SJ-2779: pandangan Islam tentang anak angkat

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2779: pandangan Islam tentang anak angkat

Adakah wujud konsep ‘anak angkat’ dalam Islam dan apakah perbezaannya dengan ‘anak angkat’ seperti yang difahami dan dipraktikkan oleh masyarakat secara umum.

Bagaimana pula dengan ‘anak susuan’. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan terutama dari segi kedudukan mahram dan pemilikan harta warisan.

Jazakallahu khairan kathira. Wassalamualaikum wrh.

Re: pandangan Islam tentang anak angkat

Wujud konsep anak angkat dalam seperti mana Nabi S.A.W mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkat baginda. Tetapi diharamkan menasabkan (meng'bin'kan) kepada bapa angkatnya. Seperti yang telah diturunkan ayat al-ahzab kepada Nabi S.A.W sebagai teguran kepada Nabi S.A.W.

Firman Allah S.W.T:
"(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya dan Dia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu dan Dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dialah jua yang memimpin ke jalan yang betul.
Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab: ayat 4 hingga 5)

Asbabun Nuzul ayat
Diriwayatkan dari Ibnu Umar. Dikemukakan bahawa Sahabat selalu memanggil Zaid bin Haritsah R.a dengan sebutan zaid bin Muhammad. Maka turunlah ayat ini sebagai petunjuk agar memanggil anak angkat dengan nama bapa kandungnya. (Riwayat bukhari)

Antara hadith lain:
"Barangsiapa yang menasabkan kepada selain bapaknya atau selain maula(wali)nya, maka ia mendapatkan laknat dari Allah berturut-turut sampai hari kiamat". (Riwayat Abu Daud)

Wallahua'lam.

Re: pandangan Islam tentang anak angkat

Anak susuan

Apabila terdapat hubungan mahram, maka seseorang itu diharamkan ia mengahwininya. Adapun demikian, saudara susuan termasuk dalam kategori mahram seperti mana yang disebut di dalam al-quran surah An-Nisa':

Diharamkan ke atas kamu (mengahwini)
1. ibu-ibu kamu
2. anak-anakmu yang perempuan
3. saudara-saudaramu yang perempuan
4. saudara-saudara bapamu yang perempuan
5. saudara-saudara ibumu yang perempuan
6. anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki
7. anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan
8. ibu-ibumu yang menyusui kamu,
9. saudara perempuan sepersusuan,
10. ibu-ibu isterimu,
11. anak-anak isterimu yg dalam pemeliharanmu dari isteri yang telah kamu campuri tetapi jika kamu belum campuri dengan isteri kamu itu (dan kamu sudah ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya
12. bekas isteri-isteri (menantu) anakmu yang berasal dari benihmu
13. menghimpun 2 saudara perempuan yang bersaudara
14. wanita yang bersuami
dan dihalalkan kamu selain yang demikian (perkara yang disebut di atas) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikahwini bukan untuk berzina.
(surah an-nisa' : ayat 23-24)

Definisi susuan (sila rujuk dlm archive)

Re: pandangan Islam tentang anak angkat

Jawapan sdra zayed di luluskan..