Al-Syama'il: Bab 06. Rasulullah s.a.w. mewarna (rambut dan janggutnya) (4 Hadis)

Primary tabs

No

Tajuk

الموضوع

BAB

6

Bab: Rasulullah s.a.w. mewarna (rambut dan janggutnya) (4 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي خِضَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

45

1. Abu Rimtsah berkata:

Aku pergi menemui Rasulullah bersama seorang anakku. Rasulullah bertanya, “Adakah ini anakmu?”

 

Aku menjawab, “Ya, dia benar-benar anakku.”

 

Rasulullah berkata, “Dia tidak akan diseksa kerana menanggung dosamu dan kamu tidak akan diseksa kerana menanggung dosanya.”

 

Pada ketika itu, aku melihat uban Rasulullah berwarna merah. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Nasa’i)

أَبُو رِمْثَةَ قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَ ابْنٍ لِي، فَقَالَ: «ابْنُكَ هَذَا؟» فَقُلْتُ: نَعَمْ أَشْهَدُ بِهِ، قَالَ: «لَا يَجْنِي عَلَيْكَ، وَلَا تَجْنِي عَلَيْهِ» قَالَ: وَرَأَيْتُ الشَّيْبَ أَحْمَرَ قَالَ أَبُو عِيسَى: " هَذَا أَحْسَنُ شَيْءٍ رُوِيَ فِي هَذَا الْبَابِ، وَأَفْسَرُ؛ لِأَنَّ الرُّوَايَاتِ الصَّحِيحَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَبْلُغِ الشَّيْبَ. وَأَبُو رِمْثَةَ اسْمُهُ: رِفَاعَةُ بْنُ يَثْرِبِيٍّ التَّيْمِيُّ "

46

2. Utsman bin Mauhab berkata:

Abu Hurairah pernah ditanya, “Adakah Rasulullah mewarnakan rambutnya?” Abu Hurairah menjawab, “Ya.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari dan Ibnu Majah)

عُثْمَانَ بْنِ مَوْهَبٍ قَالَ: سُئِلَ أَبُو هُرَيْرَةَ: هَلْ خَضَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: «نَعَمْ» [ص:61] قَالَ أَبُو عِيسَى: " وَرَوَى أَبُو عَوَانَةَ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَوْهَبٍ، فَقَالَ: عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ "

47

3. Al-Jahdzamah berkata:

Aku melihat Rasulullah keluar dari rumahnya mengeringkan rambutnya selepas mandi. Di kepalanya ada bekas daun inai.

 

[At-Tirmizi berkata: Guruku ragu apakah orang yang meriwayatkan sebelum ini menggunakan perkataan ‘bekas celupan’] (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

الْجَهْدَمَةِ، امْرَأَةِ بِشْرِ ابْنِ الْخَصَاصِيَّةِ، قَالَتْ: «أَنَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ مِنْ بَيْتِهِ يَنْفُضُ رَأْسَهُ وَقَدِ اغْتَسَلَ، وَبِرَأْسِهِ رَدْعٌ مِنْ حِنَّاءٍ» أَوْ قَالَ: «رَدْغٌ» شَكَّ فِي هَذَا الشَّيْخُ

48

4. Anas berkata:

Aku melihat rambut Rasulullah diwarnakan. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ أَنَسٍ قَالَ: «رَأَيْتُ شَعْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَخْضُوبًا»

49

5. Hammad berkata: Dan Abdullah bin Muhamad Aqil berkata: Aku melihat rambut Rasulullah s.a.w. pada Anas bin Malik diwarnakan.

قَالَ حَمَّادٌ: وَأَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ قَالَ: «رَأَيْتُ شَعْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ مَخْضُوبًا»

 

Disediakan oleh: zain y.s (al-ahkam.net 2014)