assalamualaikum,
bagi seorang yg menetap di tempat yg lain untuk suatu masa yg lama adakah berubah status mastautin atau mukimnya?tempoh tinggal di tempat lain itu adalah lama dan balik ke tempat asal cuma setahun sekali untuk tempoh yg amat sekejap(1 minggu),dalam keadan ini yg mana tempat mastautinnya dan yg mana tempat mukimnya?atau adakah status musafir itu bergantung kepada niat perjalanan semata mata?masalah yg pertama,jika tempat belajar itu telah jadi tempat mastautin, maka katakan seseorang itu balik ke rumahnya(tempat asal) pada waktu cuti utk tempoh yg pendek, katakan 4 hari,adakah dibolehkan utknya bersolat jama' dan qasar di rumahnya?
masalah yg kedua, jika status seseorang itu tidak berubah(iaitu cuma dikira sebagai bermukim) maka bagaimana dengan statusnya sebagai makmum didalam solat jumaat, yg mana sometimes most of the makmum are the students dan mereka berstatus bermukim?harap maafkan jika soalan saya ini menampakkan unsur kejahilan yg nyata,tapi saya memang tak paham..isk isk..
:salam
Kesemua soalan sdr adalah soalan ulangan. BErikut saya ringkaskan atau berikan URL utk rujukan sdr.
Apakah takrif mukim?
Mukim bermaksud org yg tinggal satu2 tempat sama ada sekejap ataupun lama ttp tidak diniatkan utk menetap di situ selama2nya.
Takrif musafir yg membolehkan solat safar?
lihat URL berikut: Petikan dari Feqhussunnah: IV. Bilakah Musafir itu mencukupkan shalatnya?
Pulang kampung(tempat asal) dari rumah mastautinnya?
Terdapat perbezaan pendapat perihal perkara ini. Kampung tersebut dinamakan watan hakiki. Al-fadhil Ustaz THTL kita iaitu ketua panelis al-ahkam memilih pendapat tidak boleh solat safar di watan hakiki.
Bagaimana dgn syarat2 solat jumaat yg ditentukan oleh ulama' mazhab sepeti yg kita ketahui(spt bilangan makum, mesti mastautin etc)?
Sila rujuk URL berikut: SJ - 2775: solat jumaat bagi mazhab syafie bila keadaan tak cukup 40 org
SJ-2340: Solat Jumaat
Sekian. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.