SJ - 2944: Insuran, kad diskaun bagi pelajar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2944: Insuran, kad diskaun bagi pelajar

:salam

Di luar negara, terdapat skim insuran bagi pelajar yang menuntut di sana yang cover barang-barang dan diri pelajar itu. Pelajar itu dikehendaki membayar sejumlah amaun setiap bulan. Pastinya skim ini tidak menggunakan garis panduan Islam. Jadi adakah boleh pelajar menggunakan skim ini kerana tiada alternatif lain? Jika apa-apa berlaku dan tiada insuran maka pelajar itu terpaksa mengguna wang yang banyak dan ini akan menyukarkan.

Terdapat juga kad diskaun yang mana pelajar perlu membayar yuran tahunan atau yuran pendaftaran. Diskaun diperoleh untuk pembelian barangan, telefon dan untuk tiket bas/keretapi. Adakah ini dibenarkan dlm Islam?

Terima kasih. Wassalam.

Re: SJ - 2944: Insuran, kad diskaun bagi pelajar

:wassalam
Jawab:
1. Saya pernah menuntut di luar negara (negara Barat) dan insuran yg anda maksudkan itu merupakan suatu yg dipaksakan oleh negara Barat kepada rakyatnya termasuk warga asing. Semasa saya menuntut di sana, pelajar Malaysia mengambil insuran International Underwriter. Ini HARUS kerana kita tidak ada pilihan atas alasan dharurat (Dharurat mengharuskan yg terlarang)
2. Kad Diskaun itu kita memerlukan maklumat lanjut, apakah ia spt Touch and Go yg boleh digunakan di lebuhraya, LRT, parking ticket.. atau spt Kad Diner's Club? atau Kad pasaraya spt Sears, Walmart, KMart, Hudson (USA), Harrods, Mark and Spencer (UK). Jika ia spt kad Touch & Go utk memudahkan kita menggunakannya kerana ia adalah Kad Prepaid, maka tiada salahnya. WA