:salam
Yang Mulia Ustaz,
seringkali kehidupan seharian remaja masa kini dikaitkan dengan hiburan terutama hiburan berbentuk lagu (lagu biasa @ atau nasyid):
1) adakah nasyid sekarang ni masih lagi di dalam lingkungan irama yang dibolehkan di dalam Islam?
2) tiadakah wujud di sana perubahan di dalam alat-alat dan bentuk muzik yang boleh diguna pakai dlm zaman kini? contohnya, alat keyboard yang sering digunakan dalam nasyid dll.
*******
soalan lain:
1) Makan di KFC, Mcdonald dll. : perlukah kita mengelak dari makan disitu memandangkan keadaannya yang bersih dan menarik jika dibandingkan dengan kedai-kedai makan islamic yang keadaannya agak kotor, udara yg kurang menyenangkan dan sebagainya?
2) bagaimana pula dengan hukum mengambil gambar? (kamera). yg saya tahu, ia diharamkan dengan sebab dahulu gambar diambil sehingga menyebabkan syirik (dijadikan bahan sembahan oleh satu golongan manusia). bagaimana pula dengan keadaan sekarang yang mana gambar diambil sebagai kenang-kenangan dll...??
sekian, wassalam.
Jawapan soalan 1 & 2
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9954&Forum=UBB8&Words=muzik&Match=Or&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=9938&Search=true#Post9954
-----------------------
Komentar utk Jawapan lain
1. Persoalan makan di McD, KFC dll (premis franchise dari barat) bukanlah merupakan kepada persoalan halal atau haram, bersih ataupun tidak bersih. Ia lebih kepada sikap kita. Kita kena fiqh al-awlawiyyat dalam hal ini. Sedikit sebanyak kita menyumbang kepada kezaliman umat Islam di Iraq, di palestin, afghan dll. Fatwa al-qardhawi baru2 ini menyentuh ttg pemboikotan barang2/produk dari america sebagai membantah tindakan gasar mereka. Kita tahu kebanyakan umat islam hari ini, hilang fiqh al-awlawiyyat dlm dada mereka dari perkara kecil hinggalah perkara sunnat.
Seorang Cendiakawan Islam, Professor Huwaidi membuat kajian bahawa terdapat lebih kurang 2,000,000 orang melakukan ibadah haji setiap tahun. Daripada jumlah itu, hanya lebih kurang 300,000 orang (15%) sahaja yang melakukan ibadah haji pada pertama kali! Maksudnya umat Islam lebih kurang 170,000 orang Islam yang lain menunaikan haji pada kali ke-2, ke-3, ke-4, ke-6 dan seterusnya. Haji yang pertama adalah wajib tetapi pada kali kedua menjadi sunat. Alangkah bagusnya duit untuk menunaikan haji kedua dan seterusnya untuk membiayai perjuangan umat Islam yang tertindas, menghadapi musuh-musuh Islam dsb yang mana ia lebih fardu.
So, pertimbangkanlah hal ini. faham keutamaan dan faham pertimbangan.
2. Hukum taswir dan photography
Taswir telah disebut dalam hadith berikut:
Bahwa Jibril A.S pernah meminta izin kepada nabi S.A.W untuk masuk rumahnya, kemudian nabi berkata kepada Jibril: "Masuklah!" Tetapi Jibril menjawab:
"Bagaimana saya hendak masuk, sedang di dalam rumah itu ada tabir dengan penuh Tasaawiru(gambar)! Tetapi kalau kamu tetap akan memakainya, maka putuskanlah kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar."
(Hadith riwayat An-Nasa'ie dan Ibnu Hibban)
Sesungguhnya Aisyah R.A telah membeli batanl yang ada gambar, maka setelah nabi S.A.W melihatnya, ia berdiri di depan pintu, maka Nabi S.A.W tidak masuk. Setelah Aisyah R.A melihat tanda kemarahan pada wajah Nabi S.A.W, maka Aisyah R.A bertanya: "Apakah aku harus bertaubat kepada Allah dan RasulNya, apa salah aku?" Maka Jawab Baginda S.A.W: "Mengapa bantal itu sebegitu?" Jawab Aisyah
R.A: "Aku membeli bantal untuk engkau pakai dan dipakai pada bantal." Maka jawab Baginda S.A.W pula: "Yang membuat gambar-gambar ini nanti akan disiksa, dan dikatakan kepada mereka: 'Hidupkanlah apa yang kamu buat itu.'" Lantas
Nabi S.A.W melanjutkan perbicaraannya: "Sesungguhnya rumah yang ada gambarnya tidak akan dimasuki malaikat." Dan Imam Muslim menambah dalam salah satu riwayat Aisyah R.A, Aisyah R.A mengatakan: "Kemudian bantal itu aku jadikan 2
biji untuk bersandar, di mana Nabi S.A.W biasa bersandar dengan 2 sandaran tersebut di rumah, yakni Aisyah R.A. membelah bantal tersebut dan dipakai untuk dua sandaran."
(Hadith Mutafaqqun alaih--Bukhari dan Muslim)
Oleh kerana itulah ketika Aisyah R.A melihat ada tanda kemarahan pada wajah Nabi kerana ada tabir yang banyak gambarnya itu, maka tabir tersebut dipotong dan dipakai 2 sandaran kerana gambar tersebut sudah hina dan jauh daripada
menyamai gambar-gambar yang diagungkan. Beberapa ulamak salaf pun ada ada yang memakai gambar yang terhina itu, dan mereka menganggap bukan suatu dosa.
Misalnya Urwah, dia bersandar pada sandaran yang ada gambarnya, di antaranya gambar burung dan orang lelaki. Kemudian Ikrimah berkata: "Mereka itu memakruhkan gambar yang didirikan sedang yang dipijak oleh kaki, misalnya di
lantai, bantal dan sebagainya, mereka menganggap tidak apa-apa."
Hukum photografi adalah perkara baru yang belum pernah terjadi di zaman Rasulullah S.A.W dan ulamak-ulamak salaf. Oleh kerana itu, apakah hal ini dapat disamakan
dengan hadith-hadith yang membicarakan masalah melukis dan pelukis/pengukir?
Orang yang berpendirian bahawa haramnya gambar itu terbatas pada yang berjasad (patung umpamanya), maka foto bagi mereka bukan apa-apa, lebih-lebih lagi kalau tidak sebadan penuh. Tetapi bagi orang yang berpendapat lain,
apakah foto dapat diqiyaskan dengan gambar yang dilukis dengan menggunakan kuasa? Atau apakah barangkali illat (alasan) yang telah ditegaskan dalam hadith masalah pelukis, iaitu diharamkan mulkis lantaran manandingi ciptaan
Allah--tidak dapat diterapkan(diaplikasikan) pada hukum fotografi? Menurut ahli-ahli usul fiqh, jikalau tiada illatnya(alasannya), yang dihukumpun (ma'lul nya) tidak ada.
Fatwa Syeikh Muhammad Bakhit, Bekas Mufti mesir:
"Bahawa fotografi itu adlah merupakan penahanan bayangan dengan suatu alat yang telah dikenal oleh ahli-ahli teknik. Cara ini sedikitpun tidak ada larangnya. Kerana larangan menggambar, iaitu mengadakan gambar yang semula tidak ada dan belum dibuat sebelumnya yang boleh menandingi(makhluk) ciptaan Allah. Sedang pengertian seperti ini tidak terdapat pada gambar yang diambil dengan alat."
(Al-Jawabus Syafi'ie, Syeikh Muhammad Bakhit)
Maksud fatwa di atas, hukum bergambar yang dibuat oleh alat seperti kamera tidak terdapat hukum. Manakala hukum melukis yang dibuat oleh tangan manusia berbeza dengan hukumnya yang mana bergantung kepada niat si pelukis. Misalnya,
yang digunakan dalam penyiasatan polis, melukis gambar penjenayah untuk mengesan penjenayah, maka hukumnya harus. Dalam maksud lain, ia bergantung kepada niat.
Walaupun ada orang yang berpendirian tegas dalam persoalan gambar dengan pelbagai jenis bentuknya, dan menganggap makruh walaupun fotografi, tetapi mereka tetap akan memberi rukhsah (keringanan) terhadap hal-hal yangbersifat
darurat kerana sangat diperlukannya atau kerana sesuatu maslahat(kepentingan) yang mengharuskanny. Misalnya, gambar pasport.
Kesimpulan hukum taswir (gambar) dan Musawwiru (yang menggambarkan)
1. Fotografi prinsipnya adalah mubah(harus)--lihat qaedah halal wal haram--al-aslu fil asya' al-ibahah(asal sesuatu perkara berhubung dengan adat dan muamalat adalah harus) SELAGI mana ia tidak mengandungi objek yang diharamkan.
2. Sekiranya selain daripada fotografi, gambar tersebut hendaklah diletakkan pada tempat yang hina seperti pengelap kaki dan sebagainya.
3. Gambar-gambar pemandangan. misalnya pohon rimba yang hijau, lautan yang membiru, gunung ganang, maka ia tidak berdosa baik kepada pelukis ataupun yang menyimpannya SELAMA gambar tersebut tidak melupakan ibadah dan sampai kepada pembaziran. Kalau sampai ke peringkat tersebut, hukumnya makruh.
Rujukan:
Al-Haram Wal Haram Fil Islam, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
http://www.zayed.com
:wassalam
JKK pada sdr zayed. Lulus utk Paparan Awam.