:salam
Apakah yang paling hampir dengan maksud hadis Rasulullah s.a.w.(ketika menentukan permulaan bulan ibadat) diantara waktu berlaku ijtimak (baru berlaku) dengan kenampakan anak bulan?
Nota: Sekiranya ijtimak baru berlaku (nilai sudut penjauhan sekitar kurang dari 1 darjah) anak bulan wujud tetapi tidak mungkin kelihatan.
:wassalam
:salam
Sila lihat URL berikut sebgai inro kpd jawapan panel. WA.
Falak Serta Penentuan Puasa dan Hari Raya
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:salam
Terima kasih Ustaz Gayat.Saya, InsyaAllah telah faham mengenai pertikaian hisab dan rukyah. Hal ini telah pun dijawab oleh Ustaz Zayed dan Ustaz Thtl.
Artikel yang disiarkan lebih berkisar mengenai pertikaian antara hisab dan rukyah.
Saya cut and paste salah satu perenggan:
Sekiranya secara falak anak bulan tak akan kelihatan maka perkara ini tiada masalah lagi.
Secara falak anak bulan dapat dihitung akan kedudukannya dan waktu berlaku ijtimak dengan tepat. Namun begitu ahli falak masih belum dapat menentukan bilakah anak bulan itu mula boleh kelihatan
Yang ingin saya tahu apakah hanya sekadar kewujudan anak bulan sudah mencukupi walaupun kenampakan anak bulan mustahil dilihat menerusi teropong?
Kriteria yang digunakan di Malaysia anak bulan perlu berusia 8 jam. Oleh itu pertanyaan saya apakah boleh sekiranya umur anak bulan itu 0.13 jam atau 1 minit?
:wassalam
:wassalam
Kami tidak pasti hadis yg mana satu yg anda maksudkan.
Nak bagi mudah faham, kami bawakan isu ijtimak dan Rukyah-Hisab pada Puasa 2003.
Puasa 2003:
Hari Rukyah: 25 Okt 2003
Detik Ijtimak (berpisahnya) Sya'ban dgn Ramadhan ialah selepas Waktu Maghrib (maksud Ijtima' Sya'ban ialah detik berpisahnya bulan lama, Sya'ban dan bulan baru, Ramadhan). Anak bulan Ramadhan tidak boleh dilihat kerana anak bulan belum ada. Mengikut Hisab, awal Ramadhan adalah Isnin 27 Oct 2003. Ini boleh dibaca pada laman web Sekolah pengajian umum KUSZA Terengganu. So'al2 teknikal hisab ini, Ahkam tidak ada kepakaran dan dapatkan dari badan yg bertauliah, antaranya KUSZA dan USM. Pokoknya Ahkam menerima kedua-dua cara Hisab dan Rukyah. WA