Petikan: "Bila di sebut sahaja Bidah, maka timbullah kata-kata seperti : "Ini mesti Mazhab Wahabi ni....!", "Dalam betul Wahabi ustaz itu....?", "Ulama Saudi.... semuanya tak betul, semuanya bidah". Macam-macamlah perkataan yg kita dengar. Sikap keterbukaan menerima sesuatu ilmu yg dibawa tadi sudah lenyap. Begitu juga dengan golongan-golongan yg dikatakan kaum salaf, tugasnya asyik nak membidahkan sahaja golongan-golongan lain tanpa menggunakan uslub dawah yang betul. Ada juga yg mengambil ringan mengenai istilah bidah. Pada mereka bidah ini hanya menyentuh perkara-perkara yg makruh sahaja. Ia cuma khilaf ulama. Ada juga yg menjadikan bidah sebagai alasan mengelak ibadat-ibadat sunat. Ada juga kedapatan para ustaz-ustaz yg akan bersuara, "Kalau nak cepat popular, boleh kata perkara ini dan itu bidah". Maknanya pengumuman bidah merupakan deklarasi populariti! Rata-rata bermacam-macam reaksi yg boleh kita jumpa apabila membicarakan istilah bidah."
Bidah : satu tinjauan
Oleh: Kamin
Assalamualaikum
Rasulullah saw ketika berkhutbah pernah bersabda sebagaimana yg diriwayatkan oleh An-Nasaai:
þ þãä íåÏå Çááå ÝáÇ ãÖá áå æãä íÖááå ÝáÇ åÇÏí áå Åä ÃÕÏÞ ÇáÍÏíË ßÊÇÈ Çááå æÃÍÓä ÇáåÏí åÏí þ þãÍãÏ þ þæÔÑ ÇáÃãæÑ þ þãÍÏËÇÊåÇ þ þæßá ãÍÏËÉ ÈÏÚÉ æßá ÈÏÚÉ ÖáÇáÉ æßá ÖáÇáÉ Ýí ÇáäÇÑ
".....Sesiapa yg diberi oleh Allah petunjuk maka tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang telah disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi pentunjuk kepadanya. Dan sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah dari Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah Nabi Muhammad saw. Dan seburuk-buruk kejahatan adalah mereka-reka (pembaharuan didalam agama) dan setiap rekaan adalah bidah dan setiap bidah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah tempatnya didalam neraka...." - An-Nasaai.
Perkataan Bidah merupakan suatu istilah sensitif dikalangan orang-orang Islam khususnya di Malaysia. Dalam istilah Inggeris ia di panggil Innovation atau jika diMelayukan menjadi inovasi. Dengan kata lain ia membawa maksud - inovasi, rekaan atau ciptaan baru. Menurut Sheikh Ali Mahfudz didalam kitabnya Al Ibda fi Madharil Ibtida[1] berkata bahawa bidah boleh dilihat dari segi bahasa dan istilah. Dari segi bahasa ia bermakna:
ãÇÎáÞ ãä ÛíÑ ãËÇá ÓÇÈÞ
"Segala sesuatu yang diciptakan dengan tidak didahului contoh-contoh"
Manakala dari segi istilah pula ia bermaksud :
ÇáÈÏÚÉ åí ÚÈÇÑÉ Úä ØÑíÞÉ Ýí ÇáÏíä ÊÖÇåí ÇáÔÑÚíÉ íÞÕÏ ÈáÓáæß ÚáíåÇ ÇáãÈÇáÛÉ Ýí ÇáíÊÚÈÏ Çááå ÓÈÍÇäå æÊÚÇáì
"Bidah ialah suatu ibarat yang berkisar pada masalah-masalah agama. Dilakukannya menyerupai syariat dengan cara yang berlebihan dalam mengabdikan kepada Allah swt."
Keterangan diatas amat terang dan jelas menceritakan bidah secara ringkasnya. Sepertimana yg dinyatakan didalam hadis diatas tadi dimana seburuk-buruk kejahatan ialah mereka-reka (þæÔÑ ÇáÃãæÑ þ þãÍÏËÇÊåÇ ) telah membangkit beberapa perkumpulan ulama mencari skop dan had-had istilah mereka-reka itu sendiri. Didalam mendefinasikan ruang lingkup bidah atau rekaan-rekaan didalam agama Islam telah mengakibatkan tercetusnya pelbagai-bagai pegangan, baik yg menolak semua bidah dan mengatakan semuanya sesat atau kumpulan-kumpulan yg membuat pembahagian terhadap bidah (kelasifikasi bidah) itu sendiri, malah ada juga yg mengamalkan sesuatu bidah tanpa berdasarkan kepada dalil-dalil yg kuat.
Bila di sebut sahaja Bidah, maka timbullah kata-kata seperti : "Ini mesti Mazhab Wahabi ni....!", "Dalam betul Wahabi ustaz itu....?", "Ulama Saudi.... semuanya tak betul, semuanya bidah". Macam-macamlah perkataan yg kita dengar. Sikap keterbukaan menerima sesuatu ilmu yg dibawa tadi sudah lenyap. Begitu juga dengan golongan-golongan yg dikatakan kaum salaf, tugasnya asyik nak membidahkan sahaja golongan-golongan lain tanpa menggunakan uslub dawah yang betul. Ada juga yg mengambil ringan mengenai istilah bidah. Pada mereka bidah ini hanya menyentuh perkara-perkara yg makruh sahaja. Ia cuma khilaf ulama. Ada juga yg menjadikan bidah sebagai alasan mengelak ibadat-ibadat sunat. Ada juga kedapatan para ustaz-ustaz yg akan bersuara, "Kalau nak cepat popular, boleh kata perkara ini dan itu bidah". Maknanya pengumuman bidah merupakan deklarasi populariti! Rata-rata bermacam-macam reaksi yg boleh kita jumpa apabila membicarakan istilah bidah.
Malah bab inilah yg merupakan satu perkara yg tidak ada titik pertemuan diantara pengikut mazhab dan kumpulan-kumpulan salaf sehingga kini. Persoalan Tahlil, membaca Yasin malam Jumaat, Malam Nisfu Syaban, Malam Isra dan Miraj, fadilat puasa Rejab, fadilat penggunaan biji tasbih dan sebagainya merupakan perkara-perkara yg akan disentuh setiap kali apabila bidah diperkatakan. Pertembungan ini juga dipanggil pertembungan kaum tua dan kaum muda. Kita tidak ingin membicarakan permasalahan bidah itu buat masa ini, cuma ingin menyentuh natijah-natijah yg timbul dan yg akan timbul hasil dari pertembungan dua budaya pemikiran ini. Kupasan mengenai bidah telah dibuat dengan panjang lebar oleh ulama-ualma muktabar seperti As-Syahid Hasan Al-Bana didalam Usul 12 nya [2] dengan merangkumi skop-skop bidah itu sendiri . Kita harus akur bahawa mereka-mereka yang menyokong bidah hasanah atau yang mengganggap semua bidah adalah sesat terdiri dari mereka yg bergelar ulama. Mereka ini bukan calang-calang orang. Siapalah kita untuk mempersoalkan keupayaan mereka itu!
Memang tidak boleh dinafikan terdapatnya pelbagai unsur-unsur negatif yg timbul dari pertembungan ini. Perkara-perkara ini lah yg harus kita elakkan agar ia tidak menjadikan kesesatan yg amat nyata. Contoh-contoh budaya negatif adalah seperti :
1. Cemuhan-cemuhan tanpa segan silu dilakukan terhadap ulama-ulama tersebut. Fitnah menfitnah ulama. Ulama sudah tidak dihormati lagi. Akhlak perbincangan seakan-akan sudah tiada lagi.
2. Cemuhan terhadap orang-orang Islam sendiri dan berakhir dengan perkelahian. Perdebatan yg membakar semangat perkelahian yg didorong oleh kemarahan yg tidak dapat dikawal. Perdebatan yg diasaskan dengan nafsu, ingin menegakkan benang basah. Jauh sekali dari keikhlas didalam agama!
3. Mendakwa seseorang ulama ini berkata demikan tetapi sebenar ulama tidak pernah berkata begitu. Ini juga termasuk didalam memalsukan kenyataan ulama. Contohnya, Imam Syafie kan berkata perkara ini sunat, wal hal tak pula kedapatan didalam kitab Imam Syafie. Tak tahulah Syafie mana yg dirujukkannya?
4. Lebih bahaya lagi memalsukan hadis Rasulullah saw. Contohnya, kalau orang awam akan berkata :"Inikan sunnah Nabi", tetapi Rasulullah saw tidak pernah berkata demikan (pandai-pandai nak melibatkan nama Rasulullah saw tanpa usul periksa!), dan golongan-golongan oportunis pula akan memalsukan hadis-hadis nabi, dengan lahirnya hadis-hadis mawdhu. Ini semua suatu penipuan terhadap Rasulullah saw!
5. Semua orang jadi ulama. Masing-masing dah pandai mengeluarkan fatwa-fatwa tanpa ilmu dan tanpa sedikit pun perasaan takut akan azab Allah swt.
Pergeseran dan pertembungan dua budaya ini sebenar merupakan pergesaran ilmu dan hujah yg amat hebat sekali. Terdapat ilmu perbandingan yg amat berharga dilahirkan. Ulama mana yg nak menyesat manusia? Hanya ulama-ulama yg mempunyai kepentingan dunia sahaja yg melakukannya. Ada juga yg disebabkan oleh faktor-faktor tekanan, asasnya cinta pada dunia dan benci kepada maut. Apabila dilihat konflik ini secara positif, maka dapatlah kita senarai beberapa pengajaran yg boleh kita ambil seperti:
1) Meninggalkan budaya Pak Turut - Budaya ini memang tak dapat dipisahkan kepada mereka yg begitu sensitif tak menentu mengenai isu bidah ini. Mereka tak boleh terima perkara baru didalam hidup mereka. Sekurang-kurangnya konflik ini dapat memecahkan sikap pak turut seperti "Guru saya kata atau Ustaz itu kata perkara ini sunat!" kepada sikap keterbukaan. Tepuk dada, tanya ilmu. Kita wujudkan budaya Pak Siasat, Pak Ingin Tahu dan sebagainya.
2) Peningkatan didalam budaya merujuk. Mempelajari konflik ini membuat seseorang Islam ini banyak melakukan rujukan. Contohnya, Sembahyang tasbih; kita akan ketemu pelbagai-bagai pendapat yg membolehkan dan menolak sembahyang tasbih. Ini menjadikan kita lebih peka dan original didalam ibadat yg kita lakukan.Ia menggalakkan masyarakat Islam mewujudkan budaya penyelidikkan disamping meningkat ilmu pengetahuan. Didalam melakukan rujukan, maka timbullah teknik-teknik seperti citation indexing, siapa yg merujuk siapa?; proses atau langkah yg diambil apabila melakukan pencarian rujukan keatas rujukan. Maka timbullah minat mengetahui dan membaca kitab-kitab asal sesuatu persoalan itu. Kalau dilihat dari segi subjek, bidang citation indexing terhadap bahan-bahan bacaan Islam belum ada lagi. Maka usaha-usaha perlu digembelingkan kearah mewujudkan alat-alat rujukan tersebut.
3) Ulama pewaris Nabi - Ia mewujudkan budaya merujuk kepada rujukan ulama. Ulama tempat merujuk. Timbul budaya ulama mana yg berkata begitu. Bagaimana mana cara argument atau hujah mereka. Bagaimana ulama itu boleh berijtihad dengan hukum itu? Budaya ini membuatkan nama-nama ulama-ulama silam seperti Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Taimiyah dan sebagainya dirujuk dan disebut sehingga kini. Tanpa sumbangan ulama-ulama ini, tak kemana keislaman kita. Maka timbullah kecintaan kepada para ulama-ulama.
4) Memperbaiki qualiti ibadah. - Konflik ini membuat seseorang Islam itu mendalami ilmu ibadah mereka. Rujukan-rujukan ulama seperti buku yg menyentuh Bagaimana Rasulullah sembahyang?, Ibadah Haji seperti Rasulullah dan sebagainnya memberi ilmu yg genuine atau asli kepada si pembaca tadi. Kita dapat ketahui melalui nas-nas dan perbincangan ulama asal-usul, kaifiyat-kaifiyat, fadilat-fadilat sesuatu ibadah itu secara betul dan bukannya membuta tuli sahaja. Dapatlah kita mengetahui dengan secara detail sesuatu ibadat itu dilaksanakan.
5) Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi saw - Konflik ini akan menggembalikan kita kepada rujukan utama kita, iaitu Al-Quran sunnah Rasulullah saw. Rujukan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah akan dilakukan apabila timbulnya sesuatu konflik ini. Dalam mempelajari ilmu hadis ini, maka tahulah kita darjat-darjat sesuatu hadis itu dan sebagainya.Tahulah kita mana hadis-hadis yg dipalsukan atau yg tersangat daif.
Sebagai kesimpulan kepada faktor-faktor diatas boleh kita simpulkan bahawa kalau bidah ini diperbincangkan berdasarkan ilmu dan akhlak, maka natijah-natijah negatif tidak akan timbul.Sebaliknya, ia menimbulkan budaya ilmu bagi mereka yg mengkaji polemik bidah membidah itu. Kajian secara terperinci telah dilakukan di Malaysia oleh Mohd Radzi Othman dan O.K. Rahmat dari Universiti Sains Malaysia mengenai applikasi pembaharuan di Malaysia khususnya dinegeri Perlis [3].
Disini, sebagai permulaan, kita ingin memperkenalkan istilah bidah dari seorang ulama hadis yg begitu popular dan juga kontroversi didalam persoalan bidah. Beliau ada Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Beliau merupakan ulama kelahiran Ashkodera, ibu negara Albania pada tahun 1914.Seorang yg amat mencintai ilmu hadis dan mendapat gelaran Professor hadis dari Universiti Madinah. Dibawah ini adalah terjemahan syarahan mengenai definasi bidah yg beliau lampirkan didalam buku Haji Nabi saw sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a. dibawah bab Bidah mengenai Ibadah Haji dan ziarah ke Madinatul Munawwara, dan Baitul Maqdis.Kita tidak membincangkan mengenai perkara yg beliau sentuh mengenai ibadat Haji dan Ziarah, tetapi cuma menyentuh definasi bidah yg mengambarkan minda beliau dan sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran mengenai mengapa sesuatu perkara itu dikatakan bidah menurut ulama ini. Kita percaya bahawa sekurang-kurangnya terjemahan ini dapat membuka minda-minda kita agar dapat meningkatkan lagi qualiti ibadah dan mempraktik sunnah didalam penghidupan seharian. Sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Mulk ayat 2 -
ÇáøóÐöí ÎóáóÞó ÇáúãóæúÊó æóÇáúÍóíóÇÉó áöíóÈúáõæóßõãú Ãóíøõßõãú ÃóÍúÓóäõ ÚóãóáðÇ æóåõæó ÇáúÚóÒöíÒõ ÇáúÛóÝõæÑõ
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"
Perkataan "Ahsanu amalan (ÃóÍúÓóäõ ÚóãóáðÇ )" - dengan kata lain boleh didefinasikan sebagai amalan-amalan yg berqualiti; iaitu amalan-amalan yang menepati kehendak Allah dan yg dilakukan oleh Rasulullah saw. Qualilti sesuatu amalan tidak boleh dinilai dengan aqal semata-mata tetapi nilai ukurannya mesti berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw, kerana Rasulullah itu adalah sebaik-baik ikutan, sebagaimana firmannya:
áóÞóÏú ßóÇäó áóßõãú Ýöí ÑóÓõæáö Çááøóåö ÃõÓúæóÉñ ÍóÓóäóÉñ áöãóäú ßóÇäó íóÑúÌõæ Çááøóåó æóÇáúíóæúãó ÇáúÂÎöÑó æóÐóßóÑó Çááøóåó ßóËöíÑðÇ
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].
Marilah kita kembali kepada Al-Quran Dan Sunnah Nabi saw didalam apa jua perkara sekalipun, khususnya persoalan bidah membidah ini.Siapalah kita hendak mempersoalkan isu-isu Bidah ini? Kita hilangkan budaya menolak atau menerima sesuatu itu tanpa menyelidikinya. Kita wujudkan budaya ilmu didalam masyarakat kita, terutamanya umat Islam di Malaysia. Insyaallah.
-------------
Petikan dari bab terakhir dari buku (ÍÌÉ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ßãÇ ÑæÇåÇ ÌÇÈÑ ÑÖí Çááå Úäå )Haji Nabi saw sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a. didalam Bab - Bidah mengenai Ibadah Haji dan ziarah ke Madinatul Munawwara, dan Baitul Maqdis, mukasurat 100-105.[4]
Saya (Al-Albaani)telah menambah didalam penghujung buku, perkara mengenai bidaah berhubung dengan ibadat Haji dan lawatan ke Madinatul Munawarah dan Baitul Maqdis, dimana tidak ramai orang-orang mengetahui mengenai perkara ini dan telah jatuh kedalamnya - maka saya ingin menasihatkan mereka dengan menerangkan dan memberi peringatan terhadap perkara ini - sebagaimana Allah tidak menerima apa-apa amalan melainkan dipenuhi 2 syarat [di bawah] :
Pertama : Ia dilakukan dengan penuh ikhlas kerana Allah Azza wa Jalla.
Kedua : Ia mestilah betul - dan ia tidak akan betul (sahih) sehingga ia bertepatan dengan Sunnah, tidak bertentangan dengannya - dan sebagaimana dipersetujui oleh ulama-ulama- apa-apa yg didakwa oleh seseorang mengenai perbuatan yg Rasullulah tidak menjelaskan melalui Hadisnya, (yg tidak membawa dekat kepadanya) -- membawa kepada dekat dengan Allah apabila melakukan - maka ia bertentangan dengan Sunnah sebagaimana Sunnahnya terdiri dari dua jenis :
(a) Sunnah perbuatan (Sunnah Filiyyah - ÓäÉ ÝÚáíÉ perbuatan yg dilakukan) dan
(b) Sunnah ditinggallkan (Sunnah Tarkiyyah) - ÓäÉ ÊÑßíÉ perbuatan yg dia tidak lakukan)
Perkara yg berkisar mengenai ibadat, yg ditinggalkan oleh Rasullulah - maka menjadi sunnah untuk meninggalkan nya - misalnya - Azan pada sembahyang dua hari raya dan semasa mengkebumikan mayat, walaupun ia memulia dan menyebut nama Allah, ia tidak dibenarkan walaupun ia bermakna mendekati diri dengan Allah Azza wa Jalla, dan bahawasanya ia disebabkan sesuatu yg Rasullulah saw meninggalkannya - dan telah faham pada peringkat ini oleh sahabat-sahabatnya - dan Huzaufah Ibnu
Al-Yamaan ra berkata :
ßá ÚÈÇÏÉ áã íÊÚÈÏåÇ ÃÕÍÇÈ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáí æÓáã ÝáÇ ÊÚÈÏæåÇ
"Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"
Dan berkata Ibnu Masud :
ÇÊÈÚæÇ æáÇ ÊÈÏÚæÇ¡ ÝÞÏ ßÝíÊã Úáíßã ÈÇáÃãÑ ÇáÚÊíÞ
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"
Maka beruntunglah mereka yg Allah beri peluang untuk melakukan ibadah dengan mengikuti Sunnah Nabi saw dan tidak mencampurkannya dengan bidah - untuk mereka itu khabaran penerimaan Allah ketas ketaatannya - dan keizinannya ke Syurga. Allah menjadikan dari mereka yg mendengar perkataan-perkataan dan mengikuti yg terbaik.
Dan ketahuilah bahawa bidah 2 jenis bidaah akan melalui kamu :
(1) Bidah yg didapati dari teks (nas) rekaan para ahli ilmu didalam buku mereka, maka alamat ini di kaitkan kepada mereka. Dan ini merupakan jenis yg paling banyak.
(2) Akhir sekali ialah : bidah yg tidak saya dapati dari teks (nas) tetapi melalui tahun atau kaedah kawalan saintifik keatas perkara yg dibidahkan (ciptakan).
Dan ketahuilah bahawa bidaah ini boleh didapati dari faktor-faktor berikut :
(i)Hadis Daif (lemah) - dimana tidak benarkan penggunaannya sebagai dalil, atau ianya, menurut kata-kata anda, dibenarkan mengamalkannya , sebagaimana yg telah saya jelaskan didalam Muqadimah buku Sifat Solat Un-Nabi (sifat-sifat sembahyang nabi) - dan ini mazhab (pegangan) jemaah dari ahli ilmu - dari mereka Ibnu Taimiyyah.
(ii) Hadis Palsu (Mawdhu) - atau tidak ada apa-apa asasnya - beberapa fuqaha masih tidak mengetahui mengenai keadaan kebenarannya - dan maka berdasarkan hukum agama terhadapnya - ia telah menjadi punca utama bidaah dan perbuatan baru!
(iii) Ijtihad beberapa fuqaha atau sesesuatu perkara yg dicadangkan - khusus dikalangan muthakhir - tidak berasaskan apa-apa bukti (dari Al-Quran & Hadis), dari menggangapnya sebagai perkara yg bercanggah - sehingga ia menjadi Sunnah yg di ikuti! Dan ini tidak mungkin tersembunyi dari seorang yg mendalami agamanya, sesungguhnya tidak betul mengikut perkata tersebut, tidak ada perkara yg sebahagian dari Shariah melainkan dari Allah, dan tidak mencukupi untuk seseorang itu membuat sesuatu yg diingini, dan bahawa Allah tidak akan mengazabnya kerana perkata itu, Tetapi bagi mereka yg mengambil sesuatu yg dianggap sebagai sunnah, maka pasti tidak! Dan bagaimana ia boleh terjadi apabila ada beberapa perkara mencanggah dengan sunnah, sebagaimana akan dinyatakan kemudiannya - dengan izin Allah.
(iv) Adat dan kepercayaan kurafat yg mana tiada dalil dalam Shariah, dan tidak disokong oleh aqal, sehingga jika ada dikalangan mereka yg jahil mengambilnya sebagai sebahagian dari shariah, kadangkala menjari sokongan dari yg lain, kadang kala ada yg mengakui dari mereka yg alim yg sebenarnya mempunyai penampilannya.
Maka kamu seharusnya tahu betapa bahaya bidah ini bukanlah satu tahap sahaja, bahkan ia mempunyai peringkat-peringkat. Ada diantaranya syirik dan kufur yg jelas (sarih), sebagaimana yg kamu akan lihat, dan sebahagiannya kurang dari itu, walau bagaimana pun, kamu mesti berjaga sekecil-kecil bidah yg seseorang itu bawa kedalam agama adalah haram setelah ia didedahkan sebagai bidah, sebagaimana tidak ada bidah yg makruh sahaja, sebagaimana beberapa orang yg berfikir, dan bagaimana ini boleh terjadi sedangkan Rasulullah saw bersabda:
ßá ÈÏÚÉ ÖáÇáÉ¡ æßá ÖáÇáÉ Ýí ÇáäÇÑ
"Setiap bidah itu sesat. Dan setiap yg sesat akan ke neraka".
Itu kepada mereka yg melakukan. Dan Imam As-Syatibee telah menjelaskan dengan sepenuhnya perkara ini didalam buku pentingnya Al-Itisaam, dan kerana bidah ini sesuatu yg merbahaya, dan kebanyakkan orang masih lalai dengannya, melainkan kebanyakkan kecil mereka yg ahli ilmu, dan cukup untuk membuktikan betapa serius bidah tersebut sebagaimana didalam sabda Nabi saw :
Åä Çááå ÍÌÈ ÇáÊæÈÉ Úä ßá ÕÇÍÈ ÈÏÚÉ¡ ÍÊì íÏÚ ÈÏÚÊå Ü ÑæÇå ÇáØÈÑÇäí æÇáÖíÇÁ ÇáãÞÏÓí Ýí ÇáÃÍÇÏË ÇáãÎÊÇÑÉ
"Sesungguhnya Allah tidak menerima Taubat kepada sesiapa yg melakukan bidah, sehingga ia meninggalkan bidah". Diriwayatkan oleh Tabrani dan Ad-Diyaa Al-Maqdisi didalam Al-Hadith Al-Mukhtaarah dan lain-lain , dengan Shahih Isnad, dan dijelaskan oleh Al-Munzari sebagai Hasan.
Dan saya mengakhiri dengan beberapa patah nasihat yg ingin saya sampaikan kepada pembaca dari Imam Besar dan Ulama Islam terawal, Sheikh Hasan bin Ali Al-Barbaharee, salah seorang dari pengikut Imam Ahmad, yg meninggal pd tahun 329 hijrah, berkata Rahimullahu taala:
"Dan awas dengan sekecil-kecil perkara yg diadakan, sebagaimana bidah kecil hasil dari dilakukan berulang kali sehingga menjadi bidah yg besar, dan didalam perjalanan itu setiap bidah diperkenalkan kepada Ummah bermula dengan bidah kecil - berupa seperti sesuatu perkara yg benar dan ianya jatuh kedalamnya, sehingga ia tidak mampu meninggalkannya, ada diantaranya membesar dan menjadi sebahagian dari agama, diamalkan sedemikian. Maka lihatlah dengan rahmat Allah, setiap apa yg orang dizaman kamu berkata dan jangan menerimanya sehingga kamu bertanya dan menyelidikinya: Apakah terdapatnya sahabat atau ulama bercakap mengenainya, maka jika kamu jumpa riwayat dari mereka, maka terimalah dan jangan tinggal ia untuk sesuatu, dan jangan mendahulukan apa-apa, dan jangan dahulukan apa-apa keatasnya dan sehingga jatuh kepada api neraka."
Dan kamu harus tahu, moga-moga Rahmat Alah terhadapmu, bahawa tidak sempurna islam hambanya sehingga mengikut (dgn dalil), membenarkan dan menyerah (kepada kebenaran). Maka barang siapa yg mendakwa bahawa apa-apa yg tinggal dalam Islam yg mana shabat Rasulullah tidak menerangkan sepenuhnya kepada kami, maka dia telah mencipta satu penipuan terhadap mereka, sesat dan menyesatkan, mengadakan sesuatu didalam Islam apa yg bukan miliknya.
Semoga Rahmat Allah keatas Imam Malik yg berkata :
áÇ íÕáÍ ÂÎÑ åÐå ÇáÃãÉ ÅáÇ ÈãÇ ÕáÍ Èå ÇæáåÇ¡ ÝãÇ áã íßä íæãÆÐ ÏíäÇ¡ áÇíßæä Çáíæã ÏíäÇ
"Tidak akan betul ini umat melainkan dibetulkan pada permulaannya, maka tidak ia sebahagian dari agama, tidak [terdapat] ia didalam agama hari ini"
Dan Nabi saw berkata:
ãÇ ÊÑßÊ ÔíÆÇ íÞÑÈßã Åáì Çááå ÅáÇ æÞÏ ÃãÑÊßã Èå¡ æãÇ ÊÑßÊ ÔíÆÇ íÈÚÏßã Úä Çááå æíÞÑÈßã Åáì ÇáäÇÑ¡ ÅáÇ äåíÊßã Úäå
"Saya tidak meninggalkan apa-apa yg boleh membawa kamu hampir kepada Allah, melainkan saya telah perintahkan kamu dengannya. Dan saya tidak meninggalkan apa-apa yg boleh menjauhkan kamu dari Allah dan membawa kamu ke Api neraka melainkan apa yg dilarangkan keatas kamu"
Semua pujian kepada Allah yg mana nimatnya kebaikannya telah sempurna.
---------------
Rujukan:
1. Sheikh Ali Mahfuz. Al Ibda fi Madharil Ibtida. Kaherah : Darul Itisham Al-Azhar.
(cetakan ke 3).
2. Usul ke 11 - Syahid Hasan Al-Bana. http://www.geocities.com/Athens/Delphi/6035/bidaah1.html
3. Mohd Radzi Othman dan O.K. Rahmat. Gerakan Pembaharuan Islam.
http://www.lib.usm.my/press/Moro/MORO1h.html
Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
4. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Hujatun Nabi saw kama rawaaha Jaabir r.a.
Beirut : Maktab Al-Islami, 1985. (cetakan ke 7)