Sejauh Manakah Nahjul Balaghah Itu Benar-benar Dari Ali r.a?

Primary tabs

Nahjul balaghah

Oleh zain-ys

Kitab Nahjul Balaghah itu amat popular di kalangan penganut Islam dan penganut Syiah. Isinya mengandungi ucapan, khutbah dan surat yang disandarkan kepada saidina Ali r.a.

Timbul persoalan di sini, apakah benar isi Nahjul Balaghah itu benar-benar asli dari Ali r.a.?

Bagi mereka yang biasa dengan pengajian hadis, sudah pasti menjawabnya dengan kata-kata Ibnu al-Mubarak:

الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء

Maknanya: Sanad itu sebahagian dari agama. Dan, kalaulah tiada sanad, nescaya seseorang itu akan berkata apa sahaja semahunya.

Kata imam al-Zahabi di dalam Siyar A'lam al-Nubala' ketika menulis biografi al-Murtadha Ali bin Husain bin Musa al-Musawi:

Menurutku dia adalah penulis kitab Nahjul Balaghah, yang dinisbahkan lafaznya kepada Imam Ali r.a. tanpa sanad. Sebahagiannya mengandungi kebatilan dan terselit juga di dalamnya kebenaran. Namun di sana terdapat topik-topik yang tak mungkin diucapkan oleh imam Ali r.a. 

Ada yang mengatakan: Malah ia (Nahjul Balaghah) disusun oleh saudaranya yang bernama al-Syarif al-Radhi...

Kata al-Zahabi lagi: Di dalamnya terdapat cercaan terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w. maka kami mohon perlindungan dari Allah dari ilmu yang tidak memberi manfaat.

Web islamqa.info kelolaan Syeikh al-Munajjid ada menyebutkan;

Sebahagian ulama yang menyatakan kedustaan yang terdapat di dalamnya ialah al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Jami' Li Akhlaqi al-Rawi Wa Adabus Sami'. Begitu juga dengan Ibnu Khalikan, al-Shofadi dan selain mereka. Kesimpulan yang dapat diambil dari semua itu ialah:

  • Jarak masa antara penyusun kitab dan antara Ali r.a. adalah tujuh genarasi perawi. Penyusunnya telah membuang semua perawi berkenaan. Sebab itulah perkataannya tidak boleh diterima tanpa sanad.
  • Seandainya pengarangnya ada menyebutkan sanad, tidak boleh tidak ia mestilah dikaji dan disiasat tahap kepercayaan mereka itu.
  • Al-Murtadha, tuan punya kitab ini bukanlah ahli riwayah melainkan dia adalah seorang mutakallim agama dan tahap kepercayaannya.
  • Cercaan terhadap para sahabat yang terdapat di dalamnya memadai untuk menolaknya.
  • Cercaan dan makian yang ada di dalamnya bukanlah dari akhlak mukmin, lebih-lebih lagi di kalangan para imam mereka seperti Ali r.a.
  • Terdapat di dalamnya percanggahan dan ibarat yang tidak kemas yang pasti ia bukanlah dari imam-imam dalam bidang Balaghah dan Bahasa.

Kitab Nahjul Balaghah ini diterima oleh golongan Syiah Rafidhah secara pasti kesahihannya sebagaimana al-Quran sedangkan ia dalam keadaan penuh dengan percanggahan. Ini menjadi bukti bahawa mereka tidak mengambil tentang berat hal ehwal agama mereka dalam urusan yang melibatkan penapisan dan pengesahan sumber samada ia sahih dan kukuh atau sebaliknya.

Atas asas ini, jelas kitab ini tidak sah dinisbahkan kepada Ali r.a. Ia juga dengan segala isikandungannya samasekali tidak menjadi hujah di dalam masalah syarak. Adapun untuk membacanya kerana mahu menelaah isikandungannya dari sudut balaghah, maka hukumnya sama seperti membaca mana-mana kita lughah/bahasa tanpa menisbahkannya kepada Amiril Mukminin Ali r.a.

Teks penuh rujuk sini: http://www.islamqa.info/ar/30905

 


 Kesimpulan

Kitab Nahjul Balaghah BUKAN ASLI DARI ALI R.A. KENAPA?

  • Ditulis selepas 4 genarasi periwayatan
  • Tiada sanad
  • Penyusunnya bukan ahli riwayah
  • Ada cercaan ke atas para Sahabat
  • Ada caci maki yang pasti bukan dari Ali r.a.
  • Ucapannya ada yang pasti bukan dari pakar Balaghah dan bahasa

 


 Nahjul Balaghah Bukan Asli Dari Ali r.a.

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan