[DUNIA BUKU] Kaedah Usul Fiqh Imam Syafi'i

Primary tabs

Tajuk Buku: Kaedah Usul Fiqh Imam Syafi'i

Penulis: Imam Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuti
Halaman: 892m/s
Harga: RM130.00 (hardcover)
Kod: PJ-2096


Buku yang ada di hadapan pembaca ini ditulis oleh Imam Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuti. Dalam bidang kajian ilmu usul fiqh buku ini dikategorikan sebagai buku langka (jarang didapati) yang dikarang oleh beliau. Dikatakan langka kerana ia mengandungi kaedah-kaedah yang memerlukan kajian mendalam, ketekunan, kesungguhan serta pengorbanan.

Ilmu fikah ini ibarat lautan melimpah, taman-tamannya luas, bintang-bintangnya berkilau, akar-akarnya menhunjam kukuh, dahan-dahannya tumbuh berkembang ke arah tak terhingga. Perbendaharaannya tidak akan penuh sesak oleh banyaknya persoalan. Kemuliaannya tidak akan rosak dimakan zaman..

Ilmu fikah ini sekarang telah menjadi berbagai-bagai macam kepakaran ilmu berikutan ruang lingkup kegunaannya, istinbat kaedah hukumnya sangat luas dan tiada habis-habisnya sama ada secara langsung mahupun terpisah. Antara kegunaan ilmu fikah ini adalah mengetahui teori-teori furuk serta hal-hal yang menyerupainya, menggabungkan antara bentuk mufrad dengan bentuk-bentuk lainnya dengan berbagai macam permasalahannya. Aku bersumpah demi umurku! Sesungguhnya kepakaran ilmu ilmu ini tidak akan didapati hanya dengan angan-angan belaka, tidak akan mampu diraih hanya dengan andaian, khayalan dan keinginan palsu.

Ilmunya tidak akan dapat diselami kecuali oleh mereka yang merenggangkan lengan bawahnya, pernuh kesungguhan dan kerja keras, bersiap sedia terasing dari keluarga, rela menempuh segala kesukaran, mengharungi lautan, menghadapi segala kepayahan dan kepenatan..

Inilah ilmu yang dikumpulkan secara luas dari berbagai macam himpunan ilmu, diikuti dengan teori-teori permasalahan usul serta furuknya sehingga mencakupi semua ilmu secara keseluruhan. Saya memulakan karangan ini dengan penuh kelembutan, tidak terputus kemuliaan, tidak pula terhalang dari ketidakjelasan. Dan saya membahagikannya menjadi tujuh bahagian kitab secara berturutan:

Pertama: Tentang syarah kaedah lima yang disebut oleh para ashab (mazhab Syafi'i).
Kedua: Kaedah-kaedah kulli (umum) yang mengeluarkan atau memunculkan persoalan-persoalan yang tidak terbatas dari bentuk-bentuk juz'i. Ini terdiri dari empat puluh kaedah.
Ketiga: Kaedah-kaedah yang masih diperdebatkan, di mana tarjih (kebenaran) pada kaedah ini tidak mutlak kerana terdapatnya dalil dari kedua-dua pihak, di mana keduanya diterima. Terdiri dari dua puluh kaedah.
Keempat: Hukum-hukum yang banyak tingkatannya, di mana seorang ahli fikah itu menjadi tercela kerana kebodohannya (untuk mengetahui ilmu-ilmu ini).
Kelima: Membahaskan tentang teori-teori pada bab-bab, dari permulaan bab pertama, yang ditertibkan pada bab-bab fikah.
Keenam: Persoalan-persoalan berkaitan dengan bab-bab yang mutasyabih.
Ketujuh: Membahaskan teori-teori atau pandangan-pandangan lain.

 

Info dan cara pembelian: www.facebook.com/buku.agama.online?sk=notes

FiqhSyafii

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan