Al-Syama'il: Bab 43. Puasa Rasulullah (16 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

43

Puasa Rasulullah (16 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي صَوْمِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

299

1. Abdullah bin Syaqiq berkata:

Aku bertanya kepada Aisyah perihal puasa Rasulullah. Aisyah berkata, “Rasulullah selalu berpuasa, sehingga kami menyangka Baginda mahu selalu berpuasa. Ada masanya, Rasulullah tidak berpuasa sehingga kami menyangka Baginda tidak mahu selalu berpuasa lagi. Rasulullah tidak pernah berpuasa sebulan penuh semenjak Baginda menetap di Madinah, kecuali pada bulan Ramadhan.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ قَالَ: سَأَلْتُ عَائِشَةَ، عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَتْ: «كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ» . قَالَتْ: «وَمَا صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا كَامِلًا مُنْذُ قَدِمَ الْمَدِينَةَ إِلَّا رَمَضَانَ»

300

2. Anas bin Malik pernah ditanya mengenai puasa Rasulullah. Anas menjawab:

Rasulullah berpuasa selama beberapa hari dalam sebulan sehingga kami menyangka Baginda akan terus berpuasa sebulan penuh. Baginda juga pernah tidak berpuasa sehingga kami menyangka Baginda tidak mahu langsung berpuasa pada bulan itu. Kamu akan dapat melihat Rasulullah mendirikan solat pada waktu malam, kamu juga akan dapat lihat Baginda tidur pada waktu malam. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi, Nasa’i, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّهُ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «كَانَ يَصُومُ مِنَ الشَّهْرِ حَتَّى نَرَى أَنْ لَا يُرِيدَ أَنْ يُفْطِرَ مِنْهُ، وَيُفْطِرُ مِنْهُ حَتَّى نَرَى أَنْ لَا يُرِيدَ أَنْ يَصُومَ مِنْهُ شَيْئًا. وَكُنْتَ لَا تَشَاءُ أَنْ تَرَاهُ مِنَ اللَّيْلِ مُصَلِّيًا إِلَا رَأَيْتَهُ مُصَلِّيًا، وَلَا نَائِمًا إِلَا رَأَيْتَهُ نَائِمًا»

301

3. Ibnu Abbas berkata:

Rasulullah berpuasa beberapa hari dalam sebulan sehingga kami menyangka Baginda mahu berpuasa sebulan penuh. Ada masanya, Baginda tidak berpuasa sehingga beberapa hari yang membuatkan kami menyangka Baginda langsung tidak mahu berpuasa pada bulan itu. Semenjak menetap di Madinah, Rasulullah tidak pernah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ مَا يُرِيدُ أَنْ يُفْطِرَ مِنْهُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ مَا يُرِيدُ أَنْ يَصُومَ مِنْهُ، وَمَا صَامَ شَهْرًا كَامِلَا مُنْذُ قَدِمَ الْمَدِينَةَ إِلَّا رَمَضَانَ»

302

4. Ummu Salamah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Syaaban dan Ramadhan. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ: «مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ إِلَا شَعْبَانَ وَرَمَضَانَ» قَالَ أَبُو عِيسَى: " هَذَا إِسنَادٌ صَحِيحٌ وَهَكَذَا قَالَ: عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ. وَرَوَى هَذَا الْحَدِيثَ غَيْرُ وَاحِدٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَيُحْتَمَلُ أَنْ يَكُونَ أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَدْ رَوَى الْحَدِيثَ، عَنْ عَائِشَةَ وَأُمِّ سَلَمَةَ جَمِيعًا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ "

303

5. Aisyah berkata:

Aku belum pernah melihat Rasulullah berpuasa sejumlah hari yang lebih banyak daripada bulan Syaaban. Baginda berpuasa pada sebahagian besar hari-hari bulan Syaaban kecuali beberapa hari. Baginda pernah berpuasa hampir sebulan penuh bulan Syaaban. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «لَمْ أَرَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ لِلَّهِ فِي شَعْبَانَ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا بَلْ كَانَ يَصُومُهُ كُلَّهُ»

304

6. Abdullah Ibnu Mas’ud berkata:

Rasulullah berpuasa pada awal setiap bulan selama tiga hari dan jarang sekali Baginda meninggalkan puasa pada hari Jumaat (disertai dengan berpuasa satu hari sebelumnya ataupun selepasnya). (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنْ غُرَّةِ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَامٍ وَقَلَّمَا كَانَ يُفْطِرُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ»

305

7. Aisyah berkata:

Rasulullah amat bersungguh-sungguh mengamalkan puasa pada hari Isnin dan Khamis. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ»

306

8. Abu Hurairah berkata:

Rasulullah berkata, “Seluruh amal diperlihatkan kepada Allah pada setiap hari Isnin dan Khamis. Oleh itu, aku mahu amal kebajikanku diperlihatkan semasa aku sedang berpuasa.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ»

307

9. Aisyah berkata:

Pada suatu bulan, Rasulullah berpuasa pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Pada bulan yang lain, Baginda berpuasa pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنَ الشَّهْرِ السَّبْتَ وَالْأَحَدَ وَالَاثْنَيْنَ، وَمِنَ الشَّهْرِ الْآخَرِ الثُّلَاثَاءَ وَالْأَرْبَعَاءَ وَالْخَمِيسَ»

308

10. Aisyah berkata:

Rasulullah tidak pernah berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak daripada jumlah puasanya pada bulan Syaaban. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Nasa’i)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ فِي شَعْبَانَ»

309

11. Mu’adzah berkata:

Aku bertanya kepada Aisyah, “Adakah Rasulullah berpuasa tiga hari dalam setiap bulan?”

Aisyah menjawab, “Ya!”

Aku bertanya lagi, “Pada hari apakah Baginda berpuasa?”

Jawab Aisyah, “Baginda tidak pernah memilih hari untuk berpuasa.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

مُعَاذَةَ، قَالَتْ: قُلْتُ لِعَائِشَةَ: أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ؟ قَالَتْ: «نَعَمْ» . قُلْتُ: مِنْ أَيِّهِ كَانَ يَصُومُ؟ قَالَتْ: «كَانَ لَا يُبَالِي مِنْ أَيِّهِ صَامَ» قَالَ أَبُو عِيسَى: " يَزِيدُ الرِّشْكُ هُوَ يَزِيدُ الضُّبَعِيُّ الْبَصْرِيُّ وَهُوَ ثِقَةٌ رَوَى عَنْهُ شُعْبَةُ، وَعَبْدُ الْوَارِثِ بْنُ سَعِيدٍ، وَحَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، وَإِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، وَغَيْرُ وَاحِدٍ مِنَ الْأَئِمَةِ، وَهُوَ يَزِيدُ الْقَاسِمُ وَيُقَالُ: الْقَسَّامُ، وَالرِّشْكُ بِلُغَةِ أَهْلِ الْبَصْرَةِ هُوَ الْقَسَّامُ "

310

12. Aisyah berkata:

Pada zaman Jahiliyah, kaum Quraisy berpuasa pada hari Asyura (sepuluh Muharam). Rasulullah juga pernah berpuasa pada tarikh itu. Semasa Baginda menetap di Madinah, Baginda tetap berpuasa pada tarikh itu dan memerintahkan umat Islam turut berpuasa sama.

 

Apabila puasa Ramadhan diwajibkan kepada umat Islam (pada tahun kedua Hijrah), hanya puasa Ramadhan sahaja yang wajib. Puasa hari Asyura sudah tidak wajib lagi. Tiada halangan kepada sesiapa yang mahu melakukannya, dan tiada paksaan kepada sesiapa yang meninggalkannya. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ عَائِشَةَ: «كَانَ عَاشُورَاءُ يَوْمًا تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِي الْجَاهِلِيَّةِ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُهُ، فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، فَلَمَّا افْتُرِضَ رَمَضَانُ كَانَ رَمَضَانُ هُوَ الْفَرِيضَةُ وَتُرِكَ عَاشُورَاءُ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ»

311

13. Alqamah berkata:

Aku bertanya kepada Aisyah, “Adakah Rasulullah mengkhususkan suatu hari bagi satu perkara?”

Aisyah menjawab, “Tidak. Amal ibadah Baginda berterusan. Siapakah antara kamu semua yang mampu melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah?” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ عَلْقَمَةَ قَالَ: سَأَلْتُ عَائِشَةَ، أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخُصُّ مِنَ الْأَيَامِ شَيْئًا؟ قَالَتْ: «كَانَ عَمَلُهُ دِيمَةً، وَأَيُّكُمْ يُطِيقُ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُطِيقُ»

312

14. Aisyah berkata:

Pada suatu hari, Rasulullah datang menjengukku. Pada waktu itu, aku sedang duduk bersama seorang wanita. Rasulullah bertanya, “Siapakah dia?” Aku menjawab, “Si fulanah. Dia suka berjaga malam kerana beribadah.” Rasulullah pun berkata, “Lakukanlah ibadah sebanyak yang kamu mampu. Demi Allah! Allah tidak pernah bosan (memberikan pahala) sehingga kamu sendiri yang bosan (beribadah).” Perbuatan yang paling disukai oleh Rasulullah adalah amalan yang berterusan. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدِي امْرَأَةٌ فَقَالَ: «مَنْ هَذِهِ؟» قُلْتُ: فُلَانَةُ لَا تَنَامُ اللَّيْلَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «عَلَيْكُمْ مِنَ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ، فَوَاللَّهِ لَا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا» ، وَكَانَ أَحَبَّ ذَلِكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي يَدُومُ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ

313

15. Abi Shalih bertanya kepada Aisyah dan Ummu Salamah:

Amal ibadah apakah yang paling disukai oleh Rasulullah? Aisyah dan Ummu Salamah menjawab, “Amal ibadah yang dilakukan berterusan meskipun sedikit.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: سَأَلْتُ عَائِشَةَ، وَأُمَّ سَلَمَةَ، أَيُّ الْعَمَلِ كَانَ أَحَبَّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَتَا: «مَا دِيمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّ»

314

16. Auf bin Malik berkata:

Pada suatu malam, saya bersama Rasulullah. Baginda membersihkan gigi, berwuduk dan bangun mendirikan solat. Aku solat bersama Rasulullah. Baginda memulakan solat dengan bacaan surah al-Baqarah. Apabila sampai pada ayat mengenai rahmat, Baginda berhenti sebentar dan berdoa. Apabila sampai pada ayat mengenai azab, Baginda berhenti sebentar dan memohon perlindungan.

 

Kemudian, Baginda rukuk yang lamanya sama seperti berdiri. Baginda membaca Subhana dzil-jabaruti wal malakuti wal kibriya’i wal ‘azhamati (Maha suci zat pemilik kekuasaan, kerajaan, kebesaran dan keagungan). Sesudah itu, Baginda sujud yang lamanya seperti rukuk dan membaca Subhana dzil-jabarutiwal malakuti wal kibriya’i wal ‘azhamati (Maha suci zat pemilik kekuasaan, kerajaan, kebesaran dan keagungan).

 

Kemudian, Rasulullah membaca surah Ali Imran dan surah-surah selanjutnya. Baginda melakukan hal yang sama pada setiap rakaat. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

سَمِعْتُ عَوْفَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ: كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَاسْتَاكَ ثُمَّ تَوَضَّأَ ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي، فَقُمْتُ مَعَهُ فَبَدَأَ فَاسْتَفْتَحَ الْبَقَرَةَ فَلَا يَمُرُّ بِآيَةِ رَحْمَةٍ إِلَّا وَقَفَ فَسَأَلَ، وَلَا يَمُرُّ بِآيَةِ عَذَابٍ إِلَّا وَقَفَ فَتَعَوَّذَ، ثُمَّ رَكَعَ فَمَكَثَ رَاكِعًا بِقَدْرِ قِيَامِهِ، وَيَقُولُ فِي رُكُوعِهِ: «سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ وَالْمَلَكُوتِ وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ» ، ثُمَّ سَجَدَ بِقَدْرِ رُكُوعِهِ، وَيَقُولُ فِي سُجُودِهِ: «سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ وَالْمَلَكُوتِ وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ» ثُمَّ قَرَأَ آلَ عِمْرَانَ ثُمَّ سُورَةً سُورَةً يَفْعَلُ مِثْلَ ذَلِكَ

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014