SJ - 2858: Tidak Tenang

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2858: Tidak Tenang

Assalamualaikum,
Saya sekarang berada dalam keadaan tidak tenang memikirkan dua masalah saya ini.
Masalah 1 :
Saya ada memakan sejenis makanan orang Cina yang dibeli oleh kawan saya. Makanan itu dibuat dari udang dan sayur dan tepung yang bertekstur seperti kuew teow tapi bersaiz besar. Kawan saya membelinya dari kedai orang bukan Muslim. Apakah hukumnya saya memakan makanan tersebut? Kawan saya memberitahu kemungkinan minyak yang digunakan ada unsur khinzir. Apakah hukumnya saya menjamah makanan itu? Perlukah saya samak bahagian badan saya dan bahagian yang mana sekiranya perlu? Saya faham kalau kita tidak tersengaja memakan makanan ada unsur khinzir adalah dimaafkan. Tetapi apakah hukum memegang makanan tersebut sebelum dimakan?

Masalah 2:
Kawan atau roomate saya ini merupakan Muslim yang makan daging khinzir. Saya pernah melihatnya makan di hadapan saya. Kami tinggal serumah dan berkongsi mesin basuh yang sama. Apa hukumya pakaian beliau yang dicampur dengan pakaian saya untuk sama-sama dibasuh? Dan apa hukumnya dia menyentuh pakaian saya selepas dia memakan daging tersebut?
Terima kasih dan Assalamualaikum w.b.t.

Re: Tidak Tenang

:salam

Soalan ulangan. Rujuk archive
SJ-1958: Samak
SJ-1668: Makan di restoran orang kafir

Komentar masalah 1:
Kawan saudara memberitahu berkemungkinan minyak yg digunakan ada unsur babi. Jadi di sini timbul syak ,sangkaan atau was-was.

Imam An-nawawi Rh berkata: “Maksud syak (ragu) menurut Ashab As-syafie ialah rasa takut atau keliru antara adanya sesuatu dan tidak adanya, baik kekeliruan itu kedua2nya itu setingkat atau salah satunya lebih kuat. Inilah pengertiannya menurut fuqaha dan kitab2 fiqh.”

Menurut ulama usul, jika kekeliruan itu bertingkat sama kuat, maka disebut syak (ragu), tetapi jika salah satunya lebih kuat disebut dzan (sangkaan, dugaan), manakala yg lemah disebut sebagai estimation/was-was (wahm)

Di dlm masalah ini, kita perlu teliti qawaid fiqhiyyah dlm bab kaedah asasiyyah yakni:
“al-yaqiinu Laa Yuzaalu Bissyakki”
- Keyakinan tidak dapat dihilangkan dgn keraguan

Kaedah ini dicipta berdasar dalil2, antaranya:
“Jika salah seorang di antara kamu merasakan sesuatu di dlm perutnya, lalu sukar baginya (memastikan) apakah telah ada sesuatu yg keluar drpdnya atau belum, maka (dlm keadaan demikian), jgnlah dia keluar dari masjid sehingga dia (benar2) mendengar bunyi atau mencium bau.” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dlm kitabul haid, Baihaqi dlm sunan al-kubra dan Fathul Bari Al-Asqalani)

di bawah kaedah ini, terdapat pelbagai sub2 kaedah antaranya
a) Asal Sesuatu peristiwa adalah diperkira melalui waktu terdekat
b) Asal sesuatu perkara adalah mubah hatta ada dalil yg menunjukkan keharamannya
c) Asal segala sesuatu adalah diharamkan, hatta ada dalil yg menunjukkan kehalalannya.

Berdasarkan kaedah ini, Ar-Rafie menyebut makanan yg tidak diketahui identitinya (halal atau haram) menyatakan ia adalah harus. Imam al-Mutawwali menyebutnya haram dimakan. Imam An-Nawawi Rh dlm Asl Ar-Raudhah & syarh muhazzab melihat kpd asal perkara sblmnya iaitu harus.

Syeikh Abu Hamid Al-Isfirayini merumuskan hal ini dgn cukup baik, yakni syak (ragu) dibahagi kpd 3 bahagian:
i. Ragu yg muncul atas dasar asal yg haram
ii. Ragu yg muncul atas dasar asal yg harus
iii. Ragu yg muncul atas dasar yg tidak ketahui

Beliau (syeikh hamid) menukilkan bbrp contoh dlm perkara di atas, misalnya, seseorang yg menemui kambing (yg disembelih) di negeri yg dihuni oleh kaum muslimin dan majusi, maka kambing itu tidak halal sehingga diketahui kambing itu merupakan sembelihan org islam. Ini kerana asalnya haram, dan kita meragui sembelihan itu boleh dimakan atau tidak. Jika yg umum di sana ialah kaum muslimin, maka boleh memakannya kerana mengamalkan keumumannya yg menunjukkan kejelasan.

Berbalik kepada masalah di atas, makanan tersebut dibeli dari kedai non-muslim. Berkemungkinan menggunakan minyak yg ada unsur khinzir. Saya berpendapat, masalah saudara jatuh kpd perkara ke-iii kerana tidak diketahui. Ini kerana makanan saudara itu asasnya adalah udang dan tepung. Asal makanan dikedai non-muslim adalah harus MELAINKAN ada bukti yg rosak dan tercemarnya makanan itu. Namun demkian, menurut Syeikh Abu Hamid, kerana ketidakjelasan antara halal dan haram, hal ini dimakruhkan berbuat demikian kerana khuatir boleh menjerumuskan kpd haram.

Di sana juga terdapat Kaedah ini dikenali sebagai: “Apa yg ghaib bagi kita, jgn kita tanyakan.” yg diasaskan kepada dalil;
Bahwa terdapat satu qaum yg bertanya nabi, “Bahawa ada satu kaum memberi daging tetapi kami tidak ketahui apakah disebut nama Allah atau tidak.” Maka jawab baginda S.A.W: “Sebutlah nama Allah di atasnya dan makanlah.” (Riwayat Bukhari)

Seperti yg kita ketahui, banyak non-muslim hari ini membuka kedai makanan dan memohon tanda halal dan mendapat supply sembelihan halal dari org islam. TETAPI keharusan itu tertakhluk kepada bukti2 yg jelas bahawa makanan itu tidak terlibat dgn khinzir dsb.

Namun demikian, lebih baik perkara2 syubhat kerana itu lebih dituntut
Sabda Nabi S.A.W:
“Yang halal itu sudah jelas dan yang haram itu sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yg belum jelas (syubhat), banyak org tidak tahu: apakah dia itu termasuk dlm bhgn halal atau bhgn yg haram? Maka barangsiapa menjauhi kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat; dan barang siapa mengerjakan sedikitpun drpdnya hampir2 ia akan jatuh ke dlm haram, sebagaimana org yg menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir2 akan jatuh kpdnya. Ingatlah! Bahawa tiap2 raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yg diharamkan.” (Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan At-Tirmidzi)

Oleh yg demikian, menjauhinya adalah lebih baik. Kerana syarak menganjurkan kita bersikap wara’. Namun demikian, sekiranya berada di dlm keadaan dharurat diharuskan.

FirmanNya:
“Barangsiapa dlm keadaan terpaksa dgn tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidak berdosa ke atasnya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.” (Surah Al-Baqarah: ayat 173)

Komentar Masalah 2:
Najis dibahagikan kepada 2 bhgn:
1. najis hukmi – najis yg tidak dapat dilihat dr pancaindera
2. najis ainiy/haqiqi – najis yg dapat dilihat dgn pancaindera samada bau, warna, rasa dan sbgnya

Jika saudara merasakan bahawa pakaian saudara itu bernajis tetapi tiada tanda2 najis, maka memadai dgn mengalirkan air ke atas pakaian saudara dan pakaiannya sekali di rendam dlm mesin basuh. Ini berdasarkan jenis kenajisannya yakni Najis Hukmi. Hal ini termasuk keadaan umum al-balwa (kesulitan yg sukar dielakkan).

Sekiranya najis dapat dikesan/dilihat/dibau pada pakaiannya, maka hendaklah jauhilah ia.

Saya pecahkan lagi soalan saudara dlm masalah 2 ini:

i). Apakah hukumnya sekiranya dia tidak membasuh tangan selepas memegang daging tersebut lalu menyentuh pakaian saudara?
Sekiranya ini berlaku, ia menjadi mutannajis kerana bersentuh dgn sedikit (air liur, air kencing, dan ke semua bhgn lembab, dan juga bhgn2 kering apabila bersentuh dgn sesuatu yg lembab) drpd anjing dan babi, ataupun keturunan keduanya; mengikut qaul di kalangan mazhab syafie dan hanbali, wajib ia membasuh dgn 7 kali basuhan salah satu daripadanya dgn air campuran tanah yg bersih biarpun debu pasir

Ini disandarkan kepada dalil:
Dibasuh akan bekas yg dijilat anjing sebanyak 7 kali, hendaklah basuhan pertamanya ataupun yg terakhirnya dgn menggunakan air tanah. (Hadith sunnah sittah dari Abu Hurairah, lafaz imam muslim dan abu dawud berbeza)

Dari Abdullah bin Al-Mughaffal bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Apabila seekor anjing menjilat sesuatu bekas, hendaklah kamu membasuhnya sebanyak 7 kali dan membilasnya utk kali ke 8 dgn air tanah. (Hadith riwayat Muslim)

Mengikut pendapat syafi’ie dan hanbali, babi diqiyaskan kpd anjing kerana ia lebih buruk keadaannya drpd anjing dan lebih jahat tabiatnya.

ii). Apakah hukumnya jika beliau membasuh tangan, tangannya masih basah lalu menyentuh pakaian saudara?
Air basahan tangannya disebut sbg ghusulah di mana air yg dihasilkan drpd penghapusan kekotoran sama kekotoran itu drpd najis hukmi ataupun ainiy. Menurut jumhur fuqaha kecuali Hanafi, hukum air itu bersih jika tempat yg dibasuh itu sudah bersih (hilang tanda2/bau/warna).

iii). Apakah hukumnya jika beliau membasuh tangan, tangannya sudah kering, lalu menyentuh pakaian saudara?
Jika ini berlaku, maka tiada apa yg perlu dirisaukan.

Rujukan:
As-Asybah wan nazair, As-Suyuti
Al-Halal Wal Haram Fil Islam, AL-Qardhawi
Al-fiqh Islami, Wahbah Az-Zuhaili

Re: SJ - 2858: Tidak Tenang

:wassalam
Komentar:

JKK kepada ust zayed.
Saya ingin mengulas mengenai sikap anda yg begitu loose dan bermudah-mudah dan kemudian baru memikirkan hukumnya. Sikap yg benar ialah kita hendaklah mengambil langkah 'prevention' bukan problem solving.

Masalah 1: Jika kawan anda membeli makanan dari kedai makan non-muslim dan memberitahu pula kemungkinan dicemari khinzir. langkah preventive (pencegahan) ialah berkata," thank you" saya tak berani makan kerana was-was atau merasa syak. selesai. Dalam hidup hendaklah berani berkata NO atau terhadap sesuatu yg anda ragui.

Masalah 2:
Anda menjadikan rakan dan tolan seorang muslim yg keji yg makan daging babi di hadapan anda sendiri. Jika anda bersahabat dgn tukang besi sudah tentu terkenalah habuk dan kotorannya, maka jika anda bersahabat dgn muslim yg makan khinzir, maka kami pun tak tergamak nak menyelesaikan masalah anda. Anda kena selesaikan masalah persahabatan anda ini. Sepatutnya anda tampar dulu muka si muslim yg makan khiznir itu. Bukan bermakna kami nak kontrol siapa sahabat dan tolan anda, tapi kami rasa hal ini bukan berlaku di Malaysia, tapi di negara spt China, Taiwan atau Korea. WA