[Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Ustaz Abu Umair: Lafaz Ahad adalah khabar mubtada' mahzuf, iaitu Allah

Primary tabs

Dr Izrail sebelum ini berhujah, zikir dengan lafaz Allah.. Allah.. dibolehkan kerana Bilal r.a. ada berzikir dengan zikir Ahad.. Ahad..

Ada dua jawapan yang ustaz Abu Umair berikan yang boleh anda baca di bawah ini.


Abu_Umair - Nov 06, 2007 - 02:19 AM
Post subject:


Dr Izrail wrote:


Semua jawapan dan tafsiran ini sangat sesuai jika mereka yang mengharuskan zikir Allah Allah tidak mempunyai sandaran dari hadith dan perbuatan Sahabat r.a.

Tetapi jika mereka ada sandaran dari sunnah dan perbuatan sahabat yang mengharuskan zikir Allah Allah, sudah tentu mereka akan mengatakan suruhan menyebut dengan nama Allah ialah zikir Allah Allah.

Akhirnya, penafsiran ayat-ayat yg menggalakkan zikir mesti dirujuk kepada sunnah Nabi SAW, atau sekurang2nya sahabat baginda.

Cuma, semua hadis2 yang dikatakan mengisyarat kepada zikir 'Allah, Allah', telah pun dijawab dalam posting2 lepas. Kesimpulannya;
- ada hadis yang uslubnya 'Ighra' dan Tahzir, tidak ada kaitan dengan zikir.
- ada hadis yang Nabi ulangi kerana taukid lafzi. Bukan bermaksud zikir "Allah, Allah".

Manakala athar Bilal menyebut: Ahad, Ahad;
i- Ia bukan dalil masalah. Masalah kita ialah: Zikir Allah, Allah. Manakala Bilal menyebut Ahad, Ahad.
ii- Ya, mungkin dipersoalkan: "Walaupun Ahad, Ahad, ia tetap lafaz mufrad". Jawapannya: Ia adalah mufrad secara zahir, kerana perkataan "Ahad" adalah khabar kepada mubtada' mahzuf, iaitu "Allah". Jadi, apa yg disebut oleh Bilal ialah kalam sempurna yg mahzuf mubtada'nya. Sebagaimana kita menyebut "Bismillah", secara zahirnya kalam tidak sempurna. Tetapi ada mahzuf iaitu "Abtadiu" (Aku mulakan).

Dengan ini, ana merasakan segala hujah yang dibawa oleh al-fadhil dr izrail telah pun ana nukilkan jawapannya.

Kemudian, jika tafsiran-tafsiran yg ana sebut terhadap dalil-dalil hadis itu dibantah dengan ihtimal-ihtimal yang bercanggah, maka ana kemukakan satu kaedah: Apabila sesuatu dalil itu ada ihtimal padanya, maka batal istidlal dengannya.
Maka apabila batal istidlal dengannya, tiada lain mesti dirujuk kepada asal, iaitu: Asal kepada ibadah ialah TAWAQQUF.

Wallahu A'lam.