SJ - 2867: Fatwa Ulama' & Implemantasi Hukum

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2867: Fatwa Ulama' & Implemantasi Hukum

Saya sering memikirkan persoalan dibawah ini, ianya berkaitan fatwa ulamak dan hukum syarak. Dengan mengambil contoh fatwa kebanyakan ulamak berkaitan muzik, nyanyian dan konsert.Kita dapat mengenal pasti hukum sesuatu majlis muzik dan konsert tersebut samaada haram, makruh. mubah dan sebagainya.
1. Apakah yg dimaksudkan ULAMAK BUKAN MENGHUKUM, dari mana perkataan spt ini datangnya?
2. Adakah selepas memberi fatwa, Alim Ulamak kena diam walaupun majlis tersebut ( CTH spt konsert siti nurhaliza) terang2 adalah haram mengikut fatwa tersebut). Adakah pencegahan dan mengklasifikasikan konsert tersebut sebagai Haram di luar bidang ulamak dan hanya terus berlepas tangan keatas Pemerintah?
3 Tak pernah kedengaran org mengatakan konsert siti Nurhaliza sebagai haram meskipun guidelines fatwa mengatakan ianya haram; apakah peranan kita org awam dlm hal ini
Terima kasih :confused:

Re: SJ - 2867: Fatwa Ulama' & Implemantasi Hukum

:salam
Jawab:
1. Ulama’ bukan menghukum ni tersasul dari judul sebuah kitab “ Du’atun La Qudha’” karya Imam alMursyid Hasan alHudhaibi, pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimoon dari Egypt. Tajuk kitab itu bermaksud: Pendakwah bukan Penghukum. Ia mengupas isu militan dan keghairahan sebahagian pejuang Islam khususnya pemuda dalam mengkafirkan pemerintah dan cara kekerasan dalam menghapuskan maksiat dan mungkar.
2. Fatwa para ulama’ tidaklah mulzim (boleh dikuatkuasa serta merta) sebagaimana akta yg diluluskan dalam Parlimen. Ini kerana status ulama’ di sisi Pemerintah atau sistem Politik Hari ini tidak sama dengan status ulama’ di zaman silam
HR atTabarani, “ sebaik-baik manusia ialah generasi aku, kemudian generasi kedua dan kemudian generasi ke tiga. Kemudian datanglah datanglah kaum yg tidak ada kebaikan pada mereka”
Memang benar, tugas ulama’ bukanlah setakat berfatwa, tapi terjun dalam melaksanakan fiqh Da’wah fi Inkaril Mungkar’ yg bermaksud melentur kemungkaran dalam konteks fiqh dakwah. Caranya ialah luas dan terpulanglah kepada kemampuan dan kekuatan ulama’ itu samada melalui kerajaan atau berada di luar kerajaan baik secara individu atau jama'ah.
3. Perbuatan kita memerangi sesuatu yg sudah menjadi ilah (darahdaging) masyarakat dilarang oleh AlQur:an
“dan janganlah kamu memaki/mencela sembahan2 yg mereka sembah selain Allah, dikhuatiri mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikian kami jadikan setiap umat menanggap baik tindaktanduk mereka” AQ 6: 108
Syed Qutb dalam tafsir azZilal ketika mentafsirkan ayat ini ialah pejuang kebenaran hendaklah mengelakkan diri dari bertembung dalam isu2 dan amal2 masyarakat yang mana mereka telah sebati dengannya dan hendaklah meneruskan usaha-usaha dakwah dan islah dgn sabar dan konsisten. WA