Adakah Syiah HERO kita?
Oleh: Zahid Naser (barudati@gmail.com)
Akhir-akhir ini nama Syiah mendapat banyak tempat di mulut manusia di seluruh dunia umumnya dan di Malaysia khususnya. Dengan entiti besarnya diketuai Iran maka Syiah dinobat secara tidak disedari sebagai hero besar umat Islam. Sebelum mengulas lebih lanjut harus ditekan terlebih dahulu penulis tidak menafikan usaha Iran yang menongkah arus melawan Amerika dan sekutunya yang menzalimi seluruh rakyat dunia dengan polisi mereka. Tetapi perlu kita sedari dan insafi, ramai lagi yang memerangi Amerika seperti Venezuela, Korea, Ivory Coast, Vietnam dan banyak lagi negara yang marah dan tidak bersetuju dengan Amerika. Jadi, ini tidak menjadi satu kayu pengukur untuk terus menobatkan Syiah yang membayangi Iran dan Hizbollah sebagai hero kita, umat yang mengakui syahadah yang suci.
Kita merasa sedih jika ada diantara kita yang mengagungkan Syiah sehingga sanggup menafikan perjuangan mereka di Afghanistan, Checnya, Iraq, Palestin yang beraqidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Untuk itu, artikel ini ditulis sebagai tazkirah dan intibah ilmiah kepada seluruh umat Islam Malaysia untuk berjaga-jaga dari terjebak ke kancah aqidah Syiah ataupun dakyah tasyaiyu yang penuh duri dan penipuan. Segala pujian bagi Allah. Alhamdulillah, pertama sekali kita wajib menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana bumi Malaysia yang kita cintai secara rasmi mewartakan ajaran Syiah adalah sesat selain dari kumpulan anti hadith dan ajaran-ajaran tarikat tertentu sehinggalah Ayah Pin. Sekali lagi kita melafazkan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah Jalla wa Ala.
Rujukan pewartaan kesesatan ajaran Syiah.
Selangor:14 Februari 1998 No. Warta : PU.Sel.AGM/0007.Jld.2. Sembilan : 12 Mac 1998 No. Warta : N.S. P.U. 5. Tarikh Warta : - P. Pinang : 16 Januari 1997 No. Warta : Pg. P.U.I. Tarikh Warta : - W.Persekutuan : 3 April 1997 No. Warta : W.P. PU(B) 106 Tarikh Warta : 27 Julai 1997 Terengganu : 25 September 1997 No. Warta : PUN Tr. (142) Tarikh Warta : 25 Sept. 97 Majlis Penjelasan Akidah telah diadakan di Kuala Lumpur, Johor dan Perak 1997 tahun 1999. Kursus Pemurnian Akidah kepada Kader Syiah pada Ogos 1998 di Kemunting Perak Sejarah Syiah di Malaysia.
Secara umumnya kebangkitan ajaran Syiah meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam.Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.(lihat: Himpunan Ajaran,Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng dan Sesat dalam negeri Selangor sepanjang abad dua puluh, terbitan Jabatan Agama Islam Selangor,m/s:131)
Di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam Dunia. Kemudian, fahaman mendahulukan thauri ini menyelinap kedalam negara Malaysia dipelopori oleh beberapa kumpulan mengambil ajaran-ajaran kumpulan(baca:mazhab-mazhabnya) fundamental Syiah, seperti:
1. Syiah Jafariyah(imam dua belas): kumpulan terbesar di Iran, menjadi majoriti di Iraq(60%). menjadi minoriti di Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
2. Syiah Zaidiyah(imam lima): berkembang di Yaman(40%) daripada penduduk negara itu berfaham dengan fahaman ini.
3. Syiah Ismailiyyah(imam tujuh).
Sebenarnya fahaman Syiah diasaskan oleh seorang munafiq yahudi bernama Abdullah bin Saba. Tentang orang ini, para ulama hadith semuanya bersepakat akan kemunafiqan dan pendustaan yang telah dilakukan olehnya ini boleh dilihat di dalam kitab Tafsir At-Tabari, Ibn Hajar Al-Asqalani juga mentadilkan bahawa orang ini adalah pendusta agama Islam.
Aqidah Syiah yang menyeleweng.
a)ishmatul imam (imam adalah makshum).
Dakwaan ini boleh dilihat dari kitab syiah yang terkenal, Aqaid Al Imamiah oleh syeikh Muhammad Redha Al-Muzaffar,halaman.72.
Aqidah kami dalam kemaksuman Imam Kami beriktiqad sesungguhnya imam adalah seperti nabi. Dia wajib berkeadaan makshum(dipelihara oleh Allah) daripada semua perbuatan-perbuatan yang tidak elok dan dosa-dosa daripada yang zahir atau yang batin, dari kecil sehingga dia mati, sengaja dan terlupa. Seperti mana dia wajib berkeadaan makshum daripada terlupa, kesilapan dan lupa, kerana imam-imam menjaga syariat dan mereka menjalankannya seperti halnya nabi.
b)Taqiyyah(berpura-pura).
Mengikut syiah, Al- Taqiyyah ialah menunjukkan Sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masalah arak dan menyapu khuf, ia dijelaskan oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak Al-Khulaini Al-Razi dalam kitab hadith Syiah, Al-Usul Al-Kafi juz 2. halaman 217.
Ibnu Abi Umair, dari Hisyam bin Salim, dari Abi Umar Al-Akjami, dia telah berkata:Abu Abdullah (nabi Muhammad) telah bersabda: Wahai Abu Umar sesungguhnya 9/10 agama adalah taqiyyah, tiada agama kepada sesiapa yang tiada taqiyyah padanya dan taqiyyah adalah keatas semua perkara melainkan arak dan menyapu kedua khuf.
c)Al-Bada( Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku pada manusia).
Dari segi bahasa bermaksud lahir sesudahnya tersembunyi. Menurut aqidah Syiah, Al-Bada ialah peristiwa berkenaan yang sebelum ini dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menunjukkan mereka menganggap Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi seperti yang diimani oleh Ahli-Sunnah wal Jamaah. Aqidah sesat ini jelas di nyatakan dalam kitab Al-Ushul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini,Juzu 1 halaman.146.
d)mengkafirkan para sahabat.
Syiah beriktiqad bahawa selepas wafat Rasul s.a.w semua para sahabat adalah murtad kecuali Ahlul-bait dan beberapa orang sahabat termasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman Al-Farisi dan Ammar. Perkara ini jelas dalam kitab Bihar al-Anwar oleh Al-Majlisi,juz.27 halaman 64-66.
Dan disebabkan ini telah berkata Rasulullah s.a.w: telah murtad manusia selepas kewafatan nabi s.a.w melainkan empat orang: Salman, Abu Dzar,dan Miqdad dan Umar dan ini adalah daripada apa yang tidak ada bentuk-bentuk padanya.
Rasanya mencukupi bagi kita sekadar empat Aqidah umum yang dipegang oleh mereka yang berfahaman Syiah, jika hendak, pelbagai lagi bentuk kesesatan yang diimani oleh mereka yang langsung melawan aqidah suci Ahli Sunnah wal Jamaah. Kalau kita mengkaji secara lebih mendalam, banyak lagi kepercayaan karut yang disusun oleh marja(baca:tempat rujukan) yang dinamakan ayatollah-ayatollah mereka, seperti menghalalkan mutah(nikah kontrak), konsep Rajah(inkarnasi), merayakan hari kematian imam mereka dengan melukakan diri sendiri seperti agama-agama menyimpang yang lain, mengubah Al-Quran, mengubah syahadah dan banyak lagi.
Bagaimanakah fahaman sesat ini tersebar di Malaysia.
Penyebaran yang dipenuhi taqiyyah ini tersebar melalui beberapa cara di Malaysia,
a) lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka.
b) Lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.
c) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya.
d) Melalui pegawai-pegawai kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
e) Memberi hadiah berupa buku-buku fahaman Syiah kepada perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti. Masjid dan toko-toko buku yang terkenal. (ibid: m/s 132)
Dan pada hemat penulis, fahaman ini juga menyelinap masuk dengan adanya buku-buku sejarah yang berfahaman Syiah yang diajar di sekolah-sekolah.. dan juga kemungkinan adanya penulis-penulis yang berfahaman ini menggunakan pendekatan penulisan dengan memasukkan cebisan-cebisan pengaruh syiah di dalam tulisan mereka. Sehingga mempengaruhi masyarakat akan kehebatan Iran dan sekutunya. Tambahan lagi, media elektronik dan cetak juga memainkan peranan penting dalam mempromosi entiti-entiti yang Syiah bersandar dengan mereka tanpa menapis atau mengambil sumber-sumber yang dipelopori barat, jarang media di Malaysia mengambil sumber-sumber berita internasional daripada rangkaian berita Islam sendiri.
Apakah usaha kita semua?
Bagi menghadapi keadaan yang meruncing ini kita perlu sedar:
1. Percaya akan ada satu golongan dari manusia yang akan sentiasa menzahirkan haq, dan sentiasa mendahulukan ilmu dalam segala sesuatu, bukan perasaan seperti mana kata Rasulullah s.a.w yang terkenal.
(áÇ ÊÒÇá ØÇÆÝÉ ãä ÃãÊí ÙÇåÑíä Úáì ÇáÍÞ). æåã Ãåá ÇáÚáã
akan sentiasa ada satu kumpulan di kalangan umatku, mereka yang menzahirkan(berdiri) di atas kebenaran, mereka ini adalah ahli ilmu. (hadis riwayat al-Bukhari)
2. Sentiasa beriltizam dengan Al-Quran dan Al-Sunnah yang sohih. Allah Taala telah berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.(An-Nisaa:59)
3. Sentiasa mencari ilmu dan menyampaikan agar umat tidak jahil dengan agama mereka. Allah Jalla wa Ala berfirman:
Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.(Al-Taubah:122).
4. Sentiasa mengkaji,berdakwah, dan berjidal dengan ilmiah dan adil dalam sesuatu perkara lebih-lebih di dalam hal agama,dan tinggalkan keraguan yang ada.
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.( Al-Nahl:125).
Kesimpulan.
Umat Islam sekalian. Kita memerangi kafir dengan aqidah yang sahih. Orang yang kafir yang zalim akan sentiasa berada di dalam ketakutan dengan aqidah yang ditunjukkan oleh para pejuang Islam. Marilah kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dalam membicarakan Aqidah. Kita sokong Hizbollah di atas dasar mereka ingin memerangi Israel seperti mana kita menyokong Venezuela yang tegas dengan prinsip mereka bila Amerika menyibok atas urusan kenegaraan yang mereka ingin laksanakan..