Apakah Yang Tersebar Di Malaysia Syiah Baik Yang Tak Caci & Kafirkan Sahabat?

Primary tabs

Syiah Malaysia

Persoalan tentang Syiah yang disebarkan pada hari ini:

  • Apakah Syiah yang cuba disebarkan ke dalam PAS dan didakyahkan kepada rakyat Malaysia adalah Syiah baik yang tidak mengkafirkan atau mencaci maki Sahabat?
  • Apakah Iran dan penganut Syiah yang banyak disebarkan sekarang ini Syiah yang tidak melampau yang tidak bermasalah akidah mereka?
  • Masih ada lagi yang tertinggal? Bukankah sekarang ini semua orang tahu, bila sebut lafaz Syiah, ia pasti merujuk kepada Syiah Imam Dua Belas atau yang lebih melampau lagi. Bukan Syiah yang lain.. Apakah ada dengan maksud lain?
  • Apakah wujud lagi kelompok Syiah baik yang tidak mengkafirkan sahabat Rasulullah s.a.w.?

 

Syiah adalah ahlul bid’ah, pelampaunya adalah kufur – Dr Mohd Khairudin Aman Razali | Setiausaha Dewan Ulama PAS yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus

Pendirian saya tentang Syiah adalah jelas sejak dahulu hingga sekarang bahawa:

1. Syiah adalah satu aliran mazhab yang bercanggah dengan ahlu Sunnah wal Jamaah.

2. Pelampau Syiah boleh membawa kekufuran seperti mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan melampau dalam mengagungkan Ali r.a.

3. Atas kecelaruan dan kesesatan fahaman Syiah, ia tidak wajar dibiarkan tersebar di Malaysia. Pihak berkuasa perlu bertindak menurut lunas undang-undang bagi menyekat penyebaran fahaman ini.

4. Penjelasan tentang ajaran dan kesesatan Syiah mesti sentiasa dilakukan supaya tidak ada kalangan ahli Sunnah wal Jamaah yang terpengaruh sama ada pada pemikirannya atau pada fiqhnya yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadis.

5. PAS sebagai gerakan Islam yang berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah tidak membolehkan ahlinya berfahaman Syiah. – 7 Oktober, 2013.

Sumber: themalaysianinsider.com

 

 

 

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan