكَانَ يُسِرُّ بِالْقِرَاءَةِ أَمْ يَجْهَرُ؟ قَالَتْ: «كُلُّ ذَلِكَ قَدْ كَانَ يَفْعَلُ قَدْ كَانَ رُبَّمَا أَسَرَّ وَرُبَّمَا جَهَرَ» . فَقُلْتُ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً

319

5. Ummu Hani berkata:

Aku pernah mendengar Rasulullah membaca pada waktu malam dan ketika itu aku berada di atas tempat tidur. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ أُمِّ هَانِئٍ، قَالَتْ: «كُنْتُ أَسْمَعُ قِرَاءَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِاللَّيْلِ وَأَنَا عَلَى عَرِيشِي»

320

6. Abdullah bin Mughaffal berkata:

Aku melihat Rasulullah duduk di atas tunggangannnya pada hari pembebasan Mekah sambil membaca: (Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu satu jalan kemenangan yang nyata. Kerana Allah mengampunkan dosamu yang lalu dan yang terkemudian, dan disempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus. (Surah al-Fath: 1 - 2)

 

Abdullah bin Mughaffal berkata, “Baginda membaca ayat ini dengan suara yang indah.”

 

Mu’awiyah bin Qurrah (seorang daripada yang meriwayatkan hadis ini) berkata, “Seandainya orang tidak berkumpul di sekelilingku, pasti akan aku baca seperti itu” atau “sama indah bacaannya dengan Rasulullah.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa’i dan Ahmad)

مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ قَالَ: سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مُغَفَّلٍ يَقُولُ: " رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى نَاقَتِهِ يَوْمَ الْفَتْحِ وَهُوَ يَقْرَأُ: {إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ} [الفتح: 2] ". قَالَ: «فَقَرَأَ وَرَجَّعَ» قَالَ: وَقَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ قُرَّةَ: «لَوْلَا أَنْ يَجْتَمِعَ النَّاسُ عَلَيَّ لَأَخَذْتُ لَكُمْ فِي ذَلِكَ الصَّوْتِ» أَوْ قَالَ: «اللَّحْنِ»

 

7. Qatadah meriwayatkan:

Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan nabi itu berwajah tampan dan bersuara merdu. Nabi kamu semua berwajah tampan dan bersuara merdu. Kadang kala, Baginda tidak melagukan (bacaan). (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ قَتَادَةَ قَالَ: «مَا بَعَثَ اللَّهُ نَبِيًّا إِلَّا حَسَنَ الْوَجْهِ، حَسَنَ الصَّوْتِ، وَكَانَ نَبِيُّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَسَنَ الْوَجْهِ، حَسَنَ الصَّوْتِ، وَكَانَ لَا يُرَجِّعُ»

 

8. Ibnu Abbas berkata:

Kadang kala, orang yang berada di dalam bilik dapat mendengar bacaan Rasulullah yang berada di ruang rumah. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «كَانَتْ قِرَاءَةُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُبَّمَا يَسْمَعُهَا مَنْ فِي الْحُجْرَةِ وَهُوَ فِي الْبَيْتِ»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014