SJ - 1792 : BEZA AGAMA-AGAMA PARA ANBIYA ' ( A.S )

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1792 : BEZA AGAMA-AGAMA PARA ANBIYA ' ( A.S )

Assalamu'alaikum Wbt Tuan - Tuan Panel sekalian ;

Soalan yang berkaitan dengan soalan saya yang lalu, iaitu masih berkisar mengenai diskusi di antara Islam - Kristian ; Apakah perbezaan di antara agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi-Nabi a.s sebelumnya ?.

Harap mendapat penjelasan sebaik-baiknya.

Terima Kasih
Wassalam

Re: SJ - 1792 : BEZA AGAMA-AGAMA PARA ANBIYA ' ( A.S )

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

Jawapannya : TIADA BEZANYA SAMA-SEKALI !!, Cuma mungkin ada orang salah-anggap apabila sering disebut : “Agama Islam dibawa-dikembangkan sejak kenabian Rasulullah s.a.w”…SEOLAH-OLAH menggambarkan bahawa Nabi-Nabi a.s sebelum era Nabi Muhammad s.a.w bukanlah membawa ajaran Islam.

Sebenarnya , erti “AGAMA” tadi adalah “cara beribadah - syariah” seperti menunaikan solat, berpuasa, haji dan seumpamanya, bukannya “Agama” tadi MERANGKUMI tauhid, syariah dan akhlak. Ertinya semua Nabi a.s adalah SAMA dari segi TAUHIDnya , iaitu mereka semua a.s, mengajak manusia agar mengESAkan Allah Ta’ala tanpa sebarang sekutu (Lailaha Illallah), Cuma cara mendirikan ibadah mereka sahaja berlainan.

Tidaklah masuk akal , andainya difahami bahawa Islam hanya dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan Nabi-Nabi a.s selainnya, bukanlah berajaran Islam, sedangkan HANYA Islamlah agama yang diredhai oleh Allah Ta’ala, dahulu, kini dan selamanya . (Lihat Surah Al-Maidah, ayat ke-3).

Perbahasan seperti ini, sering dinyatakan oleh para sarjana Islam, khasnya mereka yang pakar di dalam “Muqoranah Al-Adyan”- Perbandingan Agama (Comparative Religions) dan dalam “Al-Milal Wan Nihal” (The Religions & The Sects) di dalam mukaddimah tulisan-tulisan mereka lagi, sebagaimana juga dijelaskan pengertian di antara kalimah-kalimah “Millah”, “Din”, “Syariat”, “Manhaj”, “Nihlah” dan seumpamanya. Inilah perkara asas yang diajar oleh para sarjana Islam, hinggakan di Al-Azhar ini, setiap penuntut di Fakulti Usuluddin (Theology) akan didedahkan hal-hal ini semenjak tahun pertama pengajian mereka lagi. Bukalah mana-mana sahaja kitab-kitab di dalam bahagian ini…..insya-Allah, akan dijumpai perbahasannya yang memuaskan hati dan menambahkan iman,contohnya Kitab “Muzakkirat Fil Milal Wan Nihal” oleh Dr. Muhammad Syalabi Syaitawi. “Madhal Lidirasatil Adyan” oleh Dr. Safwat Hamid Mubarak dan “Al-Madkhal Li Dirasatil Adyan” oleh Dr. Muhammad Saiyid Ahmad Al-Musaiyar yang mana kitab-kitab itu merupakan silibus tahun pertama, Fak. Usuluddin di induknya, Kaherah dan juga di kawasan-kawasan Delta ( seperti di El-Mansoora & Dimyat ).

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

23 / Jumadi Tsani / 1423 H
01 / September / 2002 M

Ahad ~ Bandaraya Kaherah