- Sekali lagi JH AAN ingin mengemukakan satu lagi bahan cadangan untuk sahabat-sahabat peminat ilmu kajian hadith. Dalam artikel yang lalu, kita telah sama-sama melihat satu penulisan oleh Ketua Jabatan Hadith Universiti al-Anbar, Iraq iaitu Dr. Mahir Yasin Fahl dengan tulisannya berkaitan perbezaan antara manhaj ulama hadith terdahulu dan ulama hadith terkemudian.
- Kali ini kita akan melihat pula satu hasil penulisan (dalam Bahasa Arab) oleh seorang lagi pengkaji hadith moden yang berkaitan tajuk yang sama malah lebih khusus iaitu penulisan bertajuk:
بيان الحد الذي ينتهي عنده أهل الاصطلاح والنقد في علوم الحديث
http://www.4shared.com/file/74061393/d2016910/____.html?dirPwdVerified=48afa648
- Tulisan ini adalah hasil karya seorang pensyarah daripada Universiti Umm al-Qura, Mekah bernama Dr. al-Syarif Hatim al-Auni. Beliau dikenali dalam dunia penulisan terutama berkaitan bidang hadith dan mempunyai buku-buku yang ilmiah lain yang juga boleh didapati dari kedai-kedai buku atau daripada laman-laman web tertentu. Untuk melihat biodata beliau dengan lebih lanjut bolehlah melayari:
http://www.islamway.com/?iw_s=Scholar&iw_a=info&scholar_id=331
- Penulisan ini adalah satu kertas kerja yang pernah beliau bentangkan di sebuah seminar berkaitan isu-isu pengajaran dan pembelajaran hadith Nabi SAW.
- Di dalam tulisan ini terdapat jawapan langsug dan tidak langsung kepada sebahagian persoalan yang pernah dibangkitkan oleh penuntut ilmu hadith yang ingin memahami perbezaan manhaj, contohnya seperti :
Siapa sebenarnya yang digelar al-Mutaqaddimin dan siapa pula al-Mutaakhirin?.
Kenapa perlu didahulukan manhaj al-Mutaqaddimin?
Adakah perbezaan manhaj ini sesuatu yang baru atau telah lama diakui?
Bagaimana seharusnya penuntut ilmu hadith moden berinteraksi dengan perbezaan ini?
dan lain-lain lagi.
- Dr. Hatim membawa pembacanya melalui zaman-zaman awal Islam dengan menumpukan kepada aspek kajian hadith dan permasalahannya yang berlainan mengikut setiap kurun. Malah beliau membawa banyak pandangan ulama hadith daripada pelbagai buku hadith untuk memberikan penjelasan terhadap ciri-ciri kajian hadith zaman awal Islam. Maka pembaca akan lebih faham sejauh mana kajian itu berlaku dan mengetahui kemampuan pengkaji pada setiap zaman itu.
- Apa yang penting, beliau membuktikan bahawa pembahagian sebegini bukan perkara asing di sisi ulama zaman berzaman walaupun ia sesuatu yang baru bagi sebahagian penuntut ilmu zaman ini.
- Kami di JH AAN memberikan anda peluang untuk membuat penilaian masing-masing terhadap tulisan ini dan membandingkannya dengan maklumat sedia ada serta bandingkan juga dengan tulisan-tulisan lain berkaitan ilmu kajian hadith.
- Semoga ia dapat memberikan dimensi berlainan terhadap sebahagian peminat ilmu kajian hadith dan sedikit sebanyak dapat menjawab beberapa persoalan yang terbuku di hati masing-masing.
* tulisan ini juga boleh dibaca dalam himpunan artikel dr. Al-Syarif Hatim yang ada di kedai buku (antaranya Fajar Ulung) bertajuk
إضاءات بحثية في علوم السنة النبوية
Selamat membaca!
alitantawi
Panel JH AAN