Tajuk Buku: Ancaman Neraka & Kesengsaraannya
Penulis: Ibnu Rejab al-Hanbali
Halaman: 262m/s
Harga: RM56.00 (hardcover)
Kod: PJ-1970
Antara kandungan buku ini:
…Allah Taala berfirman:
“Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia. Sekali-kali tidak, demi bulan, dan malam ketika telah berlaku, dan subuh apabila mulai terang. Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar, sebagai ancaman bagi manusia (iaitu) bagi sesiapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur.” (al-Mudaththir 74:31-3)
Al-Hasan memberi komentar tentang firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Sebagai ancaman bagi manusia”, beliau berkata, “Allah tidak mengancam hamba-hambaNya dengan sesuatu apapun yang lebih bijaksana dari ayat ini.” Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim.
Qatadah berkata mengenai firman Allah Taala: “Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar,” ertinya adalah neraka. Sammak Ibnu Harb berkata: “Aku telah mendengar dari al-Nu’man Ibnu Basyir berkata ketika berkhutbah: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam khutbahnya: “Aku memberi peringatan kepada kamu terhadap neraka, aku memberi peringatan kepada kamu terhadap neraka.” Sehinggakan kalau ada orang sedang berada di pasar ketika itu, pasti dia akan dapat mendengarnya dari tempatku berdiri di sini. Sampai khamiishah (kain yang ditulis dengan sutera) yang pada mulanya berada di bahu Nabi, jatuh di kaki baginda.” Riwayat Imam Ahmad…
…Dari ‘Adi Ibnu Hatim berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Takutlah kamu semua kepada neraka.” ‘Adi berkata: Dan Nabi memalingkan mukanya kemudian bersabda: “Takutlah kamu semua kepada neraka.” Baginda berpaling tiga kali dan bersabda lagi: “Takutlah kamu semua kepada neraka walaupun dengan sebiji kurma. Sesiapa yang tidak memilikinya maka hendaklah dengan perkataan yang baik.” Diriwayatkan di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
Al-Baihaqi meriwayatkan sebuah hadith dengan sanad yang mengandungi perawi majhuul (tidak diketahui identitinya), dari Anas, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai sekalian umat Islam, cintailah oleh kamu suatu perbuatan yang kamu akan disukai oleh Allah (kerana perbuatan tersebut). Hindari dan takutlah pada suatu perbuatan yang telah Allah khabarkan tentang azab dan seksanya. (Dan takutlah kamu) terhadap neraka Jahanam. Kerana sesungguhnya, seandainya ada titisan dari syurga bersama kamu di dunia yang kamu duduki ini, pasti ia akan menghiasinya untuk kamu. Dan seumpama ada titisan dari neraka bersama kamu di dunia yang kamu huni sekarang ini, pasti ia akan memburukkan (kehidupan) kamu.”
Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim disebutkan sebuah riwayat dari Abu Hurairah, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya perumpamaan aku dengan umatku adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Lantas binatang-binatang melata dan nyamuk mulai mendatangi api tersebut. Maka (ketika) aku memegang tali pinggang kamu dari api tersebut, kamu tetap memasukinya.”
Di dalam riwayat Muslim disebutkan dengan keterangan berikut:
“Perumpamaanku (dengan umatku) adalah seperti seorang lelaki menyalakan api. Ketika api itu menerangi daerah sekelilingnya, (maka) nyamuk dan binatang-binatang melata mulai mendatangi api tersebut. Lelaki tersebut berusaha untuk menghalangnya. Namun kesemuanya mengalahkan lelaki tersebut sehingga (semua) masuk ke dalam api tersebut.” Baginda bersabda: “Hal itu sebenarnya adalah perumpamaan aku dengan kamu. Aku memegang tali pinggang kamu dari neraka. (Aku berseru) jauhkanlah diri kamu dari neraka, jauhkanlah diri kamu dari neraka. Namun kamu semua tidak menghiraukan aku dan (akhirnya) masuk ke dalam api tersebut.”
Manakala dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan:
“Perumpamaanku dengan kamu, wahai umat(ku), adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api pada malam hari. Lantas nyamuk dan binatang-binatang melata yang (suka) mengerumuni api mulai mendekatinya. Semuanya merayap dan tidak menghiraukan lelaki tersebut, sehingga masuk ke dalam api. Sedangkan aku memegang tali pinggang kamu sambil menyeru kepada kepada kamu untuk menuju syurga. (Namun) kamu tidak menghiraukan aku dan (akhirnya) masuk dalam neraka.”
Info dan cara pembelian: www.facebook.com/buku.agama.online?sk=notes