SU-00053 Kaedah menyelesaikan masalah fekah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00053 Kaedah menyelesaikan masalah fekah

:salam

Berkenaan masalah agama, kadang2 ada beberapa penyelesaian bergantung kepada pendapat ulama/mazhab/uruf masyarakat dll. Adakah bagi orang awam boleh memilih mana2 pendapat berdasarkan fakta yang dikemukakan.
Cth: masalah Al-Fatihah dlm solat. Seperti yg dijelaskan sebelum ini ada mazahab/ulama wajib membacanya, ada menyatakan ianya ditanggung oleh Imam dll. Semua pendapat tersebut telah dinyatakan dlm soal jawab fekah sebelum ini berserta dgn dalil.
Jika kita mengambil pakai pendapat yg menyatakan Al-fatihah ditanggung oleh imam, maka masalah Masbuk/muafik tidak akan timbul.
Jadi bolehkan kita menggambil mana2 pendapat utk memudahkan sesuatu masalah? :confused:

Re: Kaedah menyelesaikan masalah fekah

:salam

Terima kasih kepada semutapi dengan persoalannya. Insya Allah kami akan cuba menjawabnya sebaik mungkin dengan izin Allah.
-----
Isu yang cuba dibangkit oleh anda adalah isu ittiba’, talfiq dan taqlid. Untuk itu mari kita memahami maksud sebenar istilah-istilah ini terlebih dahulu.

Apakah itu Taqlid?

Menerima pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya. Taklid ini tidaklah ditegah cuma ia tanda dangkalnya ilmu seseorang. Seperti mana kata Imam Ibn Taymiyah tanda dangkalnya ilmu seseorang ialah bila agamanya di landasi dgn taklid kpd orang lain.
Dalilnya terdapat dalam al-Quran, surah an-Nahlu, ayat 45 yang bermaksud:
"kerana itu bertanyalah kpd orang2 yg mengetahui jika kamu tidak tahu"

Apakah itu Talfiq?

Mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafii. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat SyafiI dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah.

Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan sembahyang ikut Maliki.
Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua masalah yang berbeza Wuduk dan sembahyang.

Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.

Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.

Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafii. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.

Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat SyafiI telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.

2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak dibenarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.
Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.

Apakah itu Ittiba’?
Pengambilan hukum dgn mengetahui dalil dan alasan2nya dan ia diketahui dgn jalan yg ditunjuki oleh mujtahid. Orang yang berittiba’ dipanggil mutabbi’.

Sebaik2 cara ialah mengambil pendapat mujtahid yang boleh dipercayai dengan mengetahui hujah dan dalilnya. Ini kerana madzhab-madzhab fiqih itu bukanlah suatu syari'at yg baru, melainkan kepelbagaian dalam mentafsirkan nas-nas. Maka jika kita memiliki sedikit ilmu ittiba', maka kita boleh beramal dgn amalan agama dengan bebas dan meyakinkan tanpa membelitkan diri dgn kemelut taklid dan talfiq.

Sekiranya kita menghadapi kebuntuan bila berdepan dgn isu khilafiah yg mana dalil2nya bersimpang siur, maka muttabi boleh memilih mana-mana pendapat yg difikirkan lebih hampir kpd kebenaran disamping itu hendaklah terus mencari kebenaran. Ini kerana muttabi' masih lagi tergolong dalam golongan awam.
Kekeliruan ini disebabkan tiga faktur:
a. takafu' (dalil sama kuat)
b. suntuk waktu untuk terus mencari dalil lain dan berijtihad
c. dalil yg ada tidak jelas.

Isu taqlid dan ittiba’ ini juga dijelaskan oleh Imam Hasan Albanna dalam usul ke 7 dari usul 20:
Tahap 1: orang awam yg tiada asas agama boleh bertaklid dgn bertanyakan ulama' yg wara', berilmu dan berpendirian tetap kerana amalan bertanya ini ada dasarnya, amalan bertanya ulama' ini kena diniatkan bahawa pendapat Imam itu bukanlah absolute atau muktamad. Ini mengelakkan taksub.

Tahap 2: Jika dia sudah ada asas dan ilmu sedikit sebanyak, boleh pula membuat kajian perbandingan antara pendapat Imam dan madzhab dan memilih yg terkuat. Ini tahap ittiba'

Tahap 3: peringkat nazar, yakni mampu mengeluarkan hukum dari nas dalam hukum2 furu'. Ini sudah tentu dikhususkan kepada orang yg belajar jurusan agama dan merupakan aset kepada ummah.
Ketiga-tiga tahap ini dibenarkan dalam Islam, namun tahap dua dan tiga itulah jalan yg sebaiknya.

Sekian.

:wassalam

Jawapan diperolehi dari Arkib dan kemudian diedit oleh

Sila search arkib dengan memasukkan kata kunci seperti 'taqlid', 'talfiq' dan ittiba'.