No |
Tajuk |
الموضوع |
BAB 3 |
Bab: Rambut Rasulullah s.a.w. (8 Hadis) |
بَابُ مَا جَاءَ فِي شَعْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
24 |
1. Anas bin Malik berkata: Rambut Rasulullah mencecah sehingga bahagian ten gah kedua-dua telinganya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim, Ibnu Majah dan Nasa’i) |
عَنْ أنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ شَعْرُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى نِصْفِ أُذُنَيْهِ» |
25 |
2. Aisyah berkata: Aku pernah berkongsi mandi satu bekas air dengan Rasulullah, Baginda s.a.w. memiliki rambut yang panjangnya di atas bahu dan di bawah cuping telinga. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah) |
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ، وَكَانَ لَهُ شَعْرٌ فَوْقَ الْجُمَّةِ وَدُونَ الْوَفْرَةِ» |
26 |
3. Al-Bara bin ‘Azib berkata: Rasulullah adalah seorang yang memiliki bentuk tubuh yang sederhana, kedua-dua bahunya bidang, rambutnya menyentuh kedua-dua cuping telinganya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Abu Daud) |
عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرْبُوعًا، بَعِيدَ مَا بَيْنَ الْمِنْكَبَيْنِ، وَكَانَتْ جُمَّتُهُ تَضْرِبُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ» |
27 |
4. Qatadah berkata: Aku bertanya kepada Anas bin Malik, “Bagaimanakah rambut Rasulullah?”
Jawab Anas, “Rambut Baginda s.a.w. tidak kerinting dan tidak lurus. Panjang rambut Baginda s.a.w. menyentuh kedua-dua cuping telinganya.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)
|
عَنْ قَتَادَةَ قَالَ: قُلْتُ لِأَنَسٍ: كَيْفَ كَانَ شَعْرُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: «لَمْ يَكُنْ بِالْجَعْدِ وَلَا بِالسَّبْطِ، كَانَ يَبْلُغُ شَعْرُهُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ» |
28 |
5. Ummu Hani binti Abu Thalib berkata: Semasa penaklukan Kota Mekah, Rasulullah memasuki kota ini dengan rambut yang diikat empat. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)
|
عَنْ أُمِّ هَانِئٍ بِنْتِ أَبِي طَالِبٍ، قَالَتْ: «قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَكَّةَ قَدْمَةً وَلَهُ أَرْبَعُ غَدَائِرَ» |
29 |
6. Anas meriwayatkan: Panjang rambut Rasulullah adalah sehingga pertengahan telinga Baginda s.a.w.. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Nasa’i) |
عَنْ أَنَسٍ: «أَنَّ شَعْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِلَى أَنْصَافِ أُذُنَيْهِ» |
30 |
7. Ibnu Abbas meriwayatkan: Pada awalnya, Rasulullah membiarkan rambut Baginda s.a.w. terurai ke hadapan. Orang musyrik pula merapikan rambut mereka. Para ahli kitab membiarkan rambut mereka terurai ke hadapan. Rasulullah memilih menyesuaikan diri dengan keadaan ahli kitab selama masih belum ada perintah mengenainya. Kemudian, Rasulullah menyisir rambut Baginda s.a.w. dengan rapi. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa’i) |
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُسْدِلُ شَعْرَهُ، وَكَانَ الْمُشْرِكُونَ يَفْرِقُونَ رُءُوسَهُمْ، وَكَانَ أَهْلُ الْكِتَابِ يُسْدِلُونَ رُءُوسَهُمْ، وَكَانَ يُحِبُّ مُوَافَقَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ فِيمَا لَمْ يُؤْمَرْ فِيهِ بِشَيْءٍ، ثُمَّ فَرَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأْسَهُ» |
31 |
8. Ummu Hani berkata: Aku melihat rambut Rasulullah diikat empat. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah) |
عَنْ أُمِّ هَانِئٍ، قَالَتْ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَا ضَفَائِرَ أَرْبَعٍ» |
|
Disediakan oleh: zain y.s (al-ahkam.net 2014) |
|