Al-Syama'il: Bab 02. Khatam Nubuwah (8 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

2

Khatam Nubuwah (8 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي خَاتَمِ النُّبُوَّةِ

16

1. Saib bin Yazid berkata:

Makcikku mengajak aku bertemu dengan Rasulullah. Kemudian, makcikku berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saudaraku (iaitu as-Sa’ib bin Yazid) sedang sakit.”

 

Rasulullah mengusap kepalaku lalu mendoakan keberkatan untukku. Sesudah itu, Baginda s.a.w. mengambil wuduk, dan aku meminum air bekas wuduknya lalu berdiri di belakang badan Baginda s.a.w.

 

Aku dapat melihat tanda kenabian di antara kedua-dua bahunya. Tanda itu seperti butang yang besar atau seperti telur burung puyuh. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

السَّائِبَ بْنَ يَزِيدَ يَقُولُ: ذَهَبَتْ بِي خَالَتِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ ابْنَ أُخْتِي وَجِعٌ. فَمَسَحَ رَأْسِي وَدَعَا لِي بِالْبَرَكَةِ، وَتَوَضَّأَ، فَشَرِبْتُ مِنْ وَضُوئِهِ، وَقُمْتُ خَلْفَ ظَهْرِهِ، فَنَظَرْتُ إِلَى الْخَاتَمِ بَيْنَ كَتِفَيْهِ، فَإِذَا هُوَ مِثْلُ زِرِّ الْحَجَلَةِ "

17

2. Jabir bin Samurah berkata:

Aku pernah melihat tanda kenabian yang ada di antara kedua-dua bahu Rasulullah, iaitu daging yang berwarna merah sebesar telur burung merpati. (Diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi)

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ: «رَأَيْتُ الْخَاتَمَ بَيْنَ كَتِفَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غُدَّةً حَمْرَاءَ مِثْلَ بَيْضَةِ الْحَمَامَةِ»

18

3. Rumaitsah berkata:

Aku mendengar Rasulullah (yang pada waktu itu berada sangat dekat denganku, sehingga seandainya aku mahu mencium tanda kenabian yang ada di antara kedua-dua bahu Baginda s.a.w., nescaya aku dapat lakukannya) berkata kepada Sa’d bin Mu’adz pada hari Baginda s.a.w. meninggal dunia, ‘“Arasy Allah bergegar kerana kematian Sa’d.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

رُمَيْثَةَ قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَوْ أَشَاءُ أَنْ أُقَبِّلَ الْخَاتَمَ الَّذِي بَيْنَ كَتِفَيْهِ مِنْ قُرْبِهِ لَفَعَلْتُ، يَقُولُ لِسَعْدِ بْنِ مُعَاذٍ يَوْمَ مَاتَ: «اهْتَزَّ لَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ»

19

4. Ibrahim bin Muhammad berkata:

Apabila Ali bin Abi Thalib menceritakan sifat Rasulullah, beliau akan menyebutkan sebuah hadis yang panjang. Beliau berkata, “Di antara kedua-dua bahunya terdapat tanda kenabian dan Baginda s.a.w. adalah nabi yang terakhir.”

إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ، مِنْ وَلَدِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ: كَانَ عَلِيٌّ، إِذَا وَصَفَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَذَكَرَ الْحَدِيثَ [ص:44] بِطُولِهِ - وَقَالَ: «بَيْنَ كَتِفَيْهِ خَاتَمُ النُّبُوَّةِ، وَهُوَ خَاتَمُ النَّبِيِّينَ»

20

5. Abu Zaid ‘Amr bin Akhtab al-Anshari berkata kepada Alba’ bin Ahmar:

Rasulullah pernah berkata kepadaku, “Wahai Abu Zaid, ke marilah dan usaplah belakang badanku.” Aku pun mengusap belakang badan Rasulullah dan jari-jemariku menyentuh tanda (kenabian).

Alba’ bertanya kepada Abu Zaid, “Bagaimanakah bentuk tanda kenabian itu?” Abu Zaid menjawab, “Gumpalan rambut.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

أَبُو زَيْدٍ عَمْرُو بْنُ أَخْطَبَ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا أَبَا زَيْدٍ، ادْنُ مِنِّي فَامْسَحْ ظَهْرِي» ، فَمَسَحْتُ ظَهْرَهُ، فَوَقَعَتْ أَصَابِعِي عَلَى الْخَاتَمِ قُلْتُ: وَمَا الْخَاتَمُ؟ قَالَ: «شَعَرَاتٌ مُجْتَمِعَاتٌ»

21

6. Buraidah bin al-Hushaib berkata:

Ketika Rasulullah tiba di Madinah, Salman al-Farisi datang membawa hidangan berisi kurma. Hidangan itu diletakkan di hadapan Rasulullah.

 

Rasulullah bertanya, “Wahai Salman, apakah ini?” Salman menjawab, “Ini adalah sedekah untukmu dan sahabat-sahabatmu.”

 

Rasulullah berkata pula, “Bawa ia pergi dari sini, sesungguhnya kami tidak boleh menerima sedekah.” Salman membawa hidangan itu pergi dari situ.

 

Keesokan harinya, Salman datang sekali lagi membawa makanan yang sama. Beliau meletakkan makanan itu di hadapan Rasulullah. Rasulullah bertanya, “Apakah ini, wahai Salman?” Salman menjawab, “lni adalah hadiah untukmu.”

 

Rasulullah berkata kepada para sahabat, “Hidangkanlah!” Pada waktu itu, Salman terlihat tanda kenabian di belakang badan Rasulullah.

 

Dengan itu, beliau menyatakan kepercayaannya kepada Rasulullah.

 

Sebelum itu, Salman adalah hamba milik seorang Yahudi. Rasulullah menebus beliau dengan sekian-sekian dirham.

 

Cara membayarnya adalah dengan menanam pokok kurma di atas sebidang tanah untuk mereka. Salman perlu bekerja di situ sehingga pokok-pokok itu berbuah.

Rasulullah sendiri yang membantu Salman menanam pokok-pokok kurma itu, kecuali sebatang pokok yang ditanam oleh Umar.

 

Pokok-pokok kurma itu berbuah pada tahun yang sama. Namun, ada sebatang pokok yang tidak mengeluarkan buah. Rasulullah bertanya, “Mengapakah dengan pokok yang satu ini?” Umar menjawab, “Wahai Rasulullah, sayalah yang menanamnya.” Rasulullah mencabut pokok itu lalu menanamnya semula. Akhirnya pokok itu berbuah pada tahun yang sama juga. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

أَبِي بُرَيْدَةَ، يَقُولُ: جَاءَ سَلْمَانُ الْفَارِسِيُّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَدِمَ الْمَدِينَةَ بِمَائِدَةٍ عَلَيْهَا رُطَبٌ فَوَضَعَهَا بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «يَا سَلْمَانُ مَا هَذَا؟» فَقَالَ: صَدَقَةٌ عَلَيْكَ وَعَلَى أَصْحَابِكَ، فَقَالَ: «ارْفَعْهَا، فَإِنَّا لَا نَأْكُلُ الصَّدَقَةَ» قَالَ: فَرَفَعَهَا، فَجَاءَ الْغَدَ بِمِثْلِهِ، فَوَضَعَهُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «مَا هَذَا يَا سَلْمَانُ؟» فَقَالَ: هَدِيَّةٌ لَكَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ: «ابْسُطُوا»

ثم نظر إلى الخاتم على ظهر رسول الله صلى الله عليه وسلم فآمن به، وكان لليهود فاشتراه رسول الله صلى الله عليه وسلم بكذا وكذا درهما على أن يغرس لهم نخلا «2» فيعمل سلمان فيه حتى تطعم فغرس رسول الله صلى الله عليه وسلم النخيل إلا نخلة واحدة غرسها عمر، فحملت النخل من عامها، ولم تحمل النخلة، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما شأن هذه النخلة فقال عمر يا رسول الله أنا غرستها فنزعها رسول الله صلى الله عليه وسلم فغرسها فحملت من عامها.

22

7. Abu Nadhrah al-Awaqi berkata:

Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal tanda kenabian Rasulullah. Beliau menjawab, “Di belakang badan Rasulullah ada daging yang timbul.”

(Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

أَبِي نَضْرَةَ الْعَوَقِيِّ قَالَ: سَأَلْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ عَنْ خَاتَمِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَعْنِي خَاتَمَ النُّبُوَّةِ - فَقَالَ: «كَانَ فِي ظَهْرِهِ بَضْعَةٌ نَاشِزَةٌ»

23

8. Abdullah bin Sirjis berkata:

Aku pergi menemui Rasulullah ketika Baginda s.a.w. sedang duduk bersama para sahabatnya. Aku berjalan mundar-mandir di belakang Baginda s.a.w.

 

Baginda s.a.w. faham apa yang aku mahukan. Dengan itu, Baginda s.a.w. melepaskan selendang yang menutupi belakang badannya. Aku dapat melihat tanda kenabian yang berada di antara kedua-dua bahunya sebesar genggaman tangan. Di sekelilingnya ada tanda-tanda kecil seperti jerawat.

 

Sebelum pulang, aku menghadap Rasulullah dan berkata kepadanya, “Wahai Rasulullah, semoga Allah mengampunimu.”

 

Rasulullah berkata, “Begitu juga denganmu.”

 

Para sahabat yang berada di situ bertanya kepada Abdullah, “Adakah Rasulullah memohon keampunan buatmu?” Abdullah menjawab, “Ya, begitu juga untuk kalian.”

 

Kemudian, Abdullah membaca ayat, “... dan mintalah ampun bagi dosamu dan bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan..." (Surah Muhammad, ayat 19). (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي نَاسٍ مِنْ أَصْحَابِهِ، فَدُرْتُ هَكَذَا مِنْ خَلْفِهِ، فَعَرَفَ الَّذِي أُرِيدُ، فَأَلْقَى الرِّدَاءَ عَنْ ظَهْرِهِ، فَرَأَيْتُ مَوْضِعَ الْخَاتَمِ عَلَى كَتِفَيْهِ مِثْلَ الْجُمْعِ حَوْلَهَا خِيلَانٌ كَأَنَّهَا ثَآلِيلُ، فَرَجَعْتُ حَتَّى اسْتَقْبَلْتُهُ، فَقُلْتُ: غَفَرَ اللَّهُ لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَقَالَ: «وَلَكَ» فَقَالَ الْقَوْمُ: أَسْتَغْفَرَ لَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَقَالَ: نَعَمْ، وَلَكُمْ، ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ {وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ} [محمد: 19]

 

Disediakan oleh:

zain y.s (al-ahkam.net 2014)