SU-00220: musykil sesangat!!!!

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00220: musykil sesangat!!!!

musykil-musykil...
1- adakah vaginal discharge warna kuning yg keluar diakhir-akhir menstruasi tapi tak berbau spt drh haid itu masih dianggap sbg drh haid?
atau-apakah kriteria darah haid sebenarnya dan bagaimana secara pasti menentukan sudah suci dari haid jika masih ade cairan kuning but tak berbau spt drh haid diakhir-akhir waktu menstruasi?
2- adakah bahagian bawah dagu sebagian aurat perempuan yg wajib ditutup?
3- adakah benar terdapatnya rukhsah untuk aurat muslimah dlm berbagai keterpaksaan atau perkara yg dianggap menyusahkan misalnya dibolehkan tidak memakai stokin jika berada dirumah sendiri atau ketika balik kampung berhari-hari dan ade sepupu atau pak cik saudara yg bukan muhrim, memakai t-shirt lengan pendek tapi longgar but still pakai tudunh didepan perempuan non-musleem dan lain-lain lagi..

jamalsahara (not verified)
Re: musykil sesangat!!!!

:salam

Saya sampaikan yang harus membantu dalam soalan yang pertama. Jika ianya menepati untuk anda harapkan, semuga Allah SWT lebih mengasihi anda.
Hadis dari Aisyah RA katanya:
Ummu Habibah binti Jahsyin telah meminta fatwa dari Rasulullah SAW kemudian berkata: Aku ini perempuan yang berdarah istihadhah iaitu darah penyakit.
Maka Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Sesungguhnya itu adalah darah penyakit, maka hendaklah kamu mandi kemudian solah malah kamu hendaklah mandi pada setiap waktu solah. (Muslim)

NOTA:
Darah 'kotoran' kebiasaannya mempunyai masa tertentudatang dan keringnya, jika melebihi waktu yang kebiasaannya, itulah yang dikatakan penyakit.

Jika kerana 'bau' yang merisaukan:
Hadis dari Aisyah RA katanya:
Seorang perempuan bertanya Nabi SAW: Bagaimanakah cara orang perempuan mandi dari haidnya?
Perawi Hadis berkata: Kemudian Aisyah RA menyebutkan bahawa baginda SAW mengajarkan cara mandi kepada perempuan tersebut. Di antara sabda baginda SAW: Kemudian kamu ambil kapas yang disapu (misk) iaitu bauan kasturi, lalu kamu bersucilah dengannya.
Perempuan itu berkata: Bagaimana cara bersuci dengannya?
Baginda SAW bersabda: Maha suci Allah! Kamu bersucilah dengannya dan baginda SAW pun bersembunyi.
Sufian bin Uyainah RA memberi isyarat kepada kami dengan meletakkan tangan pada wajahnya.
Perawi Hadis melanjutkan ceritanya: Aisyah RA berkata: Aku menarik perempuan itu kerana aku sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Nabi SAW Lalu aku berkata kepada perempuan tersebut: Sapulah tempat keluar darah haidmu dengan kapas itu. (Muslim)

Semuga diRahmati Allah SWT.
Allahu a'lam.

:salam

jamalsahara (not verified)
Re: musykil sesangat!!!!

:salam

MENUTUP KEPALA DAN BELAHAN LEHER !

Maksud firman Allah SWT:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
( 24 An-Nur 31 )

NOTA:
Semuga dapat membantu anda dan Mukminin-mukminah semuanya.

Allahu a'lam.

:salam

Re: musykil sesangat!!!!

:salam

Quote:
1- adakah vaginal discharge warna kuning yg keluar diakhir-akhir menstruasi tapi tak berbau spt drh haid itu masih dianggap sbg drh haid?

Sila ke URL berikut:
SJ-1125: haid berwarna kuning?

Quote:
2- adakah bahagian bawah dagu sebagian aurat perempuan yg wajib ditutup?

Lihat URL berikut:

SJ - 2824: Adakah dagu termasuk Aurat

Quote:
3- adakah benar terdapatnya rukhsah untuk aurat muslimah dlm berbagai keterpaksaan atau perkara yg dianggap menyusahkan misalnya dibolehkan tidak memakai stokin jika berada dirumah sendiri atau ketika balik kampung berhari-hari dan ade sepupu atau pak cik saudara yg bukan muhrim, memakai t-shirt lengan pendek tapi longgar but still pakai tudunh didepan perempuan non-musleem dan lain-lain lagi..

Perihal aurat aurat seorang isteri/suami kpd iparnya, ulama' telah mengetakan bahawa wajib menutup aurat sptmana tutupnya aurat bersama mahram lain. Namun terdfapat sedikit kelonggaran yg diberikan iaitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah (seperti di dapur) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah. Dalilnya:

Drp Saidina ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a, Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “ Jaga-jaga! Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~khalwat~ dengan mana-mana wanita“, maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya, “Bagaimana pula dengan ipar-duai?“ Jawab Baginda s.a.w, “Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT“. [Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh. Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Imam at-Tirmidzie rh serta al-Imam as-Suyuthi rh]

SJ – 2449 : AURAT WANITA DI HADAPAN IPARNYA YANG BERLAINAN JANTINA

Sekian. WA.

wassalam