Ada penganut Syiah Malaysia yang nampaknya agak terdesak dan terhimpit bila Dr Yusof al-Qaradhawi membuat kenyataan "Tidak ada revolusi rakyat di Bahrain, melainkan (revolusi) mazhab.." Kita dapat lihat hal ini bila di dalam blognya usaha propaganda Syiah dilipat gandakan. Macam biasa sentimen anti barat dimainkan. Sentimen bersatu tanpa mengira mazhab dicanang. Dicanang juga al-Qaradhawi sebagai ulama di kerusi empuk.
Apa katanya dengan penuh menggelabah:
"Kasihan Qaradhawi, ilmunya 'tinggi' akan tetapi hatinya penuh kesumat dan keji. Ekoran empuk di Qatar maka ia tidak lagi terdaya bersuara. Dia tidak lagi nampak bahawa penindasan harus dibela oleh Islam dan itulah puncak kejihadan seperti yang dilakukan Rasulullah saw.."
Katanya lagi: "Berada di kerusi empuk seseorang yang berilmu mungkin menggadai ilmunya."
Dan marilah kita sama-sama baca dan fikirkan apa yang Ustaz Aizam dari JAKIM tulis di bawah ini:
Syiah-Iran ambil kesempatan di Timur Tengah
Oleh: Ustaz Abu Haseef
Ketegangan di Bahrain tidak sama seperti revolusi yang terjadi di negara-negara Arab lain. Begitulah kata Dr. Yusuf al-Qaradawi. Revolusi Bahrain adalah revolusi mazhab dan tidak mewakili tuntutan rakyat Bahrain secara keseluruhan.
"Tidak ada revolusi rakyat di Bahrain, melainkan (revolusi) mazhab," kata al-Qaradawi, sebagaimana dipetik Al-Arabiya (19/3). Menurut Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu, ada campur tangan asing di sebahagian puak yang ada, sehingga tuntutannya tidak lagi murni dari rakyat Bahrain. Puak yang ingin menggulingkan puak lain hanya mengutamakan kepentingannya sendiri.
"Revolusi di negara Arab lain ada kesamaan di mana yang tertindas melawan pihak penindas. Sedangkan di Bahrain berunsur kemazhaban, di mana Syiah melawan Sunni". Menurutnya lagi, revolusi Mesir melibatkan rakyat dengan latar belakang berbeza seperti Muslim, Kristian, tua, muda, sekular, agama, seperti halnya di Tunisia, Yaman dan Libya. Tetapi tidak di Bahrain yang hanya melibatkan puak Syiah.
Demonstrasi yang dilakukan kumpulan Syiah Bahrain juga bukan secara 'damai' tetapi bersenjata. "Kumpulan Syiah menyerang kumpulan Sunni dan mengambil alih masjid-masjid mereka dengan menggunakan senjata seperti halnya golongan baltajiyyah (samseng) yang kita saksikan di Yaman dan Mesir," al-Qaradawi menjelaskan.
Al-Qaradawi juga memberi amaran bahaya kumpulan Syiah mengusung gambar-gambar pemimpin spiritual tertinggi Syiah Ayatullah Khamenei dan pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah. Khamenei dan Nasrallah adalah tokoh negeri Iran, sementara Bahrain bahagian dari negara-negara Teluk bermazhab Sunni. Syiah Bahrain harus menunjukkan kewarganegaraan mereka yang sebenarnya.
Begitu juga tunjuk perasaan yang berlaku di Arab Saudi di bandar timur Qatif. Ia juga didalangi kaum Sy'iah Saudi. Gejolak di Timur Tengah telah memberi inspirasi kaum Syi'ah di Saudi agar terjadi revolusi. Amir Khalid bin Talal menuduh Syiah-Iran sebagai dalang di sebalik semua demonstrasi itu. Saudi merupakan negara yang dipimpin kaum Sunni. Dari 19 juta penduduk, Syiah merupakan minoriti dengan jumlah 15 peratus. (Lihat gambar di atas, puak Syiah di Arab Saudi ada Pergerakan Jihad yang memiliki pasukan bersenjata!)
Fenomena ini mengingatkan penulis kepada terputusnya hubungan diplomatik antara Maghribi dan Iran pada tahun 2009. Ia berpunca daripada kenyataan seorang ulama Iran tentang negara Bahrain yang mencetuskan ketegangan di kalangan negara anggota Liga Arab. Maghribi menarik dutanya di Iran, Mohammed Bu Zarif selama satu minggu sebagai bentuk protes atas kenyataan ulama Iran yang dianggap telah menyinggung kedaulatan negara Bahrain. Sebelumnya Bahrain dan Arab Saudi sudah menyampaikan bantahan pada Iran.
Ketegangan ini bermula ketika bekas jurucakap Majlis Iran, Ali Akbar Nateq Nouri mengkritik kerajaan Mohammad Reza Pahlavi yang disebutnya telah menyerahkan kedaulatan pada wilayah ke-14, Bahrain. Kenyataan ini menimbulkan kritikan dan kecaman dari negara-negara anggota Liga Arab yang lain. Salah seorang lagi rujukan Syiah di Maghribi iaitu Idris Hani. Dia telah mendakwa mahu menubuhkan Daulah 'Alawiyyah di Maghribi atas alasan Maghribi adalah negara Syiah.
Raja Maghribi juga telah menulis surat kepada Raja Bahrain, Syaikh Hamad bin Isa Al-Khalifa. Dalam surat tersebut, Raja Maghribi, Raja Mohammad VI berjanji akan menyokong Manama dan akan mengkritik Iran yang dianggap sudah "melanggar kedaulatan dan kemerdekaan negara Bahrain."
Maghribi turut membongkar bahawa kedutaan besar Iran di Rabat telah melakukan usaha untuk menukar asas-asas keagamaan yang dianut kerajaan Sunni Maghribi. Maghribi juga menuding Iran telah mengancam persatuan negara-negara Arab yang menjadi pusat Sunni.
Kewujudan mazhab Syiah di Maghribi yang kian hari kian berkembang sememangnya telah menimbulkan keresahan kalangan ulama dan pemerintah negara itu.
Dalam wawancara dengan harian al-Arabiyyah (19/3/2009), Ahli Persatuan Ulama Maghribi Syeikh Abdul Bari al-Zamzami menyatakan, sumber gerakan Syiah di Maghribi berasal dari Eropah, lebih tepatnya lagi Perancis dan Belgium. Di kedua-dua negara tersebut hidup ribuan pendatang Maghribi dalam suasana kebebasan mutlak.
Selain itu, al-Zamzami mengatakan adanya faktor lain yang turut menyokong gerakan Syiah di negerinya, iaitu faktor material. Kedutaan Iran di Maghribi memberikan bantuan tertentu kepada orang-orang Maghribi yang menyebarkan mazhab Syiah, selain banyaknya pelajar asal Maghribi yang belajar di Iran dan akhirnya memiliki pegangan yg kuat dengan Syiah.
Al-Zamzami sendiri menyokong diputuskan hubungan diplomatik antara negaranya dengan Iran. Pada hematnya, kerajaan perlu campur tangan untuk membenteng akidah warganya. Di samping itu, al-Zamzami juga menyeru untuk menarik buku-buku Iran dan Syiah daripada pasaran buku Maghribi.
Lihatlah, inilah yang sedang berlaku di dunia Arab, Teluk dan Timur Tengah. Penulis bimbang dengan kebangkitan masyarakat Muslim-Sunni-Arab untuk menentang pemerintahan diktator di negara masing-masing, tiba-tiba Syiah yang didalangi pihak tertentu bangkit mengambil kesempatan untuk melebarkan pengaruh mereka di negara-negara Sunni. Semoga hal ini tidak berlaku di tempat kita. Tapi ingat! Jika kita leka, suatu masa nanti tunggulah..ia pasti berlaku! [mufakkir-islami.blogspot.com]
Wallahul musta'an..wa'ilallahi 'aqibatul umur....
Syiah halalkan berdusta atas nama agama:
{youtube}lYbMww9v1Wg{/youtube}