[DUNIA BUKU] Pelembut Hati

Primary tabs

Tajuk Buku: Pelembut Hati

Penulis: Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni
Halaman: 301m/s
Harga: RM60.00 (hardcover)
Kod: PJ-1974

Seorang ahli ilmu dari golongan Ahli Sunnah wal Jamaah berpendapat bahawa sesuatu paling besar yang boleh melembutkan hati dan dapat mengingatkan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi, adalah Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Sesiapa yang tidak dapat menerima nasihat al-Quran sebagaimana yang disebutkan dalam atsar, meskipun gunung-ganang di dunia ini berbenturan di hadapan matanya, nescaya dia tidak akan dapat mengambil nasihat. Cukuplah kematian sebagai nasihatnya.


Sesiapa menginginkan nasihat yang paling besar di dunia, maka ambillah nasihat itu dari al-Quran. Berilah nasihat dengan nasihat Allah Subhanahu wa ta'ala (iaitu dengan al-Quran). Para sahabat Radhiallahu 'anhum tidak memiliki kitab khusus tentang nasihat yang ditulis dan mereka juga tidak memiliki pelembut hati yang ditentukan, namun mereka memiliki Kitab Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung yang dapat dijadikan nasihat dan pelembut hati.

Ketika waktu, masa dan tahun berlalu sekian lama, maka sebahagian ahli ilmu berpendapat bahawa ditinjau dari segi kemaslahatan, perlu dibuat dan ditulis kitab khusus yang membahaskan tentang pelembut hati. Akan tetapi kitab-kitab tersebut kurang memberi manfaat dan kurang berhasil dalam melembutkan hati sesuai harapan yang diinginkan. Hal ini kerana, tidak ada yang dapat melembutkan hati kecuali berasal dari yang menciptakan hati, yang membuat, yang membentuk dan yang mengadakannya. Dia adalah Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.

Berkata al-Hasan: 'Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu adalah hari-hari yang kamu lalui! Ketika hari-harimu telah pergi, maka sebenarnya sebahagian dirimu telah pergi. Sesungguhnya, hari yang muncul di dunia ini menyerukan: Wahai anak Adam! Pergunakanlah aku sebaik-baiknya. Demi Allah, aku tidak akan kembali kepadamu hingga Allah mewariskan dunia dan semua isinya (hingga datang hari kiamat).'

Kita tiada lain hanyalah hari-hari yang kita lalui. Kita tiada lain hanyalah hembusan-hembusan nafas yang kita hembuskan. Umur kita tidak lain hanyalah beberapa jam sahaja, bahkan hanya beberapa jam yang sangat sedikit.

Info dan cara pembelian:

http://www.facebook.com/notes.php?id=125207410874875¬es_tab=app_2347471856

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan