Assalamu’alaikum,
Semejak kebelakangan ini program motivasi sudah menjadi sinonim dan trend baru dalam masyarakat. Program tersebut samada dianjurkan oleh pihak sekolah, persatuan2 belia mahupun sektor2 pekerjaan seperti badan2 kerajaan dan juga syarikat2 swasta bertujuan memupuk ‘kesedaran diri’ di kalangan pelajar, para2 belia dan pekerja/kakitangan masing2. Melalui kesedaran tersebuat peserta diharap akan menjadi lebih cemerlang. Matlamat kecemerlangan biasanya adalah untuk mencapai ‘Khasyiat Material’ yang akan memberi impak kepada organisasi yang menghantar mereka berkursus. Umpamanya bagi sekolah sudah semesti sasaran utama mereka supaya pelajar2 mereka mencapai keputusan cemerlang di dalam sesuatu pepereksaan. Sementara bagi sektor pekerjaan pula matlamat utama adalah supaya pekerja akan dapat membantu menjayakan objektif organasasi seperti sasaran keuntungan syarikat.
Biasanya program ini dikendalikan oleh individu mahupun syarikat2 yang berkemahiran, khusus dan terlatih terutama dalam bidang psikologi. Fokus program motivasi yang biasanya selama kira2 3 hari ialah bagaimana dalam tempoh yang singkat seseorang peserta dapat disedarkan mengenai dirinya melalui pendekatan psikologi dan emosi dengan cara melakukan ‘ GANGGUAN MINDA ‘ dan ‘ SARAAN MINDA ‘.
Kaedah yang digunapakai untuk melakukan proses gangguan minda dan saraan minda ini adalah dengan berbagai cara iaitu dengan mencampuradukkan diantara pendekatan yang bersifat ‘ISLAMIK‘ dan ‘BUKAN ISLAMIK‘. Program yang lebih bersifat islamik termasuklah qiam malam, berzikir, solat berjamaah dan berdoa. Bagaimanapun di celah2 program tersebut disertakan juga aktiviti2 menyanyi lagu2 tertentu, bertepuk tangan dan melakukan aktiviti lakonan/drama yang boleh merangsang semangat dan jiwa. Selain itu aktiviti fizikal turut diadakan secara berkumpulan bertujuan untuk memupuk apa yang dinamakan ‘ TEAM BUILDING ‘.
Tidak dapat dinafikan bahawa program2 motivasi yang dianjurkan telah dapat memberi kesedaran dan merangsang seseorang untuk berubah.
Soalan saya :-
1. Berdasarkan perspektif Islam adakah program motivasi samada matlamat serta pendekatannya boleh diterima.
2) Jika tidak, apakah kaedah2 lain yang lebih sesuai mengikut kacamata Islam yang boleh dipraktikkan agar kita tidak dilebel sebagai pendokong kaedah yang diutarakan oleh pehak ‘ Barat‘ (andaian saja).
:wassalam
Jawab:
Kami memohon ma'af kerana mengambil masa sikit dalam menjawab kemusykilan anda. Tidak dinafikan pakej motivasi dan teambuilding ini memang popular, ada guru2 dari Barat, Timur dan tempatan yg mengendalikan pakej2 training dan kem bina semangat, termasuklah yg terbaru program Nasional Service yg akan dilaksanakan kerajaan terdiri dari pakej program bina insan + ketenteraan dan + membina semangat patriotik. Guru2 atau pakar2 Motivasi dari Barat yg tersohor antaranya: Stephen R Covey, Zig Zigler, Anthony Robbins, Dale Carnegie, Dari Timur spt Deepak Chopra, Nidho Qubein, manakala tempatan spt Dr Hasan Ali, Dr Fadhilah Kamsah, Dr Amin Baharum dll.
Dua mujtahid abad ini: alImam asySyaikh Muhamad alGhazali (almarhum) dan Dr alImam Prof asySyaikh Yusof alQardhawi (Qatar) membuat ulasan positif dan objektif mengenai pakej2 motivasi dan bina semangat ini.
Syaikh alGhazali (Jaddid Hayaatak) mengulas mengenai kitab Dale Carnegie's " How to Stop Worrying and Start Living" (Bagaimana menghentikan kerungsingan dan membina kehidupan (baru)) menerima pemikiran dari Timur dan Barat jika ia sesuai dgn Islam yg berdasarkan ajaran Fitrah. Islam adalah gabungan antara ajaran samawi (langit/wahyu) dan tajribah (experimental). Masih ramai manusia yg masih bersih dan berada dalam fitrah dan hasil pemikiran dan ujikaji mereka dalam bidang filosofi, kejiwaan, sosial dan politik masih ada yg selaras atau selari dgn ajaran wahyu.
Jadi tugas kita ialah mengambil apa yg baik dan secocok dgn agama samawi dan inilah maksud firman Allah
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda2 Kami disegenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, hingga jelaslah bagi mereka bahawa alQur;an itu adalah hak" Fusysyilat: 53
"Ya Tuhanku, berikanlah kpd aku hikmat dan masukkan aku ke dalam golongan orang2 yg soleh.." asySyu'ara: 83
Dari pendapat syaikh alGhazali: tidak salah kita menerima ilmu2 dari Barat jika bertepatan dgn ajaran Islam.
2. Prof alQardhawi ( adDeen fi 'Asy al 'Ilm, Manarul Islam, UAE) pula berpendapat hikmah dan ilmu itu boleh diambil dari siapa sahaja. Berdasarkan hadis nabawi," Ilmu (hikmah) itu bagaikan barangan yg hilang dari orang mukmin, di mana saja dia menjumpainya, maka dia berhak mengambilnya' HR Termiddhi dan Ibn Majah. Sanadnya dha'eef tapi maksud hadis adalah sahih. Ilmu yg datang dari peradaban bukan Islam itu ditemui melalui ujikaji (eksperimen), pengamatan (observation) dan hasil pemikiran melalui induktif dan deduktif.
Menurut alQardhawi, ilmu melalui ujikaji dan observation ini juga dicetuskan oleh ilmuan Islam silam.
Maka menjawab kemusykilan anda:
1. Program2 motivasi-binainsan dan bina semangat ini boleh diterima jika selaras dgn ajaran Islam yakni memupuk dan menjurus manusia kepada fitrah, maksudnya bermotivasi dan memiliki sifat2 yg positif dan perilaku yg baik itu adalah sejajar dgn Islam. Cuma caranya tidaklah melibatkan yg diharamkan Islam spt mendedahkan aurat dan percampuran antara lelaki dan wanita tanpa sekatan
2. Cara2 yg praktikal menurut Islam, banyak di eksperimen oleh badan2 spt AKRAB (akademi keluarga bahagia Malaysia), Dr Fadhilah Kamsah..ini memerlukan kajian lanjutan dan setakat ini kita belum dapat merumuskan. WA