SJ - 2916 : [Z] Gigi Jongang

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2916 : [Z] Gigi Jongang

:salam
Adakah membetulkan gigi yang jongang dan bibir yang sumbing dikira sebagai mengubah ciptaan allah?
Dulu saya dapati ada injin pencari soalan tapi sekarang dah tak ada.

Re: Gigi Jongang

Membetulkan gigi jongang. Ada dlm archive.

HUKUM PAKAI BRACES

Membetulkan sumbing mulut
Fatwa Al-Qardhawi:
Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran. (Al-Mar'ah Bainal Baiti Wal Mujtama': halaman 105)

Wallahua'lam

Re: SJ - 2916 : [Z] Gigi Jongang

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. JKK Ust Zayed diatas respond diatas. Kami ingin menambah sedikit dengan kadar yang mampu.

Biasanya, pembedahan membetulkan gigi, bibir dan sebagainya dipanggil sebagai pembedahan plastik atau Plastic Surgery [="#0000ff" size="4"](ÚãáíÇÊ ÇáÊÌãíá ) atau Pembedahan Kecantikan.

Menurut Sheikh Atiyah Saqr, terdapat dua jenis Pembedahan plastik.

[="#0000ff" size="3"]äæúÚñ íóÛúáöÈ Úáíå ÇáØøóÇÈóÚ ÇáÚöáÇÌí ßÅÕáÇÍ Îóáóá ØÇÑíÁ¡
a. Sejenis pembedahan yang berbentuk therapeutik, seperti merawat ketidak seimbangan pada anggota badan yang tidak disangka.
[="#0000ff" size="3"]æäæÚñ íÛáÈ Úáíå ÇáØøóÇÈóÚ ÇáÌãÇáí ÇáÐí Ýíå ÊóÍúÓöíä æÖÚ ÞÇÆã .
b. Sejenis pembedahan, yang pada dasarnya berbentuk kecantikan yang mengubahkan dari bentuk asal.

Menurut Shiekh Atiyah Saqr, bekas pengerusi Rumah Fatwa Al-Azhar, bahawa Pembedahan plastik bagi tujuan rawatan tidak dapat dinafikan kebenarannya, dan ia bukanlah dari apa yang telah dilarang oleh agama, seperti menjahit luka yang teruk , mencantumkan tulang yang patah, menampal kulit yang terbakar atau apa jenis bantuan dan pertolongan keatas mangsa yang menghadapi bahaya. Kata beliau lagi :-

[="#0000ff" size="3"]æáíÓ Ýí åÐÇ ÇáäæÚ ÊóÛúííÑ áöÎóáúÞ Çááå¡ Èá åæ ÅÒÇáÉñ ááÊÔæíå ÇáÚÇÑöÖ Úáì ÎóáúÞö Çááå .
"Dan bukanlah ini jenis yang mengubah ciptaan Allah akan tetapi sebagai pembuangan terhadap perkara yang memburukkan ciptaan Allah"

Yang dilarang menurut Sheikh Atiyah Saqr ialah jenis yang kedua, iaitu pembedahan kecantikan, seperti mencantikkan hidung, membesarkan payu dara, menipis bibir dan sebagainya. Kesemua ini bertujuan memperlihatkan kecantikan dan sekali gus ia menukar ciptaan Allah swt.

----------

Dari Hadith Nabi saw :

[="#800000" size="3"]áóÚóäó Çááøóåõ ÇáúæóÇÔöãóÇÊö æóÇáúãõÓúÊóæúÔöãóÇÊö æóÇáäøóÇãöÕóÇÊö æóÇáúãõÊóäóãøöÕóÇÊö æóÇáúãõÊóÝóáøöÌóÇÊö áöáúÍõÓúäö ÇáúãõÛóíøöÑóÇÊö ÎóáúÞó Çááøóåö
"Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan" - (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi memberi komentar (13/107) terhadap hadith diatas mengatakan :-

[="#0000ff" size="3"] ( ÇáãÊÝáÌÇÊ ááÍÓä ) ÝãÚäÇå íÝÚáä Ðáß ØáÈÇ ááÍÓä , æÝíå ÅÔÇÑÉ Åáì Ãä ÇáÍÑÇã åæ ÇáãÝÚæá áØáÈ ÇáÍÓä , ÃãÇ áæ ÇÍÊÇÌÊ Åáíå áÚáÇÌ Ãæ ÚíÈ Ýí ÇáÓä æäÍæå ÝáÇ ÈÃÓ æÇááå ÃÚáã .
"Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan Allah yang lebih tahu sebaiknya."

-----------
Kesimpulannya, pembedahan plastik keatas anggota yang sakit, terbakar, cacat dan sebagainya bukanlah mengubah ciptaan Allah, akan tetapi melakukan pembedahan kosmetik bagi tujuan kecantikan adalah sangat-sangat dilarang didalam Islam, kerana ia mengubah ciptaan Allah swt.

Rujukan :

1. Shiekh Atiyah Saqr. [="#800000" size="3"]ãÇ Íõßúãõ ÇáÔøóÑÚ Ýí ÚóãáíÇÊ ÇáÊøóÌúãöíá ááÅäÓÇä ¿ . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=13292

2. Al-Harf Hadith Shahih Muslim

خيرالأمين