:salam
1) Adakah terdapat nas yg menyatakan ketika hanya imam dan seorang makmum yg solat berjemaah, kemudian datang org yg ketiga utk menjadi makmum; makmum yg pertama tadi beranjak ke belakang utk bersama-sama dengan makmum yg kedua tadi di dalam satu saf (2 org makmum) di belakang imam (biasa terjadi di negara kita).
2) Jika tiada nas berkenaan perkara itu, di manakah lokasi yg sepatutnya dipilih oleh makmum kedua tadi? Adakah di sebelah kiri imam, atau disebelah kanan makmum pertama, atau di belakang utk membuat saf yg lain.
3) Jika hanya 2 org yg solat berjemaah, di manakah sepatutnya kedudukan makmum tersebut. Terdapat hadith yg menerangkan keadaan ini di mana kedudukan Sayyidina Anas ra (if I'm not mistaken) yg menyatakan hanya di sebelah kanan Rasulullah sahaja. Tapi tidak dinyatakan sama ada di belakang sebelah kanan atau betul2 di sisi sebelah kanan Rasulullah SAW. Adakah ini bermaksud boleh sahaja di mana-mana asalkan di sebelah kanan (jika org laki2)?
Jzk. :wassalam :yess
Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Abdulrahman ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Sebenarnya, kedudukkan Imam dan makmum didalam Solat Jemaah ini adalah berdasarkan (thabit) dari Sunnah Nabi saw, dimana dipaparkan posisi Imam di hadapan dan makmum dibelakang yang terdiri daripada dari lelaki, kanak-kanak, khunsa dan wanita.
Menurut mazhab Hanbali, Imam wajib berdiri ditengah-tengah makmum sementara Mazhab Hanafi menghukumkan ianya sunat.
1. Kedudukan makmum yang berseorang dengan Imam.
Jika yang bersolat dengan Imam ialah seorang lelaki atau kanak-kanak yang mumaiyiz, maka adalah mustahab berada disebelah kanan Imam dengan membelakangkan sedikit tumitnya. Jumhur ulama' mengatakan makruh berada disisi Imam atau disebelah kirinya. Dalil kedudukan bersama Imam ini diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra., katanya :
Berkata Sheikh Abdul Aziz bin Baaz (majmu' fatawa 4/411):
2. Kedudukan Imam dan makmum kedua masuk solat.
Jika terdapat 2 lelaki, iaitu seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki, mereka berdua hendaklah membuat saf dibelakang Imam. Dalilnya didalam hadith Muslim dari Jabir r.a., katanya :
Hadith ini juga menjelaskan pergerakan dari 1 makmum kepada kedatangan seorang makmum yang lain. Adapun nas kedudukan Imam dapat disandarkan didalam hadith berikut:
wallahu' alam, wassalam
Rujukan :
1] Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 2. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.
2]. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Samaahah Al-Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz - 4. cetakan 1. Riyad : Dar Al-Watan, 1995. ms 411.
خيرالأمين